CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Apa Perasaan Kau Bila Tengah Makan Orang Ajak Bergambar?"-Fizo Omar

9-11-2020 01:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 23819| Komen: 181

Apabila bergelar seorang selebriti, semestinya diri akan sentiasa menjadi tumpuan ramai lebih-lebih lagi jika berada di tempat awam.

Sudah pasti para peminat yang terserempak, tidak akan melepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama artis pujaan mereka.



Foto: IG
Bagi pelakon Fizo Omar, katanya, dia sentiasa bersikap terbuka untuk melayan para peminatnya yang mahu mengambil gambar bersama.

Begitupun, kata Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 35, sebolehnya, biarlah permintaan yang dibuat peminat itu mengikut kesesuaian masa dan keadaan yang sepatutnya.

Hal ini kerana, katanya, terdapat segelintir peminat yang seolah-olah tidak mempunyai 'common sense' ketika ingin bergambar.




"Saya sebenarnya tak kisah pun, malah gembira sahaja bila keluar di tempat awam dan orang nak bergambar. Sebagai seorang selebriti kita rasa macam dihargai bila ada peminat nak bergambar ataupun minta autograph.

"Tapi kena tengok lah keadaan dan situasi. Common sense lah, kalau tengah makan atau tengah dalam keadaan yang serius, ada yang siap beri arahan lagi: 'Awak pergi ke meja sana kejap, kami nak bergambar', kau baru nak suap makan ni (lagi-lagi tengah lapar tak sempat nak makan)... hmmmm...macam mana kau nak react ni??," luahnya menerusi satu entri di Instagram.

Sungguhpun begitu, menurut Fizo, dia tidak pernah menyalahkan peminatnya sebaliknya cuba memahami mereka mungkin terlalu teruja sehingga terlupa adab sepatutnya.



"Kalau bukan selebriti pun akan spoil juga kan bila dia tengah makan dan disuruh ke sana sini untuk nak bergambar.

"Cuma saya faham kalau letak diri di tempat peminat, bukanlah dia kurang beradab ke apa, kadang-kadang tu terlebih teruja bila jumpa seseorang yang diminati," katanya.

Fizo seterusnya mengatakan dia  berkongsikan perkara ini bukan kerana marah atau tidak menghargai peminat.  

"Bukan marah kongsikan perkara ini, cuma saling mengingatkan sahaja. Biarlah adab kita menggambarkan berapa tingginya nilai bangsa Melayu kita," katanya lagi.


Apapun, kata Fizo dia tetap bersyukur apabila masih mempunyai peminat yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya sejak berkecimpung dalam industri hiburan.

Fizo mula dikenali sekitar tahun 2008 selepas menyertai program realiti Hero Remaja. -CARI

Sumber: Gempak
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 9-11-2020 02:03 PM
sorry dear, iols kalau jumpa chuols pun iols bolayankan aje.. who are youss? what's your contribution to our country / society?

semenjak dah kembali berlakon, cakewhat pula yachh..
Quote gigahertz 9-11-2020 02:04 PM
Aaah mamat ni mmg sombong. I nampak dia kat aeon selayang mall jalan keluar laju je.
Quote hanezzafirah 9-11-2020 02:05 PM
apa yg hadap sgt nak bergambar dgn retis ni?
kampung sungguh
Quote exclusive_vvip 9-11-2020 02:09 PM
biar btol ada org nak bergambo dgn mamat ni?? yg org tu pun, agak2 la nak ajak retis bergambo..Bertempat la sikit taste tu..
Quote Mulotkoyak 9-11-2020 02:11 PM
I xpernah teringin nk bergmbr dgn retis...or amik hp tgkp senyap2. IG iols pun iols xfollow byk retis sgt. Adelah 3-4 kerat. Jmp retis berselisih bahu pun iols bg satu pndgn biase je. Xdelah tgk smp 3-4x mcm terencat mcm nk bg prasan.
Quote wanokakaka 9-11-2020 02:12 PM
dah ada org nak bergambar tu layan kan jela.. kang tak ada yg nk bergambar baru tahu.
Quote matchstick 9-11-2020 02:13 PM
Nmpk sedap makanan depan dia tu..
Quote cikperiukkera 9-11-2020 02:16 PM
Nk ckp ada pemenat yg serbu & nk selfie dgn sheols time tgh2 nk melahap la tu kn? Konon famoussss amos!  
Quote inspektoremos21 9-11-2020 02:20 PM
Eii siapa je nak bergmbar dgn kau.. baik bergambar dgn diva aa
Quote Nenasketum 9-11-2020 02:26 PM
Retis dedulu umpama bintang, sesekali jer nampk, tak makan kat warung2 or merayau kat tempat ko melepak tu.
Quote mamajawie 9-11-2020 02:29 PM
hebat sgat ke ko ni slain keje perabihkan reta bekas minik???












Quote buragazz 9-11-2020 02:34 PM
Aku ingat lagi jumpa dia ni kat umah staff aku sebab si Mawar tu anak buah staff aku ni.. so pegi la majlis jumpa la pastu aku tgk je takde la niat nak bergambau sebab muka masing2 ketat je (Klu tak ketat pun tak hingin aihh..) pastu akak sebelah aku ni makcik pprt sibuk suruh ambik kan gambau pastu dia panggil pulak aku masuk sekali alahai.. aku dalam keterpaksaan si Fizo masa tu senyum kelat je la.. sebab aku cam tolak2 tak nak..haha
Quote binipopeye 9-11-2020 02:34 PM
sape yg bangang tuh ajak dia nih bergambar.... hadap sgt retisss harap duit ex binik nih
Quote depresio 9-11-2020 02:35 PM
Kami org KL ni biasa je jupa retis
Jiran pon retis
Siapala tersangkak sgt tu nak amik gambar retis?
Fizo pulak tu hahaha
Quote September14 9-11-2020 02:38 PM
Ala tgh mkn je pun bknnnya tgh berak
Quote bungarose 9-11-2020 02:40 PM
Saper ler yang hadap sangat dengan retis nih weeihh
Quote Normabaru 9-11-2020 02:40 PM
Sorry kaka jumpa and berdiri sebelah kat escalator pun kaka tak tegur dik pijo ok

Tu masa tgh teruna bergetah.. Now dah kertu duda plak tu lagi la kaka xpandang. Hihih
Quote haruno_sakura 9-11-2020 02:42 PM
Btullah yg dia tegur tu agak2 lah kalau nk bergambau pn
Yg fans pn 1 kalau yepun nk bergambau sgt tggulah org tu selesai mkn beradablah sikit wey
Quote salmon-suki 9-11-2020 02:46 PM
Ai xkoser nak bgambar ngn retis..maybe kalau retis lalu tepi selisih bahu pn ai xkenal kot..kekeke~

Lihat semua komen(181)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.057753 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top