CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Janji Bagi Nyawa Kepada Dewa Kalau Dapat Kerja Lompat Depan Kereta Api

4-11-2020 01:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4395| Komen: 40

Lelaki nekad mengorbankan nyawanya untuk dipersembahkan kepada dewa sekiranya dia berjaya mendapat pekerjaan.

Gulf News melaporkan, lelaki berusia 32 tahun itu membunuh diri sebaik diterima bekerja di sebuah bank komersial.


Menurut laporan, kejadian berlaku di daerah Kanyakumari, Tamil Nadu pada Khamis lalu dan tular di media sosial.

Lelaki dikenali sebagai Naveen itu melompat ke hadapan sebuah kereta api sedang bergerak.

Menerusi nota yang ditemui di dalam poket seluarnya, dia berkata, "Saya menuju ke...yang memberi pekerjaan kepada saya".


Gambar hiasan

Siasatan mendapati Naveen merupakan graduan dalam jurusan kejuruteraan dan menganggur sejak beberapa tahun lalu.

Difahamkan, pada awal bulan ini, dia ditawarkan jawatan penolong pengurus di sebuah bank terkenal di Mumbai.

Selepas beberapa minggu bertugas, dia terbang ke Thiruvananthapuram pada Khamis sebelum menaiki teksi menuju ke Marthandam untuk bertemu rakan.

Menurut polis, dari situ dia berjalan kaki ke landasan kereta api di kampung Putheri di Rajakkamangalam sebelum membunuh diri.

Mayat Naveen dibawa ke Kolej Perubatan Kerajaan Kanyakumari untuk bedah siasat.

Polis juga sedang menyiasat kemungkinan ada sebab lain mendorongnya mengambil tindakan drastik itu. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Modngengade 4-11-2020 01:38 PM
leluhur kicap semestinya kan
Quote hatikudus 4-11-2020 01:50 PM
Dah dapat keje ko mati bunuh diri...sesia aje lah. Lain la klu tak dpt keje...haihhhh mcm ni pun ada
Quote Kurex 4-11-2020 01:51 PM
Leluhurrrrr
Quote Themilo 4-11-2020 02:06 PM
ko dah kenapa dekkkkk
Quote Boomibulat 4-11-2020 02:07 PM
Kira mcm bayar nazar la tu..
Quote Burong_Hantuk 4-11-2020 02:12 PM
Tamil nadu????
Quote taji2906 4-11-2020 02:16 PM
belajar tinggi2 pun bodoh..

aku agak, dia bajet da mati bayar nazar, nanti hidup semula pastu ditawarkan keje yang sama gamaknya..
Quote ais_kosong 4-11-2020 02:25 PM
baik bunuh diri ja masa xda kerja.
Quote zuuu 4-11-2020 02:35 PM
What's the point ko doa dpt keja then???
Quote husna_amal 4-11-2020 02:37 PM
Umpama bayar nazar lah kononnya.
Quote kuzaime 4-11-2020 02:39 PM
Pelik aku, dah dapat kerja elok pi bunuh diri pulak
Quote c===8 4-11-2020 02:43 PM
ntah2 hutang utk belajar pun belum bayar
Quote Mr.Tibet 4-11-2020 02:44 PM
Sewelllll....
Quote siputpepel 4-11-2020 03:05 PM
habis tu motif mintak kerja?
Quote helicornia 4-11-2020 03:08 PM
ada degree pun belum dpt menghapuskan kebodohan.patut le bertahun ko tk dpt keje
Quote zulka 4-11-2020 03:19 PM
dia ingat best sgt la keje bank ni, sekali dpt keje amik kau... stress stress stress
Quote kemaruk 4-11-2020 03:21 PM
Tamil dan keretapi berpisah tiada
Quote mdhelmi 4-11-2020 04:09 PM
kalo ye pon
pastikanla dulu dewa tu nk jumpa ko ke x
Quote exclusive_vvip 4-11-2020 05:08 PM
Napa I tergelak pulak baca berita ni ..Maafkanlah daku

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.065470 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top