CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bukan Culik Bayi, Tapi Rebut Anak Angkat

6-11-2020 10:18 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7203| Komen: 46

Polis mengesahkan penularan satu klip video kononnya dikaitkan dengan kes penculikan bayi di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Jalan Hang Tuah di sini, sejak hari ini adalah berpunca daripada masalah keluarga.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Superintendan Yusharifuddin Mohd Yusop yang mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu, berkata kes terbabit bukan diklasifikasikan sebagai penculikan, sebaliknya perebutan anak antara ibu kandung dengan ibu angkat.


Kredit foto: Harian Metro

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kita berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan," katanya.

Menerusi video berdurasi 42 saat yang tular itu, kejadian dipercayai berlaku pada 3 petang apabila bayi perempuan berusia lima bulan itu dilarikan ibunya sendiri berusia 17 tahun dan bukannya diculik.


Difahamkan, ketika kejadian, ibu angkat bayi berkenaan datang ke UTC untuk menguruskan kad pengenalan Mykid bayi berkenaan.

Bagaimanapun, seorang lelaki secara tiba-tiba datang dan merampas bayi berkenaan daripada ibu angkatnya yang sedang hamil sebelum menuju ke tempat letak motosikal.

Ibu kandung bayi berkenaan yang sedang menunggu di motosikal kemudian membonceng motosikal ditunggang lelaki berkenaan bersama anaknya itu.

Kejadian itu dipercayai berlaku disebabkan salah faham antara keluarga angkat dan ibu kandung bayi berkenaan dan kedua-dua mereka dikatakan saling mengenali.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EJALTI 5-11-2020 10:27 PM
Edited by EJALTI at 5-11-2020 02:29 PM

Bukan kes culik bayi, tapi berebut anak angkat

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... berebut-anak-angkat

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 November 2020 @ 10:14 PM

Amir Mamat
[email protected]

RAKAMAN video yang tular menunjukkan seorang lelaki mendukung seorang bayi ke motosiakal sebelum didatangi seorang wanita dan membonceng motosikal berkenaan.  

Melaka: Polis mengesahkan penularan satu klip video kononnya dikaitkan dengan kes penculikan bayi di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Jalan Hang Tuah di sini, sejak hari ini adalah berpunca daripada masalah keluarga.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Superintendan Yusharifuddin Mohd Yusop yang mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu, berkata kes terbabit bukan diklasifikasikan sebagai penculikan, sebaliknya perebutan anak antara ibu kandung dengan ibu angkat.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kita berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan," katanya.

Menerusi video berdurasi 42 saat yang tular itu, kejadian dipercayai berlaku pada 3 petang apabila bayi perempuan berusia lima bulan itu dilarikan ibunya sendiri berusia 17 tahun dan bukannya diculik.

Difahamkan, ketika kejadian, ibu angkat bayi berkenaan datang ke UTC untuk menguruskan kad pengenalan Mykid bayi berkenaan.

Bagaimanapun, seorang lelaki secara tiba-tiba datang dan merampas bayi berkenaan daripada ibu angkatnya yang sedang hamil sebelum menuju ke tempat letak motosikal.

Ibu kandung bayi berkenaan yang sedang menunggu di motosikal kemudian membonceng motosikal ditunggang lelaki berkenaan bersama anaknya itu.

Kejadian itu dipercayai berlaku disebabkan salah faham antara keluarga angkat dan ibu kandung bayi berkenaan dan kedua-dua mereka dikatakan saling mengenali.
Quote akuchenta 5-11-2020 10:33 PM
Dah bagi pandai pulak ambik balik..

Video takde ke

Quote emera 5-11-2020 10:36 PM
Edited by emera at 5-11-2020 10:38 PM

Mak 17 tahun? Kau tak sekolah ke? Baby 5 bulan, anak angkat, senang ke nak buat passport? Biasa org tunggu dah settle urusan pengangkatan kat JPN, dah dpt sijil angkat cum sijil lahir, baru senang buat passport. Tu pun lepas genap 2 tahun bawah jagaan keluarga angkat, baru boleh apply pengangkatan. Tak de semua tu, hanya mak kandung dia je boleh buatkan. Kalau mcm ni, mmg x salah mak kandunglah ambik balik cuma cara tu biadap laa.
Quote Skuau 5-11-2020 10:39 PM
Aku.... kesian nya baby tu.
Quote pinklepie 5-11-2020 10:55 PM
Nak anak balik, minta  dan bincang la elok-elok mungkin mak angkat bagi balik sebab katanya dia tengah hamil, mesti dia akan faham perasaan seorang ibu yg melahirkan.
Quote faraway1 5-11-2020 11:00 PM
kalau makan tak tentu, hidup entah camana,
baik mak angkat jaga...


sayang anak bukan setakat bawa lari aje
Quote miss_bear 6-11-2020 02:02 AM
Lari2 sambil dukung baby, tak bergegar ke kepala otak budak tu.. kita kalau bawak baby pun jalan pelan2, elok2 je takut tersadung apa2, jatuh timpa baby pulak.. mak bapak kandung tak sayang anakndu
Quote sukacactus 6-11-2020 06:37 AM
Kenapa dibagi dulu kalau nak ambik blk
Nak tau gak kisah di sebalik ni
Quote kelapaparut 6-11-2020 07:51 AM
bidio xde ke
Quote MoonRise 6-11-2020 09:28 AM
mana video nya
Quote akakmasihvogue 6-11-2020 09:32 AM
Ini berita gembira kerana baby selamat..tidak dibuang ...
Quote hanihan16 6-11-2020 09:32 AM
ke family mak kandung bagi budak tu kat orang tanpa persetujuan dia? baby 5 bulan rasanya mak kandung baru 2 bulan habis pantang
Quote RatuDunia94 6-11-2020 10:31 AM
Biarlah... after all tu anak dia sendiri.. kalau budak tu melingkup pun anak dia...
Quote kookiechip 6-11-2020 10:31 AM
Ni risiko kalau amik anak angkat yg still ada parents. Tak kira lah anak sah taraf/tak sah.
Mak kandung ada hak nk tuntut balik dalam masa 2 tahun. Risau pulak sebab ada orang yg mak I kenal amik anak angkat.
Quote Artemesiaa 6-11-2020 10:40 AM
Selalunya kes macam ni bila mak kandung tak rela anaknya diberi kepada orang lain tapi keluarga memaksa dan dia terpaksa.  Akhirnya nekad berusaha ambil semula anak yang tu walau dia tahu cara yang dia lakukan tu salah.  Jalan penyelesaian sepatutnya melalui perbincangan dan perundangan bukan dengan cara ni.
Quote lasagnaklcc 6-11-2020 10:45 AM
Agaknya family mak baby tu serah kat family angkat, tapi mak baby tak sanggup.
Quote BurungBiru 6-11-2020 10:47 AM
kasih sayang ibu kandung..walaupun ada ibu buang anak merata  tp ibu ni tkleh boleh berpisah dengan baby..sanggup bawak lari..

yang mak angkat pulak, baby 5 bulan nk buat passport dah kenapa? layak ke?? kau nk bawak lari mana baby tu? fishy sangat
Quote manehnya 6-11-2020 10:49 AM
Cari video x jupo2

Tang mana viralnya
Quote manehnya 6-11-2020 10:50 AM
Cari video x jupo2

Tang mana viralnya

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.149048 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top