Remaja berusia 17 tahun nekad membunuh diri dengan meminum racun kerana tidak dapat menerima sering ditegur ibu bapa pulang lewat malam. Difahamkan, mangsa ditemui tidak sedarkan diri di rumah neneknya di Muara Enim, Sumatera Selatan.
TribunNews melaporkan, mangsa ke rumah neneknya sebelum mengajak ibu saudaranya ke pasar, lalu membeli racun perosak. Sekembali ke rumah berkenaan, mangsa meminta ibu saudaranya keluar, namun wanita itu berasa curiga sebelum masuk semula ke dalam rumah. Dia bagaimanapun terkejut apabila mendapati mangsa sudah terkulai di dapur dalam keadaan mulutnya berbuih dan terdapat bungkusan racun perosak sudah terbuka berhampiran tubuhnya. Wanita itu kemudian bergegas mendapatkan bantuan daripada penduduk setempat dan bidan kampung untuk memeriksa keadaan mangsa. Melihat mangsa yang kritikal, mereka segera menghubungi ambulans untuk membawa mangsa ke rumah sakit.
Namun, belum sempat ambulans tiba, mangsa menghembuskan nafas terakhir. Ketua Polis Muara Enim, Donni Ekas Syaputra melalui Ketua Polis Daerah Gunung Megang Herly Setiawan berkata, sebelum kejadian mangsa ditegur ibu bapanya kerana tidak pulang ke rumah menyebabkan dia nekad mengakhiri hidupnya. - CARI
|
Orix replied at 3-11-2020 11:40 AM
ni mesti jenis geram dgan mak ayah tapi xtau nk lepas geram mcm mana pegi bunuh diri.....tapi memang ...
apam replied at 3-11-2020 11:45 AM
anak dara tak elok tido rumah orang dek. Tu pasal mak marah
umbut replied at 3-11-2020 01:00 PM
Dapat pulak jenis parent mulut puaka maki hamun bagai... ingat x mental ke... maybe dah lama pendam ...
Orix replied at 3-11-2020 11:40 AM
ni mesti jenis geram dgan mak ayah tapi xtau nk lepas geram mcm mana pegi bunuh diri.....tapi memang ...
ADVERTISEMENT