CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Adibah Noor Bengang Jenama Perkakasan Rumah Terkenal Masih Guna Wajahnya Sebagai Duta

6-11-2020 03:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8440| Komen: 39

Penyanyi dan pelakon Adibah Noor mendedahkan dia tidak lagi menjadi duta kepada sebuah kedai perkakasan ‘buat sendiri’ terkenal tempatan. 

Menerusi laman sosial Twitter, Adibah memaklumkan kontraknya bersama jenama itu sudah tamat pada Ogos tahun lalu. 

“Gais gais, nak mintak tolong, boleh? Kalau ada lagi poster, standee I kat kedai barangan buat sendiri tu, boleh tak tangkapkan gambar dan lokasi dan tarikh? 

“Deme tak sepatutnya letak gambor I lagi. Contract ended august 2019. Kalau ada, bagi tau ya. Thanks semua,” tulis Adibah menerusi satu ciapan. 


Difahamkan jenama tersebut masih lagi menggunakan gambar dan posternya di sesetengah premis mereka meskipun tempoh kontrak sudah tamat. 

Sehubungan dengan itu, Adibah telah meminta jasa baik pengikutnya untuk mengambil foto jika ada gambar dan posternya yang masih diguna pakai di premis-premis berhampiran sehingga ke hari ini. 

Tambahnya lagi, dia hanya mahu memperjuangkan hak kerana penggunaan gambar dan poster itu tidak seharusnya berlaku memandangkan dia tidak mendapat bayaran selepas Ogos 2019. 

Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang berkongsi informasi dengan pelantun lagu Terlalu Istimewa itu. 

“Selalu nampak on the way dari Temerloh ke Karak. 2020 pun still ada lagi. Tak silap kat flyover Lanchang ke Karak. Ala PKPB ni tak boleh balik,” kata seorang wargamaya.

Foto: IG

“Kak, Bandar Permaisuri masih ada. Gambar suruh pakai topeng,” komen seorang wargamaya.

“Dekat Seremban beberapa branch saya tengok masih ada, last week pergi sebelum PKPB. sekarang tak pasti la pulak, nak masuk red zone,” luah seorang wargamaya.

“Esok saya usha kat Tesco Setia Alam. Rasanya macam ada lagi je haritu lepas kerajaan dah benarkan kedai hardware beroperasi masa PKP,” tulis seorang wargamaya.

“Rasenya dekat AEON bukit raja, Klang ada lagi tak silap, tapi last tengok bulan 5/6 camtu masa PKP, nanti saya ambil gambar pm ke akak kalau pegi sana,” bantu seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian Adibah tersebut telah menerima hampir 3,000 tanda suka daripada warga Twitter. 

Terdahulu, Adibah mengikat kontrak sebagai duta bagi jenama perkakasan rumah terkenal itu selama dua tahun bermula pada tahun 2017. -CARI

Sumber: Gempak

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 6-11-2020 03:52 PM
MR DIY kah?
Quote GegarVaganja 6-11-2020 03:54 PM
Kurex replied at 6-11-2020 03:52 PM
MR DIY kah?

Iyooo.
Ganja rasa area rumah Ganja still ada lagi standee Kak Dibah ni. Balik ni nak check.
Tiber

Quote sarah82 6-11-2020 03:57 PM
Mr Diy la kan?
Quote bedahmenjuyah 6-11-2020 04:00 PM
Mr DIY le tu. Lamanya dia bersabar. Dah lebih setahun
Quote mamajawie 6-11-2020 04:05 PM
Mr DIY la apa lagi..saman je la chuollss dapat gak duit time covid ni
Quote Orix 6-11-2020 04:09 PM
Ala2 wardina dan mydin la kan suatu ketika dulu. Dekat tesco melaka 2-3 tahun lepas iols pegi ada rak masih gunakan gambar tokti sbg duta olay.
Quote URUHA 6-11-2020 04:43 PM
Saman je la acik Dib. Leh gak guna duit tu buat belanja
Quote sleepandream 6-11-2020 04:46 PM
dekat flyover highway mana ntah iols nampak ada je lagi
Quote LembingDayanti 6-11-2020 05:20 PM
at least org tau dia idop lagi ok la tu
Quote jijilaaa 6-11-2020 05:22 PM
aah dok nmpak lagi muka dia kat kedai kuning tu..bersepah
Quote msdummy.2018 6-11-2020 06:39 PM
diy pun kedekut nau nk trn gmbr dia....xletak gmbr retis pun org stil dtg...nk risau apa..ko tgk kedai eco???xpyh nk pki duta2 pun...business kebabom jugak
Quote haruslah 6-11-2020 06:42 PM
Kedai xde bajet (kedekut) nak buh gambo baru
Mohon saman
Quote matchstick 6-11-2020 07:21 PM
Cawangan sana sini..dh masuk bskl kan Mr diy ni..kedekut lagi
Quote RatuDunia94 6-11-2020 07:22 PM
Len kali amik je org biasa jd model.. pastu sign kontrak gambar diguna sampai mati.. hahah
Quote dudaberhias 6-11-2020 07:23 PM
MR DIY lerrr tu nokkxxx...
tapi serius gambar dan iklan kak dibah tu meletop2...
memang good for marketing...

hire or bayar la royalty dekat kak dibah tu, revenue company banyak kot...
Quote dudaberhias 6-11-2020 07:26 PM
Difahamkan jenama tersebut masih lagi menggunakan gambar dan posternya di sesetengah premis mereka meskipun tempoh kontrak sudah tamat.


so basically sheolss win la... kan kontrak dah tamat... bukannya takde perjanjian or dia sign gambar guna sampai mati
Quote belilies 6-11-2020 07:31 PM
Weolss kat sarawak ni pun maseh ada lagi standup kakdiba. Tapi iols malas nak snap. Snap qrcode mysejahtera pun daj sekian.
Quote Anamia 6-11-2020 07:47 PM
Ada kat LPT. OTW balik perak dari mentakab I slalu terkejut tgok mata kakdib besorrr
Quote cruz2 6-11-2020 08:05 PM
Ada lg sepanjang lpt

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.049784 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top