CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sayu Hati Ardell Aryana Tengok Penduduk Di Sabah

10-11-2020 12:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10730| Komen: 91

Pelakon Ardell Aryana, 30, yang kini melaksanakan misi kemanusiaan di Sabah sangat tersentuh hati melihat keadaan penduduk setempat yang terjejas akibat Covid-19 dan memerlukan bantuan makanan.


Ardell pada perkongsiannya di Instagram Story (IG) meluahkan kesayuan hatinya di saat melihat kesanggupan penduduk menaiki sampan dan ada yang membawa anak kecil beratur untuk mendapatkan bantuan.

Foto: IG

"Lihatlah anak yang bergayut di dada maknya. Jika aku mampu berlebih-lebih, pasti aku memberi lebih untuk setiap keluarga.

"Macam inilah keadaan mereka, tapi mereka bersyukur je sebab dah biasa hidup rumah macam ini atas laut.

"Cuma, mereka terkesan tak dapat tangkap ikan untuk jual. Jadi tak ada la sumber makanan untuk beli beras, susu anak mereka," tulisnya.


 
Foto: IG
Menurut Ardell, dia juga gembira dan bersyukur apabila ramai yang mengirim mesej kepadanya di IG untuk bersama- sama menghulurkan bantuan mereka.

"Ramai yang DM nak bantu, boleh salurkan ke akaun yang saya nyatakan. Tak kisah RM1 pun, saya okay je. Nanti, saya akan gabungkan dengan penderma lain dan sampaikan duit itu berbentuk beras, makanan asas dan susu.

"Hari ini, penyampaian bantuan masih di laut untuk mereka yang lebih memerlukan. Kepada mereka yang DM saya untuk hulurkan bantuan, saya tak dapat balas satu persatu,, tapi awak boleh kongsi rezeki dengan warga Semporna di laut dan darat ke akaun yang di nyatakan," katanya.

Berikutan masih ramai penduduk di Sabah harus dibantu, mereka  yang ingin menyumbang boleh salurkan ke akaun 550510970142 (Yayasan Dana Kebajikan Muslim).

Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin sudah berada di Sabah sejak beberapa hari lalu bersama badan bukan kerajaan (NGO) yang disertai untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan di Semporna dan Tawau itu.

Pernah membintangi drama Asam Pedas Untuk Dia dan Baby Ana Milik Siapa, Ardell mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nadzmi Adwa pada tahun lalu dan kini dikurniakan bayi perempuan, Arwa Malaikha Urwa, berusia lima bulan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah
1

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jinglebell123 10-11-2020 12:42 PM
Semoga dipermudahkan urusan ardell bantu orang susah..
Quote RatuDunia94 10-11-2020 12:44 PM
Rasanya kat situ waktu x covid pun mmg susah kot
Quote LadyCarefree 10-11-2020 01:18 PM
RatuDunia94: Rasanya kat situ waktu x covid pun mmg susah kot



Ya these are sea gypsies. Memamg diorang hidup macam tu.

Kalau ada antara mereka kena Covid-19 ia adalah kerana orang2 macam redel ni lah menyebarkan virus. These sea gypsies bukannya naik darat pun.
Quote tikusmontok 10-11-2020 01:20 PM
Balik sini nnt jgn tak kuarantin pulak
Quote Carcosa 10-11-2020 01:30 PM
Aku lagi kesian tgk anak ko dpt mak slut perhatian mcm ko. Tangan gigil2 tak??? #pegiMampus
Quote AKAZ85 10-11-2020 01:38 PM
Balik sini nanti drama kene kuarantin pulak.. Mengigil2 sambil menangis2 rindu anak... Padahal sendiri cari penyakit, gatal bijik gi sana time musim penyakit ni
Quote mamajawie 10-11-2020 01:52 PM
kalu g stakat nak amik gamba stakat melancong atas tiket bantuan kemanusiaan baik xpayah la anjinggg..dtg semenanjung bwak wabak covid je..
Quote princessmiang 10-11-2020 02:04 PM
Pergi for pictures purpose
Quote shernazz 10-11-2020 02:09 PM
Dia bagi bantuan tu tangan gigil.gigil.tak?
Quote exclusive_vvip 10-11-2020 02:18 PM
LadyCarefree replied at 10-11-2020 01:18 PM
Ya these are sea gypsies. Memamg diorang hidup macam tu.

Kalau ada antara mereka kena Covid ...

rasa mcm sengaja je geng2 dia ni gi area sea gypsies ni..nak tunjuk mcm keadaan teruk sgt smpi berebut2..kesian rakyat sabah,mesti malu..
Quote siasia 10-11-2020 03:18 PM
member aku org sabah bengkek je baca benda mcm ni. dia kata diorg oke je kat sana. kita je yg melebih2. hantar frontliners tu hal lain, mmg keperluan sbb frontliners sana pun mmg ada yg kena kuarantin. sama mcm bila kt semenanjung ni pon yg mana kurg akan dihantar untuk back up.

Quote husna_amal 10-11-2020 03:21 PM
Kesian kesian jugak. Anak yang umur 5 bulan tu tak kesian ke....
Quote aemon 10-11-2020 03:26 PM
bila sayu tu menggigil-gigil tak?iols kalau sayu bulu roma meremang lepas tu baru kluar air mata.
Quote URUHA 10-11-2020 03:31 PM
Berapa banyak nak bukak benang utk pompuan ni? Org yg duk jauh nun di sana gigih pulak ko nak kesian, baby sendiri elok je kena tinggal. Meols kesian dgn baby tu sbb dapat mak ayah batak perhatian
Quote namieamuro 10-11-2020 03:38 PM
drama ape pulak kalini dayah oii..situ mmg mcm tu la kehidupan dorg..tayah la acah2 amek gamba nk raih simpati..ayat pn dh mcm ayat scammer nk pancing mangsa..

kwn sabahan iols chite kt sane mcm tu la..tayah nk tmbh perisa dayahhh..sok blk sni jgn gigil menangis rindu tak keruan kt anak pulak..idup takde drama mmg tak sah kan
Quote pxlbb 10-11-2020 03:53 PM
RatuDunia94 replied at 10-11-2020 12:44 PM
Rasanya kat situ waktu x covid pun mmg susah kot

Bener kaka ratu, tapi redel tetap gigih nak pegi zaman kobid ni jugak.
Quote tipah89 10-11-2020 03:56 PM
kera dihutan disusukan anak dirumah kelaparan..gegeh nauuuuuu.
Quote likecandy 10-11-2020 04:16 PM
Dia ni lagi...balik2 benang pasal dia
Apasal x sambung kat benang yg lepas
Quote putu 10-11-2020 04:22 PM
exclusive_vvip replied at 10-11-2020 02:18 PM
rasa mcm sengaja je geng2 dia ni gi area sea gypsies ni..nak tunjuk mcm keadaan teruk sgt smpi ber ...

Xfaham la. Asal sabah saja msti tnjuk orang2 miskin. Realitinya, xla susa sangat pun

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.037470 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top