CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Dihurung Semut Dalam Semak

5-11-2020 11:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3402| Komen: 24

Seorang bayi lelaki dipercayai baru lahir ditemui dalam keadaan dihurung semut di dalam semak di Jalan Sidang Hassan 1, Bukit Katil.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri (Risikan/ Operasi), Superintendan Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 3.05 petang sebelum sepasukan pegawai dan anggota bergegas ke lokasi.


Beliau berkata, bayi itu ditemui masih mempunyai kesan darah di tubuhnya oleh seorang lelaki yang terdengar tangisan sebelum mencari arah bunyi berkenaan.

"Ketika itu saksi dikatakan sedang berehat di rumahnya sebelum terdengar tangisan bayi.

"Dia ke arah semak terletak tidak jauh dari rumahnya dan menemui bayi terbabit dihurung semut serta terdapat kesan darah," katanya.


Kredit foto: Harian Metro


Beliau berkata, tiada sebarang dokumen ditemui bersama bayi berkenaan dan seterusnya dibawa ke Hospital Melaka dan ditempatkan di wad kanak- kanak.

Menurutnya, bayi itu kini berada dalam keadaan stabil dan diberi bantuan pernafasan kerana mengalami masalah jangkitan serta pernafasan laju.

"Menurut laporan doktor, bayi lelaki itu adalah baru lahir dengan berat badannya kira-kira 2.2 kilogram dan dipercayai lahir cukup bulan.

"Sehubungan itu, usaha mengesan ibu kepada bayi itu giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote suzycutegal 5-11-2020 11:42 AM
Aduhai kesiannya baby........
Quote Kurex 5-11-2020 12:03 PM
Sebaknyaaaaaaa... Aku tak boleh la tgk pasal baby ni
Quote lailies 5-11-2020 12:05 PM
aduhhh..nape laa ko letak dalam semak tu...kalo ye pun x nak...letak laa tempat elok skit...xde perasaan langsung.....
Quote MissVixen 5-11-2020 12:10 PM
Orang berzina ni senang2 je dapat baby. Kenapa.
Quote aegisrunestone 5-11-2020 12:10 PM
Kesiannyaaaaaaa
Quote Cassieopeia 5-11-2020 12:21 PM
napela buang gitu.. xnk bela letakla kt tempat org senang jumpa..
Quote syidasaleh 5-11-2020 12:43 PM
Kesiannyaaaaa. Dah la sakit kot kena gigit semut. Semoga yg buang tu kena hurung semut sampai mati
Quote Artemesiaa 5-11-2020 12:47 PM
Dah tiga kes masuk akbar untuk bulan ni.  Harap maknya berjaya ditemui untuk memudahkan process documentasi kalau benar dia tak mahu lagi menjaga anaknya tu dan boleh diserahkan ke keluarga baru.
Quote Lolalala 5-11-2020 12:50 PM
Artemesiaa: Dah tiga kes masuk akbar untuk bulan ni.  Harap maknya berjaya ditemui untuk memudahkan process documentasi kalau benar dia tak mahu lagi menjaga anak ...



baby valentine la ni. dok pakat bersedap, haaa merana beranak sorg
Quote LadyCarefree 5-11-2020 12:51 PM
Kesiannya.

Dah sampai masa kot selain cap jari, semua kena bagi dna sampel.
Quote lemak_masin 5-11-2020 12:51 PM
Bodoh betul pi buang or bunuh baby sendiri.. mcm la orang takleh cari sapa mak bapak baby ni.. senang2 je masuk penjara..
Quote kimbora 5-11-2020 12:58 PM
Senangnya dapat anak dibuang buang. Aku ni masih berusaha lagi nak ada rezeki anak. Sedih rasa orang jenis gini.
Quote akuchenta 5-11-2020 01:01 PM
Semoga pelaku mendapat balasan yg setimpalnya!

Quote nanasno 5-11-2020 01:06 PM
babi la sape yang buang2 baby ni. haram jadah betul masa mengongkek sedap2 ko tak fikir plak. laki pmpuan sama je. yang laki pun cam babi pakai la kondom. rokok ada duit nak beli. kondom ko tak leh beli eh babi ah geram aku. ni baby valentines la ni. adoi la baby semoga baik baik saja untuk mu anak. jadi anak soleh ya. kesian takda warganegara. lelah aku tengok kes kes mcm ni macam mana la syed azmi tu dia menghadap kes macam ni hari hari.
Quote saviour_09 5-11-2020 01:50 PM
laaahai

kesiannya nye la dalam semak gi buang

kot ye la syaiton sgt dah hati tu at least letak la tempat senang org jumpa

haaiihh kenapeee la
Quote Nnasda53 5-11-2020 01:51 PM
Allahuakbar...kesian nya..
Alhamdulillah masih hidup bayi tu.
Semoga si ibu mendapat pembalasan yang setimpal.
Quote husna_amal 5-11-2020 02:38 PM
Kesian dengan nasib bayi tu.
Quote kemaruk 5-11-2020 02:39 PM
Sian bayi  
Quote wanawina 5-11-2020 02:39 PM
hospital tempat aku kerja ada jugakla jumpa baby org buang. tak terkecuali adik2 (dan mak2 janda yg preggy luar nikah ni) ada je yg tak nak anak diorg. selalunya kalau mcm kitorg tau ada anak2 yg diorg x nak, mmg laju je akak2 misi tempat aku yang xde anak terus book. Lepas lahir diorang buat la proses2 utk legally anak tu jadi anak angkat diorg.

so bagi aku tak perlu buang. tak perlu letak tempat2 mcm ni. letak tempat proper. adala tu org yg nak buat pahala bela anak tu.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.046456 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top