CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ada Orang Jual 'Dinding Asal' Bahtera Nabi Nuh! Real Punya Kaki Scammer!

6-11-2020 04:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6341| Komen: 57

Kisah ini dikongsi oleh seorang pengguna Twitter Akhi Fairuz Al-Jengkawi yang menggunakan akaun Twitter @akhifairuz_ berkenaan dengan penipuan yang menggunakan agama sebagai barangan jualan.


Gambar ini saya perolehi dari Facebook Najmi Farisham. Ada pihak tertentu ambil kesempatan menjual dinding asal bahtera Nabi Nuh yang berusia 6000 tahun!

Kredit foto: Twitter @akhifairuz_

Gila tak gilalah guys! Kalau benda begini tak dikawal, mau muncul produk-produk pelik seperti:

1. Tanah yg digunakan utk mencipta Nabi Adam

2. Batu yang digunakan Nabi Ibrahim baling syaitan


3. Sisik ular yang berubah dari tongkat Nabi Musa

4. Air Laut Merah yang terbelah saat Nabi Musa dan Bani Israel menyeberanginya

5. Generasi cucu cicit ulat yang berada di badan Nabi Ayub saat baginda sakit

6. Kuku buroq yang membawa Nabi Muhammad malam Isra' Mikraj

7. Bulu kibas yang Nabi Ibrahim sembelih 

8. Pelepah 3 ekor burung yang Nabi Ibrahim cincang dahulu

9. Gigi unta Nabi Saleh 

10. Batu telaga yang menempatkan Nabi Yusuf saat masih kecil

Huhuhu

Allahu. Saya yang tulis senarai ni pun rasa seram sejuk menulis. Bukan boleh percaya segelintir orang kita ni, silap-silap ada yang dapat inspirasi dari post saya ni, then keluarkan produk berkenaan. Matilanak!

Betul-betul kaki scammer!

Nabi Muhammad tinggalkan kita Al-Quran dan As-Sunnah, bukan hal yang lain. Pegang ia sungguh-sungguh! Bukan hal-hal seperti ini.

Soal bahtera Nabi Nuh pun sejarawan berbeza pendapat di mana ia berlabuh selepas banjir surut walau ada yang dakwa di Mount Ararat.

Kisah Nabi Nuh ni ibrah dia bukan pada kayu yang digunakan membuat bahtera, tetapi teladan Nabi Nuh yang susah payah berdakwah selama 950 tahun kepada kaumnya yang pemula menyembah berhala di muka bumi.

Itu yang patut kita fokus, bukan hal merepek seperti ini. 

Begitulah. -CARI

Sumber: Gempak

2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 6-11-2020 04:15 PM
Jual sbb ada yg pecaya. Bila ramai yg dibuang keja, byk la terhasil idea2 mcm ni
Quote sarah82 6-11-2020 04:25 PM
Hahahahahahahaha.. Lawak pulak
Quote URUHA 6-11-2020 04:30 PM
Boleh pulak dinding bahtera tu wujud lagi sampai skang ya. Tolong la jgn jadi bodo & mudah percaya dgn perkara yg too good to be true
Quote sharlenetexas 6-11-2020 04:35 PM
Beli nak buat ala? Bomoh ke?
Quote liton 6-11-2020 04:36 PM
Burung hud-hud pun ada tawww...cuma belum ada org jual..
Quote lavendernovella 6-11-2020 04:37 PM
Selagi boleh juallll ..
Quote URUHA 6-11-2020 04:38 PM
liton replied at 6-11-2020 04:36 PM
Burung hud-hud pun ada tawww...cuma belum ada org jual..

So adakah chuols akan jadi ponder burung hud2 ittew?
Quote MoonRise 6-11-2020 04:41 PM
Yang beli tu pon, beli nak buat apo.
ngabehkan duit ajo
Quote sarah82 6-11-2020 04:49 PM
liton replied at 6-11-2020 04:36 PM
Burung hud-hud pun ada tawww...cuma belum ada org jual..

Bukan yg guna buat minyak? Jao.. Tu burung but2 kan?
Quote krustykrab 6-11-2020 04:50 PM
URUHA replied at 6-11-2020 04:38 PM
So adakah chuols akan jadi ponder burung hud2 ittew?

Nt begaduh dgn m.nasir pulak pasal copyright lol
Quote sarah82 6-11-2020 04:51 PM
Aku ada kulit kayu ular cinta mani darat.. Tak beli.. Org bagi.. Sebab kan aku suka tengok.. Aku simpan je la..
Anggap je sebagai perhiasa
Quote Rajawali 6-11-2020 04:51 PM
eja dinding pun tak reti..baik gi mampos je seller..
Quote ultra78 6-11-2020 04:54 PM
Boleh tunjuk kat mana lokasi bahtera nabi nuh tu?
Quote Boomibulat 6-11-2020 04:56 PM
liton replied at 6-11-2020 04:36 PM
Burung hud-hud pun ada tawww...cuma belum ada org jual..

Burung hud-hud belum ada..tp burung but-but dh ada org jual sejak dulu..
but.png

Quote Artemesiaa 6-11-2020 05:07 PM
Macam2 cara nak buat duit dengan menipu orang zaman sekarang ni
Quote sukacactus 6-11-2020 05:08 PM
Aku baca tajuk pun tergelak
Bodoh sgt la sapa yang percaya
Quote dudaberhias 6-11-2020 05:11 PM
sukacactus replied at 6-11-2020 05:08 PM
Aku baca tajuk pun tergelak
Bodoh sgt la sapa yang percaya

hahahaha tu la iols baca pun tak tersangka ada yang kreatif jual barang2 macamni...
iols takkan salahkan seller sebab seller tu pandai lagi dari yang di tipu tu
Quote buapakperut 6-11-2020 05:14 PM
astaga sis sampai generasi ulat segala , kreatif. bebeno
Quote Kurex 6-11-2020 05:34 PM
Dulu masa aku kecik tak silap darjah 4, ada org jual gambar makam Nabi SAW. Katanya siapa yg beli & gantung depan rumah, rezeki masuk semasuk masuknya. 30hengget 1 gambar

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.083741 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top