Berbisa betul ya mulut makcik-makcik bawang. Bab judging orang, memang nombor satu. Tapi, itulah yang terpaksa ditelan oleh Kak Jenab atau nama sebenarnya Nor Hafizhatul Haq Mohd Ruslan, selama dua tahun. Graduan dari University of Derby di England ni kata, asalnya dia memang kurang minat dengan course yang dia ambil di sana. Namun, kerana mengenangkan ibu dan bapanya, dia tetap teruskan juga pelajaran.
Bila dah balik Malaysia, dia sempat bekerja di sebuah syarikat, sebelum membuat keputusan untuk berniaga tauhu begedil secara kecil-kecilan. Tapi, bila dah dapat tahu dek orang, haa mulalah ada yang cakap macam-macam.
Untuk tutup mulut-mulut makcik bawang ni, Kak Jenab post gambar konvonya di Facebook supaya mereka tahu yang dia dah berjaya tamatkan pengajian, dan bukannya gagal. Apa yang buat makcik-makcik ni jadi lagi malu sendiri, Kak Jenab sekarang dah ada sebuah kafe untuknya menjual tauhu begedil. Haa, sentap kau! Rata-rata netizen juga memuji keenakan tauhu begedil yang dijual oleh Kak Jenab. Tak kurang juga yang menzahirkan rasa kagum dan inspirasi mereka pada Kak Jenab. Itulah, dalam hidup ni kadang-kadang kita kena pedulikan cakap orang. Buat je apa yang kita minat dan suka. Tapi mestilah benda yang betul. Rezeki Tuhan tu ada je mana-mana. Bukan manusia yang tentukan. Yang penting kita usaha, inshaAllah mesti ada hasil. Kredit: mStar, Twitter Kak Jenab, ohmedia.my |
meisapoya replied at 9-11-2020 05:18 PM
Tauhu bergedil akak ni gemuk2 ya. Isi melimpah. Sos pon sedap. Singgit seketul. Puas hati makan.
sarah82 replied at 9-11-2020 05:21 PM
Dia punya inti (daging/ayam) meriah tak? Iols biasa beli x jumpa pun ayam/daging tu. Jadi buat sen ...
eplasbpafree replied at 9-11-2020 05:17 PM
dah kenapa pergi juga ke overseas kalau mmg dah tak minat dgn course tu.
sbb tajaan je ke?
watatakut replied at 9-11-2020 05:29 PM
macam tak ada orang je kedainya
sarah82 replied at 9-11-2020 05:21 PM
Dia punya inti (daging/ayam) meriah tak? Iols biasa beli x jumpa pun ayam/daging tu. Jadi buat sen ...
CocoCily replied at 9-11-2020 05:35 PM
bergedil & tauhu bergedil ni memang puas hati buat sendiri. extra daging
meisapoya replied at 9-11-2020 05:32 PM
Meriah tapi tak rasa sangat sebab dia punya kentang gebu... kena menghayati baru rasa daging... :l ...
watatakut replied at 9-11-2020 05:29 PM
macam tak ada orang je kedainya
ADVERTISEMENT