Lebih 800,000 individu kehilangan pekerjaan sejak negara dilanda pandemik, termasuklah mereka yang mencari rezeki di awan biru. Masyarakat turut bersimpati dengan nasib mereka, memberikan sokongan dan tidak terkecuali memberikan cadangan di laman sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi.
"Pramugari yang kena retrenched (diberhentikan kerja), boleh dah pertimbang mohon jawatan waiter (pelayan) kat restoran. Skop kerja lebih kurang," tulis seorang netizen di Twitter sehingga menjadi tular. Dalam pada itu, beberapa netizen turut berkongsi pandangan mereka bagi merujuk kepada peluang kerja yang bersesuaian untuk pramugari. "Sekadar cadangan, mungkin boleh cuba mohon bahagian khidmat pelanggan, pembantu kaunter dan perhubungan awam. "Jawatan dalam khidmat pelanggan, komunikasi korporat dan pemasaran sangat sesuai. Ramai yang ke arah situ," antara komen netizen.
Walaupun pemuda berkenaan sekadar berkongsi pandangannya buat pramugari yang kehilangan pekerjaan mahupun bergurau, tetapi tindakannya tidak disenangi ramai termasuk seorang juruterbang kerana tidak memahami skop kerja pramugari. "Dah ramai dah buat macam-macam. Semua desparate (terdesak) cari makan. Harap industri awak tak terkesan sangatlah ya sampai boleh buat lawak orang tengah desperate macam ni," ujarnya. Malah, penyanyi dan pelakon yang juga bekas pramugara, Zarul Umbrella turut memberi penjelasan berhubung fakta salah mengenai pramugari di mana kerjaya itu disamakan dengan pelayan. "Memang kerja kita (kru kabin) nampak macam waiter angkat makanan, bagi makan, minum, ambil order. Tapi sebaliknya, sebenarnya kita dilatih untuk membuat pertolongan cemas, pertolongan sewaktu kecemasan, bila kemalangan berlaku di dalam penerbangan. "Macam orang bergaduh, kita jadi polis, ada orang sesak nafas, kita jadi nurse, ada orang nak beranak, kita jadi bidan. Ada orang berak merata dalam tandas, kita tukang cuci, semua kita buat. "Saya respek kerjaya sebagai seorang waiter, satu kerja yang halal tetapi kru kabin sebagai waiter amatlah tidak tepat," kata Zarul menerusi video di saluran YouTube tanpa merujuk kepada posting Twitter berkenaan.
|
Normabaru replied at 5-11-2020 02:53 PM
Euwww fefeling entitled nyee... Dh mmg 80% korg served ppl kt atas awan.. Mmg btol la waiter plg ses ...
CiliPadiSedap replied at 5-11-2020 02:54 PM
kalau cmtu sama dengan cikgu, tukang mengajar tukang kutip budak ponteng sekolah, tukang jaga ...
Normabaru replied at 5-11-2020 01:53 PM
Euwww fefeling entitled nyee... Dh mmg 80% korg served ppl kt atas awan.. Mmg btol la waiter plg ses ...
LadyCarefree replied at 5-11-2020 04:07 PM
Baqhal bukan baghal. Gitu ejaan kluster mentaliti cheta.
Jadi nurse jadi bomba semua tu kalau a ...
sarah82 replied at 5-11-2020 01:58 PM
Aku tak nampak pun menghina.. Org bagi saranan sebab rasa ingin tolong.. Hailah..
Normabaru replied at 5-11-2020 03:09 PM
Hahahaa.. Typo jari kaka gumuk cmni la lady. Kehkehkeh
ADVERTISEMENT