Kombinasi antara aktiviti fizikal, hubungan sosial dan dikelilingi alam semula jadi dapat menjadikan aktiviti berkebun sebagai aktiviti yang bermanfaat untuk kesihatan mental kita. Ramai pekebun mengatakan apabila mereka melakukan aktiviti berkebun dan bermain dengan tanah tanaman, mereka akan berasa lebih tenang dan gembira. Keinginan ingin melihat dan memelihara tanaman menjadi mekar dan berbuah dapat mewujudkan sifat positif dalam diri, seterusnya dapat mengelakkan tekanan. Idea untuk melakukan aktiviti berkebun mula diberikan kepada orang yang mengalami kegelisahan dan kemurungan. Pesakit diberi tanaman untuk dirawat, yang kemudian ditanam di taman komuniti yang ditetapkan supaya mereka dapat bergabung bersama orang lain dan mengeratkan hubungan sosial.
"Penyelidikan menunjukkan bahawa aktiviti luar atau 'ekoterapi' seperti berkebun atau berjalan kaki, mempunyai manfaat besar untuk kesejahteraan bahkan sangat efektif dalam merawat kemurungan dan kecemasan ringan hingga sederhana," kata Aimee Gee dari sebuah badan kesihatan mental. Ini berkemungkinan disebabkan kombinasi melakukan lebih banyak aktiviti fizikal kerana menjalin hubungan sosial yang lebih kerap dengan orang lain dapat mengurangkan kesunyian serta meningkatkan keyakinan diri sambil dikelilingi alam semula jadi yang mendamaikan. Warna, bunyi dan bau alam semula jadi ketika berkebun juga dapat meningkatkan rasa nyaman dan memberikan kepuasan apabila menyelesaikan tugasan atau aktiviti perkebunan. Seorang tukang kebun dan penyampai TV telah berkongsi kepada orang ramai bagaimana aktiviti berkebun dapat membantu mengatasi kemurungan yang dialaminya. ”Apabila anda menanam sesuatu, anda melabur pada masa depan yang indah di tengah-tengah dunia yang penuh tekanan, huru-hara dan kadang kala amat mengerikan. ” katanya penuh optimis. Kredit foto : Google Oleh itu, kemungkinan besar aktiviti berkebun akan dijadikan sebagai salah satu rawatan alternatif atau terapi untuk mengurangkan tekanan dan kemarahan selain daripada seni, kraf , berjalan kaki dan menyanyi. Sumber : The Guardian |
Tinot7 replied at 28-11-2020 10:21 AM
Lepas tgk citer the martian, iols tingin nak berkebun. Bila sedar yg diri ni takde bakat bercucuk ta ...
riyadhK replied at 28-11-2020 11:15 AM
Start tanam Lada dulu uols. 2 3 jenis Lada. Seronok bila keluar hasil. I semai biji cili kering yg ...
eplasbpafree replied at 28-11-2020 11:13 AM
tp bila tanam pokok, pokok mati...
lagi tensen kot...
Tinot7 replied at 28-11-2020 11:22 AM
Kalau beli pokok terus, lagi senang, kan? Nak tunggu dia membesar, amik masa lama rasanya.
Kitty_catz replied at 28-11-2020 03:24 AM
Tu sbb chuols rajin sangat siram.. over water leteww.. mati lemas pokok
eplasbpafree replied at 28-11-2020 11:27 AM
actually sbb terlupa siram..
i harap pokok i berdikari mencari minuman sendiri...
Kitty_catz replied at 28-11-2020 11:26 AM
Nikmat semai or propagate sendiri vs beli kat nursery tak sama.. but if nk mudah or baru2 nk belaj ...
Kitty_catz replied at 28-11-2020 03:31 AM
Ooo giteww.. chuols seswai tanam air plant.. no need siram2
ADVERTISEMENT