CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Tak Perlu Total Lockdown Buat Masa Ini'

5-11-2020 03:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2153| Komen: 6

“Total lockdown” atau sekat keluar masuk secara menyeluruh tidak perlu dilaksanakan pada masa ini, namun masih boleh dipertimbangkan bagi menangani penularan pandemik Covid-19," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.


Beliau berkata, Malaysia kini dalam peringkat pemulihan dan melaksanakan langkah dasar keluar menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) secara berhati-hati dengan pembukaan berperingkat hampir kesemua sektor ekonomi dan sosial berpandukan prosedur operasi standard (SOP).


Kredit foto: ProjekMM

“Mekanisme pengurusan krisis negara yang telah dilaksanakan ini telah berjaya mengawal penularan wabak Covid-19 dan mengelakkan fasiliti kesihatan seperti hospital dan klinik terbeban dengan jumlah kes yang terlalu tinggi,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (BN-Arau) berhubung mengapakah kerajaan sehingga kini tidak melaksanakan sekat keluar masuk memandangkan berlakunya peningkatan kes Covid-19.


Mohd Redzuan berkata, sekiranya sekat kelaur masuk secara menyeluruh dibuat, ia akan memberi kesan negatif termasuk terhadap kesihatan mental dan ekonomi.

“Kerajaan seharusnya membuat kawalan yang seimbang melalui keadah pencegahan yang terbaik iaitu dengan membudaya dan mengamalkan normal baharu kehidupan seperti penjarakan sosial dan pematuhan kepada kawalan kebersihan seperti kerap membasuh tangan dan menjaga kesihatan diri sendiri,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Shahidan mengenai sama ada kerajaan akan mengkuarantin Ahli Parlimen yang pulang ke kawasan masing-masing khususnya di Zon Merah ketika sidang Dewan Rakyat berlangsung, Mohd Redzuan berkata Parlimen telah menetapkan kesemua mereka perlu menjalani ujian saringan Covid-19 setiap dua minggu serta mengikuti SOP yang ditetapkan. 


Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 5-11-2020 04:00 PM
Ye, tak nk buat total.lockdown. Pun tak pe...tp bangla 25k tu jgn bawak masuk wpun dah tak de pkp pkpbb pkpabcdefg
Quote husna_amal 5-11-2020 04:27 PM
Jaga baik2 laluan masuk negara. Kes makin meningkat pun punca pendatang asing yang masuk kat Sabah tu.
Quote suzycutegal 5-11-2020 05:42 PM
Sila jgn bagi bangla atau pendatang asing masuk malaysia langsung
Quote bangcak 5-11-2020 11:41 PM
krustykrab replied at 5-11-2020 04:00 PM
Ye, tak nk buat total.lockdown. Pun tak pe...tp bangla 25k tu jgn bawak masuk wpun dah tak de pkp pk ...

pendatang haram yg 25k tu bakal halal tak lama lagi.
abah cow tak larat nak bg makan katanya.
da bebas nati cari la makan sendiri.

>>baca sini<<
Quote AbukRokok 7-11-2020 10:01 AM
ini yg betul...xperlu total lockdown

ko dah jatuh dari tangga...jangan tangga tu ko tendangsbb nak alih/marah kasi hempap ko silap2 K.O terus
Quote Artemesiaa 7-11-2020 10:20 AM
Suka tak suka kena belajar hidup dalam keadaan ni, semua tak tahu dengan pasti berapa tahun lagi wabak ni akan benar2 lenyap.   Kalau berkurung pendapatan boleh jatuh dari langit tak apa juga.  Ni tarah duit dalam simpanan, habis simpanan pergi ke ASB, habis ASB nak yang dalam EPF pula.  Kalau semua tu dah habis nak cekau kat mana lagi.  Bukit kalau hari2 ditarah mahu rata jadi padang juga.  Rasanya pendekatan macam menangani kes tabligh, Pasar Borong Selayang, Jalan Masjid India etc dulu tu lebih berjaya. Jadi kawasan2 yang tak terjejas boleh terus membantu dalam pemulihan ekonomi.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.035340 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top