CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

A Aida Gesa Finas Dedah Syarikat Produksi Seleweng Dana, "Jangan Diam Je"

9-11-2020 01:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3579| Komen: 19

Penerbit terkenal, Datuk A Aida bersetuju dengan pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) supaya 44 syarikat produksi yang mendapat geran Kandungan Digital (DKD) supaya memulangkan semula dana itu.


Isu ini timbul susulan satu pendedahan dibuat yang menyatakan lebih RM30 juta dana DKD yang diumumkan pada pembentangan bajet 2015 kepada penggiat industri menghasilkan filem kenegaraan, gagal diterbitkan sehingga sekarang.


Kredit foto: IG

Dalam laporan itu, Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid menyatakan pihak mereka sedang berunding dengan kesemua syarikat terbabit untuk menuntut semula dana diberikan.

A Aida berkata, salah laku sebegini tidak boleh dibiarkan kerana ia hanya merugikan industri dan melepaskan peluang syarikat produksi yang lebih layak serta bersungguh-sungguh dalam berkarya.

"Saya bersetuju dan berdiri di belakang Pengerusi FINAS untuk mendedahkan syarikat terbabit sekali gus dapat menyenarai hitam daripada menerima dana pada masa akan datang.


"Namun, perkara itu perlu diteliti juga sebab mereka boleh saja mendaftar atas nama syarikat lain. Jadi, saya berasa wajar jika kerajaan boleh mengkelaskan syarikat kepada A,B,C seperti yang pernah dipraktikkan suatu ketika dulu.

"Sebagai contoh syarikat A diberi dana lebih RM3 juta, syarikat B RM3 juta ke bawah dan C pula sekitar RM300,000. Kepada syarikat produksi yang baru buka, wajib diberikan kelas C saja. Dengan cara ini, dana itu tidak akan disalahgunakan lagi.

"Ini saja penyelesaian yang saya nampak. Kalau tak sampai bila-bila pun, dana akan disalahgunakan. Jadi, apabila ada pengkelasan  kita akan tahu kemampuan syarikat itu dari segi kewangan dan kepakaran untuk menghasilkan karya," katanya.


Kredit foto: Harian Metro

A Aida yang juga penerbit filem Ratu Kala Jengking berharap FINAS akan bersikap tegas dan telus dalam perkara ini.

"Saya berharap, kepimpinan FINAS yang baharu ini dapat menyelesaikan perkara ini sebaiknya. Jangan dibiarkan senyap saja. Kerajaan dah bagi peruntukan dan itu adalah duit rakyat," katanya.


Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 9-11-2020 02:14 PM
Tapi karya hasil dr company die pun hauk kekdahnye..ade kah uols dlm kategori Gred C or D jugak?

Sj tny....mohon pencerahan.
Quote mamajawie 9-11-2020 02:30 PM
ape yg best n memorable cite dia ni?sume jenis syok sendiri..yg aku ingat pun citer halimah jongang ngan fatimah juling
Quote salmon-suki 9-11-2020 02:49 PM
Jap..dia yakin betul tu dana company dia xde penyelewengan. Padahal produk semua hauk..tgk citee kala jengking movie dgn drama cik siti ke apa daa..plot sama, exactly the same storyline,beza y tu movie,y tu drama n castings berbeza. Ingat org tak taw ke?

Drama kuar kt tv3 dlu..pstu bru movie tu..hauk hauk haukkkkk
Quote husna_amal 9-11-2020 03:38 PM
Mesti tak dapat balik dana tu. Finas pun patut kena siasat, mana lah tahu ada penyelewengan jugak.
Quote Kurex 9-11-2020 03:39 PM
Gambar kau yg pakai glasses pakai jaket tu macam pompuan tua yg mekap tebalnutk tutup kedut. Hasil company kau semua sampah, kau pun balik2 cerita pasal jadi rebutan jantan yg ntah ye ntah tak, asal cerita pasal kau mesti pasal jantannnnnnn je. Puihhhh
Quote LembingDayanti 9-11-2020 03:40 PM
awas parap awasss parap awasss...
Quote tobobon 9-11-2020 03:56 PM
oklah ..mungkin company sheols x apply dana tu...katanya dana untuk filem2 kenegaraan..

filem2 yg sheols produce ada kenegaraan kah?
Quote fealefea 9-11-2020 03:58 PM
Walau nyampah dgn dgn saya setuju tindakan ini. Siasat la. Kemain dpt dana hasil ntah mane.
Quote silampumeja 9-11-2020 07:03 PM
In term of effort i rasa ok cadangan dia. Kena control. Kalau tak cmpany hadap buat paper work , proposal sebab nak duit.. hasil takde pun. Takde siapa check audit pulak tu. Takde deadline ke? Monthly atau yearly review takde buat ke nak pastikan yg diberi duit tu buat? Since 2015?
Quote damian_lee 9-11-2020 07:04 PM
Gebang bajet power
Tapi hasil hauk

Juga antara tanda adanya penyelewengan
Quote LadyCarefree 9-11-2020 07:20 PM
Dengar citer time tu kompeni 3bradek dpt 12juta untuk terbit 1 pilem tiap bulan. Hehehe tu baru geran buat pilem.

Si qiemkepampropa tu dah knape jumpa a.aida. Bukan haram ke xtutup rambut nanti kerjasama duit hasil pon haram oooooo Hipokrit betul.
Quote RatuDunia94 10-11-2020 03:04 AM
LadyCarefree replied at 9-11-2020 07:20 PM
Dengar citer time tu kompeni 3bradek dpt 12juta untuk terbit 1 pilem tiap bulan. Hehehe tu baru gera ...

Qiem jd penyanyi ost utk drama terbaru sheols..
Quote LadyCarefree 10-11-2020 10:29 AM
RatuDunia94 replied at 10-11-2020 02:04 AM
Qiem jd penyanyi ost utk drama terbaru sheols..

Qiemkepampropa bila involve duit xkisah ke psl tutop ghambot ke xtutup?
Quote diss69 10-11-2020 12:59 PM
Bnyk jugak sykt2 yg ada.. Tp yg aktif berapa kerat je.. Patut uarkan nama2 sykt yg dpt dana sebelum ni..
Quote sokmogitu 11-11-2020 09:59 AM
Mulotkoyak replied at 9-11-2020 02:14 PM
Tapi karya hasil dr company die pun hauk kekdahnye..ade kah uols dlm kategori Gred C or D jugak?

...

engkau ni tak faham konteks..pastu kecam produksi dia. Ibaratnya mcm ni... a Aida buat produksi hauk pakai duit sendiri/investor...kau kecam. Tp kau clueless yang ada syarikat filem buat filem pakai duit kau (duit cukai) melalui dana finas tp hasil hauk sebagaimana filem2 a aida yg kau x suka tu. Alasan..sbb kau kenal a aida tp kau tak kenal produksi kecik2 yg dpt dana kerajaan tu. Macamana sifir kau ni? Antara dua tu..baik lagi A Aida sbb dia x turun naik pejabat gomen mintak duit...hauk2 pun untung rugi dia x libatkan duit kau.
Quote Mawar91 11-11-2020 12:26 PM
LadyCarefree replied at 9-11-2020 07:20 PM
Dengar citer time tu kompeni 3bradek dpt 12juta untuk terbit 1 pilem tiap bulan. Hehehe tu baru gera ...

Company ape tu chouls? company yg nme mcm sejenis ikan perempuan tu ke?dlu berhijab kejap bukak tudung tu?
Btw qieqie ade dpt lagu dari A.Aida untuk buat OST akasia mcm Hafiz dpt dlu..
Quote LadyCarefree 11-11-2020 12:31 PM
Mawar91 replied at 11-11-2020 11:26 AM
Company ape tu chouls? company yg nme mcm sejenis ikan perempuan tu ke?dlu berhijab kejap bukak tu ...

Baguslah dah rezeki qiemkepampropa cuma patutnya rejek ah sbab aida xtutup rambut. Hehehe
Quote Mulotkoyak 11-11-2020 10:10 PM
sokmogitu replied at 11-11-2020 09:59 AM
engkau ni tak faham konteks..pastu kecam produksi dia. Ibaratnya mcm ni... a Aida buat produksi ha ...

Ko pun tak faham konteks ayat aku...aku ckp 'tapi'... cube fhm ckit..ayat tapi tuh
Quote hanyreena 12-11-2020 01:07 AM
Entahla truk sgt

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.051503 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top