CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fazley Yaakob Mengaku Tak Mudah Nak Pertahankan Rumah Tangga

9-11-2020 01:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18255| Komen: 134

Penyanyi, pelakon dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob mengakui tidak mudah untuk mempertahankan rumah tangga dibina bersama isteri Datin Azrene Ahmad.

Sepanjang 14 tahun mahligai dibina, Datuk Fazley atau Fazley mengakui pernah diduga dan diuji namun dengan izin Allah SWT, mereka mampu mengatasinya.


Fazley meluahkan rasa kasih dan sayang terhadap isteri menerusi hantaran di Instagram tepat jam 12 malam tadi (Sabtu), 7 November 2020, bersempena ulang tahun perkahwinan mereka ke-14 tahun.

“Syukur ke hadrat Ilahi, 7 November 14 tahun yang lalu kami telah disatukan. Pelbagai onak duri, duka dan duka (bukan suka duka) dan airmata yang mengalir. Namun Allah tetap izinkan kita untuk terus berdiri teguh mempertahan masjid yang satu ini.

“Bukan mudah untuk mempertahankan perkahwinan yang baru setahun jagung, apatah lagi memperkukuhkan masjid yang terbina 14 tahun lamanya.

Foto: IG

“Moga iman kita semakin kukuh, tiang agama kita semakin utuh, dan anak-anak kita yang empat orang tu membesar dengan tersedianya ilmu dunia dan terpatrinya ilmu akhirat sentiasa,” tulisnya.

Lebih menyentuh perasaan apabila Fazley mendedahkan ketika mereka berkahwin isterinya dalam keadaan sehelai sepinggang.

Pengorbanan isteri yang dipanggil ‘adik sayang’ itu terhadap dirinya juga sangat besar dan sehingga kini, Azrene masih tetap setia disisi.

Fazley turut mengakui kejayaannya hari ini adalah disebabkan ‘adik sayang’ yang sentiasa menyokong dan memberi dorongan.


“Terima kasih di atas pengorbanan ‘adik sayang’ selama ini. I am who I am today because of you. Adik menjadi isteri abang dalam keadaan sehelai sepinggang.

“Dan abang sendiri sampai tiada apa lagi yang tinggal akhirnya, namun Allah tetap memberi harta kasih dan sayang berpanjangan.

“Biarlah kita miskin harta, namun kekal kaya kasih dan sayang. Yang pahit tak semestinya racun, yang manis tak selalunya madu!

“Salam Ulangtahun kita yang ke-14 dan percintaan yang hampir ke-16 tahun,” luahnya.

Hantaran tersebut menjadi lebih romantis apabila pemilik restoran Minang Kapau itu memuat naik foto-foto awal perkenalan, perkahwinan sehingga kehidupan mereka hari ini, berlatarkan lagu November yang dicipta sepenuhnya oleh Fazley sendiri. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote djzara81 9-11-2020 01:36 PM
Aku tak tau sgt background Azrene melainkan dia anak kak Mah. But seriously? Tak mcm sehelai sepinggang mase kawen dgn Fazley. Belajar & work overseas, sehelai sepinggang apo? Fazley ni ayat dramatik sgt
Quote akuchenta 9-11-2020 01:45 PM
Takkan sehelai sepinggang...
Quote lattehazelnut 9-11-2020 01:48 PM
Edited by lattehazelnut at 9-11-2020 01:51 PM

Nyampah anak org kaya humble brag
Bapak kau pun datuk
Sehelai sepinggang agak nye xde 1 birkin bag kot tp duduk rumah banglo kete merc

Like kau ingat aku nak percaya kau start dr 0?
Quote SyaJoyah 9-11-2020 01:48 PM
Alahai poyo nye la ayat
Quote KBW2 9-11-2020 01:52 PM
Aku biasa dengar orang panggil suami abang. Tapi panggil isteri adik tak pernah lagi.

Ini memang normal dan diterima pakai eh?


I dunno sounds wrong to my stupid ears.

Kena akui bodoh sesiap sebelum dibambu.
Quote bambimo 9-11-2020 01:55 PM
Sehelai sepinggang
Bukan dia anak somebody gak ke
Quote kiah_mai_pulak 9-11-2020 02:01 PM
gaduh sebab berebut eyeliner nk lukis kening ke mcm mana?
Quote n0n0n0 9-11-2020 02:01 PM
Edited by n0n0n0 at 9-11-2020 02:03 PM

Idk about the ayat sehelai sepinggang tu. But did you guys know that his wife gugur more than 10 times before? Tapi they have 4 kids la. Idk mula2 rasa biasa je couple ni tapi bila dgr ujian mcm tu dorg dpt, iols rasa insof kejap. Sbb iols gugur dua kali yach and my hati remuk, I was down for weeks and months. Kesian kat suami kene layan iols yg menangis tak sudah. Smpi kelopak mata bengkak sgt, nk tutup mata pun tak boleh. So apa lagi, sambung la nangis sbb nk tido pun seksa. Iols tak dpt bygkan couple ni lalui pengalaman gugur byk kali itu
Quote Buritan 9-11-2020 02:04 PM
djzara81 replied at 9-11-2020 01:36 PM
Aku tak tau sgt background Azrene melainkan dia anak kak Mah. But seriously? Tak mcm sehelai sepingg ...

Tu laa.. dah laa dua dua anak ongkaya..
Quote Buritan 9-11-2020 02:05 PM
akuchenta replied at 9-11-2020 01:45 PM
Takkan sehelai sepinggang...

Kalo dia selai sepinggang  aku yg marhaen ni cmn.. tiada seurat benang ke hahaha
Quote Themilo 9-11-2020 02:05 PM
again? sampai dah beranak-pinak pun duk canang lagi cerita ni?

meols syak, sampai anaknya  kahwin pun duk ulang cerita sinetron ni..
Quote Buritan 9-11-2020 02:06 PM
lattehazelnut replied at 9-11-2020 01:48 PM
Nyampah anak org kaya humble brag
Bapak kau pun datuk
Sehelai sepinggang agak nye xde 1 birkin bag ...

Kalo si ajreenni selai sepibggang.. aku ni seurat benang kot.. hahaha
Quote sarah82 9-11-2020 02:09 PM
Aku mengantuk baca.. Next
Quote wanokakaka 9-11-2020 02:14 PM
mungkin fazley blh la simpan aib2 keluarga yg tak patut..
Quote Rogue98 9-11-2020 02:14 PM
Kalau dah fake PhD tu benda2 lain pun boleh fake. Kau ambik anak dara org tanpa restu si ibu...gugur byk kali pun nak salahkan si ibu gak...padahal korg yg gelojoh...bomoh India pun kau percaya.. Dah ada 4 org anak tembam2 jaga jer lah elok2...time corvid mesti biz terukkan...sucresucre bistro pun dah tutup. Dulu kata xdpt biz salahkan mak mertua...nahhh Tuhan bagi kau cashhhhh...betul2 lingkup biz...
Quote anakmak 9-11-2020 02:16 PM
KBW2 replied at 9-11-2020 01:52 PM
Aku biasa dengar orang panggil suami abang. Tapi panggil isteri adik tak pernah lagi.

Ini memang  ...

Some Indonesian panggil bini diaorg adik
Quote anakmak 9-11-2020 02:17 PM
Buritan replied at 9-11-2020 02:05 PM
Kalo dia selai sepinggang  aku yg marhaen ni cmn.. tiada seurat benang ke hahaha

Hehehe lawak
Quote Atata 9-11-2020 02:18 PM
KBW2 replied at 9-11-2020 01:52 PM
Aku biasa dengar orang panggil suami abang. Tapi panggil isteri adik tak pernah lagi.

Ini memang  ...

Org dulu2 mmg guna abang adek haha
Quote KBW2 9-11-2020 02:18 PM
anakmak replied at 9-11-2020 02:16 PM
Some Indonesian panggil bini diaorg adik

Ooooo kedengaran janggal pulak.


Lihat semua komen(134)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.082970 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top