CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Kurang Pandai, Jadi Saya Nak Anak Fasih Berbahasa Inggeris" - Hairul Azreen

6-11-2020 11:41 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12034| Komen: 49

Pelakon Hairul Azreen, 32, mengakui tidak mempunyai formula spesifik dalam mendidik dua anaknya, Yusuf Iskandar, 4, dan Alisa Aisyah, 1 tahun 6 bulan.

Sebaliknya, bintang filem Wira ini hanya berazam memberikan yang terbaik buat permata hati bersama sokongan isteri, pelakon Hanis Zalikha.



Kredit foto: IG Hairul

Terdahulu, gelagat anak bongsunya, Alisa yang petah menyebut beberapa perkataan selain faham dengan kata-kata ibunya mendapat perhatian pengguna Instagram.

“Saya tidaklah terlalu arif mengenai soal keibubapaan, cuma setahu sayalah, setiap anak ada cara pembesaran masing-masing. Malah, saya juga punyai ramai anak buah. Daripada situ, ada di antara mereka boleh bercakap, bertatih pada peringkat usia yang masih awal dan begitu juga sebaliknya.

“Tetapi, saya percaya sokongan ibu bapa juga penting dalam perkembangan anak-anak. Setiap ibu bapa pasti ada cara masing-masing dan mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Isteri pun banyak membantu dan kami saling menyokong,” katanya.


Ditanya mengenai pandangan sesetengah netizen yang mempersoalkan isu penggunaan bahasa Inggeris yang lebih kerap dalam komunikasi keluarganya, Hairul menjelaskan ia adalah berdasarkan pengalaman sendiri.


Kredit foto: IG Hanis

“Saya sebelum ini tidak fasih berbahasa Inggeris. Rasa menyesal bila tidak belajar bahasa tersebut secara serius dulu.

“Di rumah, kami kerap bercakap dalam bahasa Inggeris selain bahasa Melayu. Macam saya sendiri, impian memang kalau boleh nak berlakon sampai ke Hollywood.

“Jadi saya juga turut ikuti kelas Bahasa Inggeris sejak setahun lalu. Bagi saya, ia bahasa yang penting, misalnya dalam sektor pekerjaan, sosial dan sebagainya.

“Apa pun, ia bergantung kepada cara ibu bapa juga. Cuma macam kami, hal itu bukanlah sehingga menidakkan bahasa sendiri. Cuma saya kurang ni pandai, jadi saya mahu didik anak supaya fasih berbahasa Inggeris selain bahasa sendiri. 

"Pada masa sama, saya pun turut sedang belajar bahasa tersebut. Saya hanya nak lakukan yang terbaik untuk mereka, lagi banyak kelebihan andai kita tahu bahasa kedua,” jelasnya lagi.


Sumber: Media Hiburan
13

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Elanarose

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote newme11 6-11-2020 11:51 AM
oh.... Ok...Paham , Nxt
Quote Normabaru 6-11-2020 11:56 AM
Halah halah halah jiran aku ni pon..
Quote harkktuih 6-11-2020 12:00 PM
suka dgr anak sh shahira yg paling kecik to speaking..walau sheols mcm acik2 kg..
Quote budakmanentah 6-11-2020 12:00 PM
Bosannya citer dia ni. ulang2 yg sama je
Quote chocobozhere 6-11-2020 12:28 PM
anak dia comel...
Quote anony-mous 6-11-2020 12:34 PM
Dulu2 i pon berangan ank lahir nk speaking supaya ank speaking. Tp bukan mudah sb dkt taska dia xspeaking. Last2 iols give up. Ckp je melayu nanti dia masuk tadika/sekolah masa tu polish
Quote maxim 6-11-2020 12:39 PM


tgh bayang die bercakap sambil kelip2 mata
Quote LadyCarefree 6-11-2020 01:30 PM
chocobozhere: anak dia comel...



Kaaaannnn? Comel macam Michael Ang junior. Siap ada versi gegirl.
Quote AKAZ85 6-11-2020 01:32 PM
Bosan laa citer ko.. Muka ko laki bini pon membosankan.. Harap anak2 je comel.. Nextttt
Quote chocobozhere 6-11-2020 01:40 PM
LadyCarefree replied at 6-11-2020 01:30 PM
Kaaaannnn? Comel macam Michael Ang junior. Siap ada versi gegirl.

hahahha..tengok yg gegil tu mcm muka bapak hanis.. comel.. tp tah.. aku geram
Quote niena90 6-11-2020 01:43 PM
So ko nak cakap sape yg berbahasa Inggeris ni bijak pandai la ekkk. Habis kat negara omputih tu ade je mat salleh yg x pandai
Quote URUHA 6-11-2020 01:50 PM
Macam dejavu baca benang ni. Dari dulu x habis2 pasal english. Kekrul dah bertahun kawin dgn Keknis x kan la english masih hauk g? Bagi meols mmg elok pun ada kemahiran bahasa asing tapi jgn jadikan english sbg ukuran kebijaksanaan. Ramai je yg fluent english tapi bimbo & vice versa. Tahap perkembangan baby pun berbeza2. Ada yg cepat belajar & ada yg late bloomers. So bohsan la kekrul ni. Manjang recycle issue utk kekal relevan
Quote tikusmontok 6-11-2020 01:55 PM
LadyCarefree replied at 6-11-2020 01:30 PM
Kaaaannnn? Comel macam Michael Ang junior. Siap ada versi gegirl.

Bukan mcm mubhan ke yg kecik tu
Quote ajinomotonosuga 6-11-2020 01:56 PM
Ajak laa si usop jongos tu sekali piii blajaq inglis

Mike Jagger jongos punye hodoh tapiii bini supermodel ..takkan usop tokleh gak haaa

Pawi bontot kuali tu pun sat lai awek portugis keliling pinggang aaaa..depa ske kulit jantan mayu..haluihhh mulus bak sutera!
Quote UnaHusna86 6-11-2020 02:06 PM
Hahaha macam berlakon best sangat. Berangan kemain sampai ke Hollywood sana
Quote mieymiey 6-11-2020 02:24 PM
Macam saya sendiri, impian memang kalau boleh nak berlakon sampai ke Hollywood.


Yang ini tetap tak tinggal yach.
Quote husna_amal 6-11-2020 04:18 PM
Budak2 melayu sekarang ramai yang tak  reti bahasa melayu. Dah serupa duduk kat luar negara budak2 ni.
Quote slyfynx 6-11-2020 04:22 PM
Adui, sampahnye la gosip
Quote dejure 6-11-2020 04:24 PM
UnaHusna86 replied at 6-11-2020 02:06 PM
Hahaha macam berlakon best sangat. Berangan kemain sampai ke Hollywood sana

Cita cita tinggi..singapore pon blm tentu lps kan..berangan je lah kekrul ni..

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.037630 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top