|
Syarikat produksi Radius One Sdn Bhd membuka peluang kepada bekas kru kabin syarikat penerbangan yang diberhentikan kerja akibat penularan Covid-19 mencuba nasib dalam bidang lakonan.
Penerbit produksinya yang juga pengarah, Shahrulezad Mohameddin dalam satu hantaran di Instagram meminta mana-mana bekas kru kabin yang berminat dengan tawaran itu menghantar profil masing-masing kepadanya. Pihaknya boleh mengadakan sesi uji bakat secara dalam talian dan mungkin yang berjaya bakal menjadi pelakon drama terbaru terbitan syarikat produksi itu. Shahrulezad ketika dihubungi berkata, pencarian itu dibuat berikutan ramai dalam kalangan mereka kehilangan pekerjaan, baru-baru ini.
|



ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-2-2026 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.058039 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.