Penyanyi kumpulan rock era 1990-an, Ady Wow, 53, bersama isteri, Fadizah Jiran dan anak bongsu mereka, Nurhadira, 8, disahkan positif Covid-19, kelmarin.
Ady yang kini menetap di Kota Kinabalu, Sabah ketika dihubungi berkata, baru-baru ini dia mengalami demam dan lemah-lemah badan, namun tidak menyangka dijangkiti wabak berbahaya ini. "Saya juga hilang deria bau, tekak terasa pahit dan paling teruk apabila tarik nafas terasa nafas pendek. Empat atau lima hari selepas itu saya sembuh, tapi isteri pula demam. Dia bimbang dan buat keputusan melakukan ujian swab di klinik swasta. "Namun, ujian swab ada dua kategori iaitu yang dapat keputusan dalam masa 10 minit dan satu lagi perlu tunggu dihantar makmal dan dapat keputusan beberapa hari kemudian.
"Disebabkan kena tunggu beberapa hari lagi untuk dapat keputusan, isteri saya pergi klinik lain pula di Kota Kinabalu untuk buat ujian swab. Dalam masa 10 minit dapat keputusan dia positif," katanya. Melihatkan keputusan isterinya, Ady dan dua anak mereka turut berjumpa doktor pada hari yang sama untuk menjalani ujian swab. "Saya dan anak bongsu didapati positif, manakala anak sulung iaitu Nadhirah Nadja pula negatif. Ini hari ketiga kami positif Covid-19. Semalam kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) datang ke rumah untuk buat sekali lagi ujian swab terhadap anak sulung dan keputusannya belum diperoleh," katanya. Ady berkata, Isterinya dimasukkan ke wad kerana ada jangkitan paru-paru tahap tiga, manakala anak sulung mereka perlu menjalani kuarantin diri. "Ikutkan doktor nak bawa saya dan anak bongsu ke hospital tapi saya kasihankan anak sulung yang kena tinggal sendirian," katanya. Ditanya pergerakannya ke kawasan yang berisiko, Ady berkata, dia sentiasa menjaga diri supaya tidak dijangkiti penyakit ini. "Sekarang gelombang ketiga Covid-19 dan saya memang tak keluar rumah kecuali pergi pasar untuk beli barangan keperluan dapur," katanya. Ady yang kini menguruskan perniagaan di Sabah akan tetap menyanyi sekiranya ada undangan mengadakan persembahan. Dia juga aktif menghasilkan video nyanyian yang boleh ditonton menerusi YouTube Ady WOW Official.-CARI Sumber: Harian Metro
|
cmf_premierleag: semoga lekas sembuhmasih ingat lg vklip ady Wow ni lagu Engkaulah Yang Satu ....putih tinggi heshenmpk benor aku dh kertu
gigahertz replied at 7-11-2020 07:27 PM
Anak dia semua muka fotocopy. Kalau pergi pasar anaknya merayap atau maknya tertinggal tak susah nak ...
SR4tahun replied at 7-11-2020 03:20 PM
iols td skip gmbrnya sbb xkenal pun sapo pakcik ni tp sbb komen uols, iols scroll atas semula. ter ...
ADVERTISEMENT