Seorang lelaki di Rusia mencuri 29 mayat budak perempauan, sebelum bertindak menyolek serta memakaikan jasad tesebut dengan pakaian dan kasut. Bagaimanapun, ketika prosiding kesnya di mahkamah Anatoly Moskvin, 59, yang juga merupakan seorang ahli sejarah enggan meminta maaf.
Daily Star melaporkan, Moskvin mendakwa bahawa perbuatannya itu bukan satu kesalahan. Alasannya, keluarga mangsa sudah tidak berhak ke atas anak mereka yang sudah meninggal dunia. "Saya tidak mengenali budak perempuan terbabit tetapi beranggapan mereka tidak mempunyai keluarga. "Lagipun, keluarga mereka sudah mengebumikan mayat anak mereka.
"Itu bermakna hubungan mereka sudah berakhir dan mereka tiada hak lagi ke atasnya...jadi saya enggan memohon maaf," katanya. Sementara itu, tertuduh juga memohon agar mahkamah membebaskannya dari hospital psikiatri untuk menjaga ibunya. Sebelum ini Moskvin menggemparkan Rusia kerana mencuri 29 mayat budak perempuan sebelum ditangkap pada 2011. Dia memakaikan baju, stoking dan kasut pada mayat yang dicurinya supaya kelihatan seperti anak patung. Selain itu dia turut memasukkan kotak muzik dalam badan mayat dan menandakan tarikh lahir pada kanak-kanak tersebut. Paling menyeramkan, lelaki itu akan menyambut hari ulang tahun kelahiran kanak-kanak tersebut dengan mendakan parti di dalam bilik tisurnya, Moskvin juga sempat berpesan kepada polis agar tidak menanam mayat kanak-kanak itu terlalu dalam kerana mahu menggalinya semula apabila bebas kelak. Moskvin juga memberitahu ibu bapa mangsa, dia mengambil mayat kanak-kanak itu kerana mereka 'meninggalkannya kesejukan di dalam tanah.'-CARI |
Atata replied at 4-11-2020 02:33 PM
Mcm pernah citer ni kat ci
ADVERTISEMENT