Di kala kita mengalami masalah kebanjiran penganggur berijazah, lain pula cerita dalam sektor pembantu rumah yang didakwa permintaannya sangat tinggi.
Menurut pengguna Facebook ini, pembantu rumah warganegara Filipina antara yang mendapat permintaan tinggi. Ini kerana rekod cemerlang mereka dalam berkomunikasi serta sikap profesional ketika bekerja sehingga membolehkan mereka menuntut bayaran mencecah RM3,000 sebulan. Wajarkah gaji tersebut dan mengapa tiada warga tempatan yang ditawarkan tugasan ini? Menelusuri ruangan komen, ramai berpendapat gaji pembantu rumah sudah pun melebihi gaji minima pekerja di Malaysia iaitu RM1,200. Bukan itu sahaja, ianya juga mengalahkan pekerja baharu dalam industri kejuruteraan, mekanikal dan sebagainya. Bagaimanapun, ia dinafikan beberapa individu yang menegaskan gaji pembantu rumah Filipina tidak setinggi itu. Ianya antara RM2,000 hingga RM2,500 setiap bulan. Di Twitter pula, warganya berpendapat mungkin sudah sampai masa rakyat Malaysia menceburi bidang yang bergaji tinggi ini. Dalam masa sama, kerajaan juga harus menaikkan lagi gaji minimun yang sebenarnya sudah tidak lagi relevan. Tidak hanya sektor pembantu rumah, sektor industri yang menggunakan pekerja asing lain juga, gajinya melebihi gaji minimun ditetapkan kerajaan. Jadi, nak salahkan siapa? |
Skydiva replied at 4-11-2020 12:03 PM
Ni kire tahap2 professional la ni kan? Gaji basic golongan professional pn around 2k++, tp biasanya ...
RatuDunia94 replied at 4-11-2020 12:48 PM
Maid pinoy ni sambil mengemaid sambil cikcur jantan2 kokesen utk dibuat benih balik pinoy.. al hasil ...
LadyCarefree replied at 4-11-2020 01:33 PM
Memanglah kalau nak yg berkualiti. Ramai majikan nak bayar rm800 kerja 18jam sehari tugasan semua b ...
ADVERTISEMENT