CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Afiq Rhuichi Yoshiyuki, 'Melayu Pure' Tapi Diberi Nama Jepun Sebab Bapa Tiada Idea

9-11-2020 12:27 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 16759| Komen: 127|Original author: Oleh: LilRose

Agak melucukan apabila lelaki warganegara Malaysia dan beragama Islam tiba-tiba diberi nama Jepun.

Hal itu menyebabkan orang ramai menyangka Afiq Rhuichi Yoshiyuki Bin Abdul Aziz berdarah kacukan Melayu-Jepun.



Kredit foto: Twitter

"Tidak, saya tak ada mix Jepun pun. Parents saya pure Melayu. Ramai ingat saya ada berdarah kacukan disebabkan nama saya," katanya kepada mStar.

Dedahnya, bapanya tiada idea untuk memberi nama kepadanya, lalu meminta pendapat rakannya yang tinggal di Jepun.

"Sebenarnya parents saya tak gemar kartun anime pun. Tapi masa nak letak nama saya tu ayah tak ada idea. Jadi, dia minta pendapat kawan dia yang tinggal kat Jepun. Lepas tu dia cadangkanlah nama tu," katanya.

Malah, namanya juga dikatakan mempunya maksud yang bagus dalam bahasa Jepun.


"Saya lahir tahun naga. Jadi maksud nama saya tu Rhuichi Yoshiyuki tu naga yang gagah perkasa. Kiranya Afiq - naga yang gagah perkasa," jelasnya.


Kredit foto: Twitter

Rupa-rupanya, bukan dia saja diberi nama unik sebegitu, malah adik bongsunya juga turut diberi nama Jepun.

"Nama adik bongsu saya Ayuni Erika Onnayuki. Maksud nama adik saya, ibu kata Ayuni tu 'puteri salju'.

"Nama adik saya pun kawan ayah yang sama bagi. Lagipun parents memang minat nama Jepun sebab unik dan ada maksud yang bagus.

"Dalam kami tiga beradik, hanya kakak saya je nama Melayu. Kakak saya nama Anis Natasha Elia," katanya.

Pun begitu, Afiq akui terkilan apabila ada orang mengecam namanya tidak mengikut syariat Islam.

"Bila ada yang kecam tu saya just ignore sajalah. Bagi saya nama Afiq dah Islam cuma belakang tu je dalam bahasa Jepun," katanya. 


Afiq (dua dari kiri) 
Kredit foto: mStar

Perkongsian Afiq yang memuat naik gambar kad pengenalan memaparkan nama Jepunnya itu sebelum ini mendapat pelbagai reaksi lucu daripada netizen. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 9-11-2020 12:32 PM
Seb baik kawan bapaknya tak cadangkan nama maria ozawa.
Quote Kurex 9-11-2020 12:33 PM
Comel ju gak
Quote fizamn 9-11-2020 12:41 PM
x de bezanya dgn melayu nama kan anak Alexander tapi rupa melayu asli.. hurmmm
Quote CocoCily 9-11-2020 12:58 PM
Sometime pelik tau mak ayah ni..anak dah lahir tak tahu nak letak nama apa. Mengandung 9 months. Even if dah khatam 100 idea nama ke apa, masih ada juga yang dah lahir tak ada idea. Tapi memang dah tertulis nama dia begitu
Quote sekel 9-11-2020 01:01 PM
Belibis replied at 9-11-2020 12:32 PM
Seb baik kawan bapaknya tak cadangkan nama maria ozawa.

mau bini rembat muka laki dia
Quote ais_kosong 9-11-2020 01:04 PM
Belibis replied at 9-11-2020 12:32 PM
Seb baik kawan bapaknya tak cadangkan nama maria ozawa.

Ni sengaja cari masalah
Quote Cyempaka 9-11-2020 01:04 PM
Ok je. Aku suka nama dia dan adik dia. Kedengaran comel
Quote ChildrenOfBodom 9-11-2020 01:21 PM
So masa nak letak nama hang bapak hang takdak idea nak bagi nama apa? dah menutoh mak hang and terberanak adik bongsu hang pon still takdak idea ka? Rubbish story..
Quote the_killer 9-11-2020 01:23 PM
kalau muka jawa tp nama english...
Quote depresio 9-11-2020 01:33 PM
Belibis replied at 9-11-2020 12:32 PM
Seb baik kawan bapaknya tak cadangkan nama maria ozawa.

hahahahahahahaha
Laki kan
tukar amri ozawa kot
Quote epal21 9-11-2020 01:33 PM
CocoCily replied at 9-11-2020 04:58 AM
Sometime pelik tau mak ayah ni..anak dah lahir tak tahu nak letak nama apa. Mengandung 9 months. Eve ...

Itulah iols heran. Macam tak excited pula nak dapat baby. Kawan iols ,bapanya letak nama dia dengan nama doktor yg sambut kelahiran dia sebab takde idea juga katanya. Kiranya macam impromptu gittew.
Quote depresio 9-11-2020 01:35 PM
anis natasha elia tu pon bukan nama melayu dik

nama melayu macam kenanga melati kuntum che bee
tu baru nama melayu
Quote acikhan 9-11-2020 01:42 PM
Lol, sementara minik mengandung kan Ade jual buku nama2 indah utk ank2 why bapak die x Cari n pilih? Apo la... Tp same mcm nama pakcik haku org jawa ye "Ray bonti bin Mohd ?? Something la sedap nama Ayah die... Makcik haku ckp pak mertua die letak nama dari Artis indon kot..

Lg masa makcik haku kahwin semua org mcm wow sbb name pakcik haku ala matsaleh tau sekali da settle nikah eh org melayu ghuper nyer..hihihi...
Quote Orix 9-11-2020 01:43 PM
mcm nama anak blogger sepet noh tu... yurika la, qaizer la bla3...
Quote Artemesiaa 9-11-2020 01:45 PM
Bukan kes pertama pun ramai je yang ada nama bunyi macam dari negara lain hanya tak di viralkan je
Quote VioletsAre_Blue 9-11-2020 01:46 PM
Smart nama dia dengan maksud sekali
Quote allshares 9-11-2020 01:52 PM
Maybe dah anak bernombor. Selalu anak 1st yg mak pak excited sgt nk pilih nama. Mcm kwn iols anak ke 4 baby dah seminggu masih tak pilih nama lagi, nampak sgt dah hilang excited.

Nama jepun ape nk heran pun, melayu skrg pun ramai letak nama anak ala2 omputih, asal ko bahagia tak kutuk nama anak org yg letak melati ke, cempaka ke, rani kulop ke, sudah.
Quote darkness 9-11-2020 01:54 PM
Ok apa nama dia. Maksud yg baik kira ok dah..samala dgn nama cina gigih org melayu suh tukar nama jadi arab...
Quote buragazz 9-11-2020 02:24 PM
Budak office aku ni pun ada gak namakan anak jepun "Hideaki" pastu bos aku namakan anak dia "Zidane"...

Lihat semua komen(127)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.077764 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top