Keluarga dan penyokong rapat Donald Trump mula berpecah apabila sebahagiannya meminta Presiden Amerika Syarikat itu menerima kekalahannya kepada Joe Biden, manakala yang lain mendesak beliau terus berjuang.
Menantu yang juga penasihat kanannya, Jared Kushner dilapor sudah mendekati Trump untuk memintanya supaya mengakui kekalahan dalam pilihan raya presiden itu, kata dua sumber kepada CNN. Sementara, isteri Trump, Melania dikatakan memberitahu masanya sudah tiba untuk presiden sepenggal terbabit menerima keputusan pilihan raya. Bagaimanapun, dua anak lelaki sulung Trump, Donald Jr dan Eric mendesak bapa mereka serta sekutu parti Republikan dan penyokong, menolak keputusan pilihan raya itu secara terbuka. Pasukan itu merancang untuk menyebar mesej (tidak disokong sebarang bukti hingga kini) bahawa tempoh sepenggal presiden telah dicuri hasil daripada rasuah dalam pengundian.
Satu daripada langkah yang dirancang adalah mengemukakan maklumat pengundi mati yang didakwa undiannya diambil kira dan adakan perhimpunan bagi menyokong dakwaan itu, menurut sumber lagi. Matlamatnya adalah menimbulkan keraguan munasabah terhadap keputusan pilihan raya, sekali gus mendesak setiausaha membuka siasatan atau membuat kiraan undi semula, yang mana ia akan memanjangkan lagi proses dan berpotensi memberi lebih masa kepada Trump untuk prosedur mencabar keputusan di mahkamah. Bagaimanapun, pemeriksaan fakta dibuat CNN terhadap dakwaan undi orang mati di Michigan oleh wakil parti termasuk ahli keluarga Trump, penyokong iaitu bekas Speaker, Newt Gingrich dan bekas pemangku Pengarah Perisikan Nasional, Richard Grenell tidak menemui apa-apa. Analisis dibuat menunjukkan dakwaan itu tidak berlaku seperti maklumat tersebar. Sumber: Harian Metro
|
Normabaru: Si jared tu hensem. Tp jahat kemahen.. Sama cm trumpet ni.. Tp sejahat2 trumpet.. Dia xbedil negara2 islamDia asik bergasak dgn china kaki makan bxbi ...
Normabaru replied at 9-11-2020 01:15 PM
Si jared tu hensem. Tp jahat kemahen.. Sama cm trumpet ni.. Tp sejahat2 trumpet.. Dia xbedil neg ...
matbad replied at 9-11-2020 01:49 PM
Yaaa dia jahat dalam negara dia ja. Dia tak bedil negara islam. Si biden ni kita tggu la nak bedil ...
Buritan replied at 9-11-2020 02:39 PM
Bab ni aku setujukkk.. dia ngate aje.. takde laa dibomnya palestin cam bush tu
Normabaru replied at 9-11-2020 02:43 PM
Si VP pon dah bg pledge xberbelah bagi kt israel.. So siap sedia jelaa... Haiz
Buritan replied at 9-11-2020 02:45 PM
Abslaa palestinee..hari ni bina rumah.. esok ranap.. mmg tak bereta la
Buritan replied at 9-11-2020 02:45 PM
Abslaa palestinee..hari ni bina rumah.. esok ranap.. mmg tak bereta la
Normabaru replied at 9-11-2020 02:48 PM
Sorry but not sorry.. Kaka tgk org palestin yg dok msia ni perangai xislamik langsung. Ade certain ...
Normabaru replied at 9-11-2020 02:43 PM
Smlm tgk si din ni siap ckp akan rest assured islam dilayan sama rata. Kohkohkoh
ADVERTISEMENT