CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ingatkan Perompak, Lelaki Tertembak Isteri Hamil

8-11-2020 10:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4027| Komen: 31

Miami: Niat seorang lelaki di Florida, Amerika Syarikat (AS) adalah untuk melindungi keluarga daripada ancaman bahaya, tetapi lain jadinya apabila dia tidak sengaja menembak isterinya yang hamil.


Insiden itu berlaku apabila lelaki berkenaan menyangka ada perompak cuba memecah masuk rumahnya.

ABC News melaporkan Sheriff daerah Martin County, William Snyder mengesahkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 1.30 pagi pada Rabu lalu di Stuart, dekat sini.


Foto: Harian Metro
Menurut Snyder, lelaki berkenaan memberitahu pegawai penyiasat yang dia tidak sedar isterinya tiada di dalam bilik ketika kejadian.

Selepas menembak mangsa, dia terus menghubungi talian bantuan kecemasan dan memaklumkan tidak sengaja menembak isterinya.


"Suami mangsa memberi penjelasan terperinci dan memberitahu dia terjaga pada tengah malam selepas terdengar bunyi seperti ada individu lain berada di dalam rumah.

"Sebelum pergi meninjau, lelaki itu membawa bersama pistol bertujuan untuk melindungi diri seandainya berlaku kejadian tidak diingini.

"Sebaik melihat kelibat orang, lelaki itu terus melepaskan tembakan dan malangnya, mangsa adalah isterinya sendiri," katanya.

Menurut Snyder, mangsa yang hamil enam bulan dilaporkan meninggal dunia di hospital, lapor WPBF.

Seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang ada di dalam rumah ketika kejadian tidak mengalami kecederaan.

Namun, pejabat Sheriff tidak mendedahkan identiti mangsa dan suaminya bagi melindungi mereka seperti mana yang termaktub di dalam undang-undang.

"Insiden ini ibarat satu mimpi ngeri kerana seorang suami yang mahu melindungi keluarga tidak sengaja membunuh isterinya.

"Siasatan lanjut berhubung insiden itu masih dijalankan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CikNano 8-11-2020 11:00 AM
Mesti si suami menyesal seumur hidup
Quote tikusmontok 8-11-2020 11:06 AM
Kesiannya
Quote kimsa-ra 8-11-2020 11:11 AM
Knp tak intai dulu baru tembak. Tembak membabi buta. Bahaya org awam pegang pistol jd mcm ni lah.
Quote zarulnazmi 8-11-2020 11:12 AM
AKu pernah dengar cerita ada lelaki nampak perempuan kena ragut. Lelaki tu pandu kereta nak langgar peragut tapi tersilap terlanggar perempuan tu. Perempuan tu meninggal dunia.
Quote sharlenetexas 8-11-2020 11:23 AM
Oscar Pistorius dulu guna alasan macam ni lah bunuh gf heols.
Quote Firenzza 8-11-2020 11:29 AM
Sblm nk tembak tu x kan la xde bagi warning ke minta angkat tangan ke...ni x terus tembak apa cerr? Ada bau ikan kes ni
Quote Fafaa 8-11-2020 11:45 AM
kalau Florida Man ni memang cite aneh2..
Quote Artemesiaa 8-11-2020 11:51 AM
Cepat sangat bertindak tampa pastikan dulu siapa orangnya tu merugikan diri sendiri.
Quote darkness 8-11-2020 11:53 AM
Xkan tak kejutkan isteri masa perasan ada pencuri nak masuk? Xkan xpanik nak bagitau isteri kalau rasa ada org pecah masok?
Quote aint 8-11-2020 12:20 PM
iols rasa disengajakan... mesti dia dah tau yg setiap mlm bini tu turun ke kitchen minum air ke apa... ada pregnant woman mmg panas dan dahaga ...
Quote Potato_kering 8-11-2020 12:24 PM
Alasan biasa bila husband bunuh bini. Kamon.
Quote Belibis 8-11-2020 12:31 PM
Tak ikut SOP ke apa nak kendali senjata.
Patut pastikan dulu siapa,bukan main boh jer.
Quote Nes3in1 8-11-2020 12:32 PM
Mudah sgt pemilikan pistol. In the end salah guna gun, kids going rampage with gun at school atau tersalah tembak.
Quote bakingsoda 8-11-2020 12:33 PM
ye ke tak sengaja...
Quote dani-rox 8-11-2020 12:39 PM
Bau ikan sgt kes ko nih. Bini preggy summore.

Harap polis buat siasatan dgn lebih teliti.
Quote diss69 8-11-2020 01:57 PM
Mcm pelek jugak,xkan xnengok bininya xada sebelah.. Ni bngun dngr bunyi, nmpk bayangan org terus tembak..
Quote eizarz 8-11-2020 02:12 PM
something fishy laki nya itu
Quote lurve82 8-11-2020 02:22 PM
Mcm tipu je...
Quote yatt_takez 8-11-2020 05:50 PM
ni kes nak claim insurance apa...banyak jek kes pasangan bunuh membunuh sebab nak tuntut insurans ataupun kerana org ketiga...

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.283463 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top