|
Tular video seekor cimpanzi membuat sendiri minuman smoothie buah-buahan. Dalam video dikongsikan menerusi akaun Twitter @mamaco_primata, kelihatan cimpanzi berkenaan menyediakan beberapa buah-buahan untuk dicampurkan sekali menjadi air.
Lebih teruja apabila melihat haiwan bijak itu memotong buah-buahan dan menggunakan mesin pengisar. Ternyata, cimpanzi itu kelihatan sangat pintar dalam menghasilkan smoothie sehingga membuatkan rata-rata warga netizen berasa terkejut. Kebanyakan pengguna Twitter memuji kebolehan cimpanzi itu di samping ada yang turut mengaitkan situasi tersebut dengan filem War Planet Apes. Video berdurasi beberapa saat itu mencuri tumpuan ramai sehingga menerima hampir enam juta tontonan menerusi laman akaun Twitter berkenaan. Sumber: Himpunan Cerita Lawak
|
gigahertz replied at 10-11-2020 01:16 PM
Cimpanzi english mmg la pandai.
Cuba yang duduk batu caves. Sikit2 nak roti canai. Teh ais. Pastu ...

gigahertz: Cimpanzi english mmg la pandai. Cuba yang duduk batu caves. Sikit2 nak roti canai. Teh ais. Pastu lepak lama2 kat mamak. Nak wifi free.{:run

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.036322 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.