Kebanggaan rakyat Malaysia, kereta nasional Proton sememangnya mengharumkan nama negara dengan merentasi sempadan untuk diguna pakai di pelbagai negara. Namun, agak menyedihkan apabila ianya bersifat pilih kasih umpama kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Rungut netizen, mengapa pihak atasan Proton membenarkan penggunaan bahasa tempatan untuk negara tertentu sementara di Malaysia sendiri kekal menggunakan bahasa Inggeris? Mengapa perlu dipinggirkan Bahasa Melayu, tetapi dalam masa sama memartabatkan bahasa tempatan di Thailand, misalnya?
Isu yang dibawakan netizen adalah mengapa Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) tidak menggunakan peluang untuk memperkasakan bahasa kebangsaan? Mengapa bahasa nasional perlu diketepikan di negara sendiri? "Tak pernah saya jumpa orang Jepun bangga melihat kereta buatan negara mereka di jalanan. Orang Sweden, orang Chech, orang British pun sama. Hanya orang Malaysia akan bangga bila terjumpa kereta buatan nasional diperantauan." Sementara itu, menurut portal automotif, Paul Tan, sistem arahan suara "Hi Proton" sebagai persediaan untuk mengeksport kereta ke pasaran Asia Tenggara termasuk Thailand. Manakala, Bahasa Inggeris yang digunakan di Malaysia adalah penambahan sebutan "lah" bagi memberi sentuhan tempatan. Manakala, netizen pula mempunyai pendapat yang pelbagai, antaranya terbiasa dengan penggunaan Bahasa Inggeris membuatkan mereka selesa dengan teknologi tersebut. Jadi, anda rasa wajar Proton menggunakan bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris atau kedua-duanya sekali sebagai bahasa perantaan? - CARI |
Tinot7 replied at 10-11-2020 08:54 AM
Apa keta buatan chech dan sweden?
"Tak pernah saya jumpa orang Jepun bangga melihat kereta buatan ...
TalibanRock replied at 10-11-2020 09:37 AM
Czech - skoda
Sweden - volvo, scania
Tinot7 replied at 10-11-2020 08:58 PM
Ok tengkiu. Iols tak pernah dgr keta scania..
Xim replied at 12-11-2020 12:07 AM
Scania rasanya commercial vehicle kot....kereta takde....
ADVERTISEMENT