|
Wanita membuat laporan polis terhadap suaminya kerana merahsiakan berkepala botak. Memetik Gulf News, akauntan berusia 27 tahun itu mendakwa keluarga suaminya juga tidak memaklumkan dirinya mengenai hal berkenaan.
Katanya, jika mengetahui suaminya itu hanya memakai rambut palsu untuk menyembunyikan kepalanya yang botak, dia tidak akan mengahwini lelaki berkenaan, dua tahun lalu. Dia menyedari suaminya botak sehari selepas berkahwin dan apabila perkara itu diadukan kepada keluarga mentuanya, mereka menganggap ia hanya perkara remeh. Justeru, wanita itu membuat laporan polis di Balai Polis Naya Nagar di Thane, mendakwa ditipu suaminya, kata Pegawai Kanan Polis, Kailash Barve. - CARI
|




ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.302950 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.