CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Orang Kelantan Memang Hebat Kalau Bab Berniaga !

6-11-2020 01:56 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7185| Komen: 24



Suami saya kata , nak buat bisnes tak payah berguru , pergi seminar atau dengar talk pun boleh meniaga . Saya akui , memang benar .

Dia banyak bagi nasihat , cerita pengalaman dia bekerja dengan tokey lama dia sampai la sekarang walaupun suami saya dah ada bisnes sendiri , hubungan dia dengan tokey lama terap akrab .

Kita nak berniaga memang kena ade ilmu , kena berani ambil risiko , sebab kita tak tahu kemudian hari macam mana . Sama ada untung atau rugi.



Alhamdulillah, dah 3 tahun suami dengan bisnes nya sendiri , inshaAllah ade rezeki saya nak jadi macam dia . Seriously , suami saya tak minat membaca . So dari situ saya dapat tahu , kenapa dia boleh berjaya walaupun tanpa ilmu perniagaan yang banyak , sebab suami saya suka perhatikan seseorang tu meniaga macam mana . Dia suka mengkaji sesuatu .

Bukan nk kata dia hebat , tapi dia luar biasa . Dia cukup suka bila balik ke Kelantan , suka tengok org Kelantan berniaga walaupun hanya menjual Nasi Berlauk Air Dingin di tepi jalan . 
Jenuh dia kaji , hehehe .

‘Amir suka tengok orang Kelate meniaga, siang buat keja lain, malam meniaga’ ‘Tengok tu sayang , sepanjang jalan ade jer orang meniaga, orang Kelantan ni memang rajin meniaga eh’

Tapi kalau ikutkan betul jugak , nak meniaga tak payah pergi dengar talk , seminar atau ceramah . Yang penting kena tahu ilmu dan rajin bertanya pada orang yang dah berjaya .

Maksud segi berjaya tu , bukan nya orang tu meniaga hari ni minggu depan dapat untung terus beli BMW 5 series tapi cari orang yang berjaya kekalkan hasil jualan dia untuk terus maintain sampai bila – bila .

Suami saya selalu pesan , kita nak buat sesuatu jangan ikut orang , sebab kita tahu sampai mana diri kita mampu . Orang lain kita tak boleh baca . Siapa kata bila berniaga ni tak penah tak rugi? Tipu lah . Tapi itu lah lumrah kehidupan & perniagaan. Ada hari ok , ada hari tak ok .


Macam saya sendiri , pengalaman saya , saya memang zero bab bisnes sedangkan abang long saya ade kedai tayar DUNLOP sendiri di Pengkalan Chepa .

Bila kenal dengan suami , dia selalu bawak saya pergi tempat dia meniaga , dari situ saya dapat tgk cara dia melayan karenah customer , macam – macam hal!

Bila meniaga face to face ni lagi seronok sebenarnya , sebab kita boleh deal dengan customers depan-depan , boleh tawar menawar , haaa time ni lah kita boleh keluarkan skill – skill yang ada untuk pikat hati pelanggan kita .

Pendek cerita nak meniaga tak perlu ikut kata orang , apa yang orang suruh kita buat , semua nya datang dari hati kita sendiri .

Allah itu sentiasa ada, percaya pada rezeki sendiri . Jangan terlampau taksub sangat dengan kejayaan orang lain , tapi apa yang terbaik belajar untuk cari identiti diri sendiri untuk orang lain boleh mengenali siapa diri kita.




2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pistolairAbah 6-11-2020 03:21 AM

sek kito mandi lanjey.. demo dok kenal bare boh
Quote Normabaru 6-11-2020 04:06 AM
Bab peghakkk jangok dooh pun iya jgk
Quote abcdotcom 6-11-2020 06:15 AM
Bab buang Sampah bersepah X nak cerita ???
Quote AbukRokok 6-11-2020 07:11 AM
kok sey kok dey
Quote buapakperut 6-11-2020 08:08 AM
ya tapi semua meniaga sapa pembelinya,banyak area yg kuasa membeli dio rendah
Quote saviour_09 6-11-2020 08:25 AM
sek kito jangey pecoh

sek kito mandi lanjeeyyy

this is pata timur booohhh!
Quote tagas 6-11-2020 09:59 AM
natey bodo la weyy
Quote Boomibulat 6-11-2020 10:31 AM
Mail tote the movie..
Quote RatuDunia94 6-11-2020 10:55 AM
Nak berniaga ni kalau nk bertahan lama senang je.. maintain kualiti.. insyaAllah adalah pelanggan tetap..
Quote suzycutegal 6-11-2020 11:30 AM
Ssjkp.....ya mmg hebat. Hebat sangatttt
Quote mdhelmi 6-11-2020 12:23 PM
ini cuma pandangan penulis
sebetulnya siapa rajin dia boleh berjaya
Quote tipah89 6-11-2020 01:14 PM
sekkk kittooo jangeyyy pecohhh
Quote husna_amal 6-11-2020 02:36 PM
Kalau diperhatikan orang perempuan yang ramai berniaga. Yang lelaki(segelintir) banyak menumpang senang je.
Quote Artemesiaa 6-11-2020 03:40 PM
Suatu masa dulu mungkin tapi sekarang dah ramai dari negeri2 lain pun dah pandai meniaga juga
Quote hashashes 6-11-2020 05:33 PM
Ingat Lagi masa belajar dulu ada sorang kawan kelate dia ajak jual T-shirt. Round la dari 1 bilik ke bilik, memang laku jugak sebab dia jenis pandai cakap padahal T-shirt biasa2 jah
Quote tripleid 8-11-2020 05:48 PM
x abis2 lg ke mitos org kelantan pandai meniaga ni?

kalo terer bisnes dah lama top10 org plg kaya kat Msia tu org kelantan..tp realitinya nan hado
Quote URUHA 10-11-2020 02:30 AM
Sesapa yg berniaga dengan jujur, x kedekut & pandai amik hati customer pasti akan berjaya. X kisah la dari negeri mana sekalipun. Ramai je meols jumpa peniaga dari negeri lain yg berjaya.
Quote rangerx 10-11-2020 05:58 PM
husna_amal replied at 6-11-2020 02:36 PM
Kalau diperhatikan orang perempuan yang ramai berniaga. Yang lelaki(segelintir) banyak menumpang sen ...

berniaga timbang kilo......kihkihkihkih
Quote cleopatralady 10-11-2020 11:14 PM
usaha tangga kejayaan

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.064927 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top