Primadona Erra Fazira mengakui telah menerima ucapan tahniah di atas pernikahan seorang lagi wanita yang mempunyai nama serupa dengannya. Menurut Erra, 46, ucapan yang diterima itu memberi semangat untuk dirinya berkahwin lagi.
"Saya sendiri dihujani ucapan tahniah tapi dalam gurauan la. Tapi secara tak langsung memberi semangat kepada saya untuk berkahwin," katanya. Dalam pada itu, pemilik nama Fazira Wan Chek menganggap itu sekadar usikan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Dr Mohamad Zulkifli Al-Bakri. "Saya anggap tu usikan Ustaz Zul. Pandai dia berlawak, hiburkan hati ramai. Apapun, tahniah buat Erra Fazira dari Erra Fazira," katanya lagi. Sebelum ini, Dr Zulkifli mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi foto majlis pernikahan Erra Fazira dan suaminya.
Namun Erra Fazira yang dimaksudkan bukanlah primadona filem negara, tetapi wanita dengan nama yang sama.
|
HoneyManjer replied at 5-11-2020 03:17 PM
dan dan kerang rasa bergetar ke cemana tu wahai kakak yerra pajira?
Acikgomen replied at 5-11-2020 03:27 PM
Kerang tak begetar mcm tulang yach
Dia mengembang dan menguncup sajerrr
ADVERTISEMENT