CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ayah Kandung Rindukan Cik B Dan Kacak

4-11-2020 12:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 20236| Komen: 123

Mohd. Amin Yasin, 42 mendakwa dia dihalang berjumpa dua orang anaknya, Edlynn Zamilleen, 15, atau Cik B dan Muhammad Eric Zaquan,13, atau Kacak.

 Bekas suami pertama usahawan kosmetik, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Vida itu berkata dia berjumpa dua orang anaknya pada bulan Mei 2018 di ibu pejabat Vida Beauty Sdn. Bhd. di Ipoh, Perak dan hanya selama 15 minit sahaja.

Amin mengaku yang dia amat merindui kedua-dua mereka dan hanya mengetahui perkembangan terkini melalui media sosial dan televisyen.

“Sebagai bapa, saya amat rindukan mereka. Saya tidak mahu hak penjagaan. Cukup sekadar dibenarkan untuk bertemu mereka berdua dalam tempoh yang singkat.

“Sebelum ini, saya ada menghubungi Cik B dan Kacak, namun tidak berjawab. Saya tidak pasti sama ada mereka sudah menukar nombor telefon atau sengaja tidak mahu mengangkat panggilan,” katanya kepada Kosmo.

Mohd. Amin selaku plaintif telah memfailkan tuntutan hadhanah iaitu hak lawatan,bermesra dan dan bermalam untuk bertemu kedua-dua anaknya itu.



Foto: Kosmo
Amin menambah dia hanya bertemua Cik B dan Kacak di kawasan pagar rumah Datuk Seri Vida di Meru, Ipoh atau di pusat beli-belah beberapa bulan sekali.

“Dalam pengetahuan saya, mereka masih mengenali saya. Dalam pertemuan sebelum ini, mereka akan memeluk saya dan masih mengenali bapa kandung mereka.

“Itu sudah cukup buat saya. Bertemu dengan mereka sudah membuatkan saya gembira. Jika teringatkan mereka, hanya linangan air mata dan kenangan-kenangan lama kami bersama sebagai pengubat rindu.”

Mohd. Amin berkahwin dengan Datuk Seri Vida pada 2000 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Edlynn Zamilleen dan Muhammad Eric Zaquan.

Bagaimanapun, Muhammad Eddie Zuhdie,11, dan Muhammad Edrie Zikrie,10, meninggal dunia dalam kejadian kebakaran di rumah Datuk Seri Vida di Meru Hill, Ipoh tiga hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2013.

Amin dan Vida bercerai pada 2008 selepas lapan tahun hidup bersama.

Amin kin peniaga gerai makan di Machang dan sudah berkahwin lain. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batu kikir 3-11-2020 03:43 PM
Betul jugak. Tanpa bapak mana datangnya anak. Tak kiralah yg sah ke yang tak sah.  Moral of the story..  ....bagilah sibapak datang tengok anak dia. Not a big deal
Quote clarizsa 3-11-2020 03:46 PM
Lerghhh pakcik
Banyak je cara nak hubung anak kau yg gila glamer tu
Twitter ada
Insta ada
Fb ada

Tiba2 rindu

Ntah2 anak2 tu pun x hingin kat bapa tu
Quote epal21 3-11-2020 03:46 PM
Ni ke bapa budak2 tu. Heran juga sebab tak pernah mention. Ada kisah ke di sebalik tabir? Tapi iols harap Vida bagilah anak2 dia jumpa ayahnya. Hak bapa dan anak.
Quote clarizsa 3-11-2020 03:48 PM
batu kikir replied at 3-11-2020 03:43 PM
Betul jugak. Tanpa bapak mana datangnya anak. Tak kiralah yg sah ke yang tak sah.  Moral of the stor ...

Yg tak sah pastu x pernah ambik tau dan siap suruh bunuh buang masa masih dlm perut tu tak payahlah nk bajet2 bapak sgt

Ditujukan pada bapak biologi anak i dan mana2 penyumbang sperm perangai sama
Quote dudaberhias 3-11-2020 03:49 PM
rasa macam anak2 tu pun tak baik dengan bapa... ye la dato seri vida je yang jaga sebelum ni....

tapi its not too late untuk perbaiki hubungan sementara ayahnya masih ada... nanti dah takde kita juga menyesal..
Quote MissVixen 3-11-2020 03:50 PM
Biawak dan kaki pukul ke amin ni? Ingatkam dah mati. Mesti ada sebab kenapa anak2 sendiri pun tak cari ayah mereka.
Quote siputpepel 3-11-2020 03:51 PM
tak salahkan anak2. anak2 ni kalau dari kecik dilayan tak elok, dia akan ingat sampai besar.
Quote bintangct 3-11-2020 03:52 PM
clarizsa replied at 3-11-2020 03:46 PM
Lerghhh pakcik
Banyak je cara nak hubung anak kau yg gila glamer tu
Twitter ada

maybe dia bukan kaki media social kot..
or maybe vida dh warn anak2 jgn respon mat bapaknya.. ada je mak2 yg mcm ni jd anak2 terpaksa ikut
Quote sharlenetexas 3-11-2020 03:59 PM
MissVixen replied at 3-11-2020 03:50 PM
Biawak dan kaki pukul ke amin ni? Ingatkam dah mati. Mesti ada sebab kenapa anak2 sendiri pun tak ca ...

Penagih tu ke?

Quote c===8 3-11-2020 04:09 PM
pehh nama eric, cemana la rupa eric tu agaknya...
Quote Mamason 3-11-2020 04:14 PM
Mama ingatkan ayah depa dah meninggal.  Rupanya ada lagi.  Mesti ada something happen...kita org luar xkan tau semua tu... mcm dato' vida sendiri kalau kita tengok buat perangai gila2...kadang2 org begini menyembunyikan rasa di hati uolss xtau...
Quote gam_gajah 3-11-2020 04:16 PM
Bagi nafkah anak ke tak mamat ni? Kalau tak bagi atau bagi pun tak cukup, tak payah nak rindu2 sgt kat anak. Mmg layak di whoareyouskan aje
Quote sukacactus 3-11-2020 04:17 PM
Ooo idup lagi bapak budak2 tu
Quote nolya 3-11-2020 04:18 PM
MissVixen replied at 3-11-2020 03:50 PM
Biawak dan kaki pukul ke amin ni? Ingatkam dah mati. Mesti ada sebab kenapa anak2 sendiri pun tak ca ...

For whatever reason, cik B pasti akan cari bapanya juga satu masa nnti iaitu ketika cik B nak menikah.
Quote dani-rox 3-11-2020 04:28 PM
Ai salute acik Vida penuh konfiden bg nickname anak Kacak.
Quote dudaberhias 3-11-2020 04:29 PM
dani-rox replied at 3-11-2020 04:28 PM
Ai salute acik Vida penuh konfiden bg nickname anak Kacak.

dengan cik B... taktau la B tu stand for what, azwan ali kata Babi
Quote Suchi 3-11-2020 04:30 PM
Umur tok vida berapa? Umur pakcik ni pun muda lagi baru 42, sebaya tokti kan
Quote puteribaya 3-11-2020 04:36 PM
clarizsa replied at 3-11-2020 03:46 PM
Lerghhh pakcik
Banyak je cara nak hubung anak kau yg gila glamer tu
Twitter ada

tah,,kalu baca side Vida dia ni mcm..ermmm..lansung x peduli anak2 kot,,masa kecik la..kalu tidak mustahil anak2 x ingat..lelaki gini sukar diramal..cik B pun dah ada bisnes sendiri..ada hasil niaga sendiri..soo you pikir la sendiri sbb apa nak anak ni..hanya Allah yg tahu..moga dapat diselesaikan sebaik cara
Quote dani-rox 3-11-2020 04:36 PM
dudaberhias replied at 3-11-2020 04:29 PM
dengan cik B... taktau la B tu stand for what, azwan ali kata Babi

Beautiful kot, bersangka baik

Lihat semua komen(123)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.269015 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top