CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pembunuhan Surya: Pelajar Perempuan Disambung Reman 7 Hari Lagi

9-11-2020 01:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7883| Komen: 44

Marang: Reman pelajar perempuan tingkatan enam yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, 19, disambung selama tujuh hari lagi sehingga Isnin depan.

Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda membenarkan reman pelajar berusia 19 tahun disambung bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dijalankan.

Sebelum ini, pelajar berkenaan direman selama tujuh hari bermula 3 November lalu.

Foto: Harian Metro

Pelajar perempuan itu yang juga kenalan mangsa sebelum ini ditahan selepas diserahkan ibunya pada 8.15 pagi 2 November lalu ketika datang ke Balai Polis Telemong.

Tangkapan terhadap pelajar itu dibuat berdasarkan bukti yang ditemui di lokasi kejadian dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah burung berhampiran kediaman mangsa.


Sebelum ini dilaporkan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di Kampung Lubok Batu, Telemong, Kuala Berang pada 1 November lalu.

Dalam kejadian 2.30 petang itu, mangsa ditemui tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan oleh adiknya, Siti Nur Syuhada, 15, yang baru pulang dari sekolah. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 9-11-2020 01:21 PM
Dah ramai sokong saspek. Yg sokong pun jenis bbnu
Quote matbad 9-11-2020 01:46 PM
Kurex: Dah ramai sokong saspek. Yg sokong pun jenis bbnu

Yg sokong tu jenis doramg tepikir kalau keadaan memaksa dorg nak ja buat mcm tu
Quote manjalara_01 9-11-2020 01:51 PM
Kurex: Dah ramai sokong saspek. Yg sokong pun jenis bbnu


Bleh updatekan latest info?

[youtube]5tBuqHpDHuw[/youtube]
Quote She-Ra 9-11-2020 02:00 PM
Kurex replied at 9-11-2020 01:21 PM
Dah ramai sokong saspek. Yg sokong pun jenis bbnu

ooooyeh??
hmmm.. depa pusing tak mana?
tggu jela bukti2 sahih.. cctv tu pun nampak dia je yg dtg rumah kan..  ke ada blindspot cctv atau kes ala2 the capture?
Quote Kurex 9-11-2020 02:08 PM
She-Ra replied at 9-11-2020 02:00 PM
ooooyeh??
hmmm.. depa pusing tak mana?
tggu jela bukti2 sahih.. cctv tu pun nampak dia je yg dtg ...

Dorang caya yg saspek kena body shaming..... Bila aku tanya umur berapa, dia kata 18, aku ketawa kecil je
Quote She-Ra 9-11-2020 02:14 PM
Kurex replied at 9-11-2020 02:08 PM
Dorang caya yg saspek kena body shaming..... Bila aku tanya umur berapa, dia kata 18, aku ketawa k ...

bebudak jaman skang, sereeeeeeeeeeemmm
marah sampai berbunuh
Quote Atata 9-11-2020 02:15 PM
Dia ni xkn keluar dah sampai hbs bicara. Klu kalah, mereput lah
Quote Artemesiaa 9-11-2020 02:17 PM
Kes berat macam ni pasti reman akan dilanjutkan sebab banyak siasatan kena dilakukan
Quote aint 9-11-2020 02:35 PM
moga terkumpul bukti2 yg menunjukan dia bersalah dan dihukum...

alasan body shaming smpi bunuh org ... lps tu curi lak duit dan handphone mangsa .. dasar perempuan tak guna
Quote salmon-suki 9-11-2020 02:41 PM
Kurex: Dah ramai sokong saspek. Yg sokong pun jenis bbnu

Spesis bbnu y xde otak nak berfikir,mmg ler...asal kena body shaming,positif utk membunuh,asal berebut jantan,wajib membunuh..utk alasan picisan mcm tu nk commit crime, it's a nonsense..tgk drama kpoop byk sgt kan...pakat jd poop belaka
Quote TravellingBear 9-11-2020 02:42 PM
Sekolah pon dah dicutikan gomen. Tak payah risau pasal tak pergi sekolah la athirah. stpm pon tunda tahun depan
Quote adeqbun 9-11-2020 02:44 PM
Kurex replied at 9-11-2020 02:08 PM
Dorang caya yg saspek kena body shaming..... Bila aku tanya umur berapa, dia kata 18, aku ketawa k ...

yg bekap tu terasa sbb gundu jugak kot
Quote Kurex 9-11-2020 02:51 PM
adeqbun replied at 9-11-2020 02:44 PM
yg bekap tu terasa sbb gundu jugak kot

Aku dulu pinggang 37, leher berlapis.. lepas kena body shaming terus aku nak jadi kurus & berjaya kurus. Dah kau gemuk sebab kuat makan, terima je la..
Quote alinone78 9-11-2020 02:53 PM
Ada sesiapa tau tak dia hutang apa sampai rm900. Yuran ke? Beli buku ke?
Quote adeqbun 9-11-2020 02:53 PM
Kurex replied at 9-11-2020 02:51 PM
Aku dulu pinggang 37, leher berlapis.. lepas kena body shaming terus aku nak jadi kurus & berjaya  ...

pd ai gemok is gemok..xde mslh pon kalau diri ko tu ade self confident yg tggi..dh kenapa smoi bekap melampau org yg membunuh scr kejam..ade pk x side belah keluarga arwah..bbnu pathetic sgt
Quote husna_amal 9-11-2020 03:24 PM
Kalau betul membunuh cepat2 lah mengaku.
Quote gadget 9-11-2020 03:29 PM
sape nak ngaku kan...tp sepandai2 tupai bak kata neng yatimah
Quote Megikari 9-11-2020 04:40 PM
Halooooo masa aku gemuk dulu selalu je kena body shaming dengan ipar duai n colleagues. Tapi tak pernah pulak terpikir nak bunuh sesiapa. Alasan body shaming, kena ejek pasal miskin ke semua tu poyo je. Yg sebenarnya memang ko hati busuk dik, sebab tu ko sanggup ambik nyawa orang dengan cara zalim macam tu
Quote emera 9-11-2020 04:46 PM
Sapa yg sokong suspect sbb konon kena body shaming tu, baik mark siap2.. jgn bg anak/adik/sedara korg kawin dgn bbnu2 ni.. ada possibility nak buat mcm suspect jugak nampak gaya.. sokong pembunuhan.

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.126810 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top