Lelaki 'menonton' pasangan berhubungan intim di dalam sebuah kenderaan didenda 300 pound (RM1,610) kerana melanggar perintah berkurung. Memetik The Sun, Daniel Lewis, 24, ditemui berada di dalam kereta bersama dua lagi lelaki yang menyaksikan sepasang kekasih berhubungan intim di kawasan tempat letak kereta Stoke Wood berhampiran Bicester.
Menurut laporan Oxford Mail, kejadian berlaku pada 17 Mei ketika perintah berkurung dilaksanakan yang tidak membenarkan lebih dari dua individu berkumpul di satu tempat. Mahkamah Majistret Oxford memerintahkan Lewis membayar denda berkenaan atas kesalahan melanggar perintah berkurung dan berkumpul untuk menyaksikan aksi panas 'dogging' iaitu tingkah laku seksual di hadapan khalayak. Difahamkan, mereka yang didapati melakukan perbuatan itu atau menontonnya boleh didakwa di bawah Akta Kesalahan Seksual 2003. - CARI
|
cm_matjawasp replied at 2-11-2020 06:21 PM
Bukit Gasing..ada lagi ka?
ADVERTISEMENT