CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengeluaran KWSP RM10,000 'One-Off' Dan Moratorium Dilanjutkan Hingga Jun 2021 - Najib

10-11-2020 04:39 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9081| Komen: 97

Foto Arkib : NSTP


Kuala Lumpur: Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan bersyarat terhadap Belanjawan 2021 dengan menuntut kerajaan membenarkan pengeluaran 'one-off' hingga RM10,000 daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selain melanjutkan moratorium.


Ketika menyatakan perkara itu, Datuk Seri Najib Razak (BN-Pekan) yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), turut berpandangan pindaan terhadap Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 wajar dilakukan, mengambil kira situasi luar biasa dihadapi negara ketika ini susulan pandemik Covid-19.


"Bajet ini dibuat dalam keadaan luar biasa, kalau kita nak pinda pun bajet ini, ia wajar dilakukan sebab ini keadaan luar biasa dan tambahan lagi dalam hal ini, pendirian BN seperti mana disuarakan oleh (Ahli Parlimen) Bagan Datuk (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) bahawa kita nak pengeluaran KWSP sebanyak RM10,000 secara 'one-off' dan moratorium dilanjutkan hingga 30 Jun 2021 diluluskan oleh kerajaan.


"Sokongan saya dan rakan-rakan terhadap bajet ini tertakluk kepada kelulusan kedua-dua ini, jadi sokongan kita (BN) pada bajet ini sokongan bersyarat," katanya ketika membahaskan rang undang-undang itu di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau berkata demikian sebagai menjawab celahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) mengenai kemungkinan Rang Undang-Undang Perbekalan kali ini dipinda kerana sepanjang pengalamannya sebagai ahli Parlimen, perkara itu tidak pernah berlaku.


Pada awal perbahasan, suasana hangat seketika apabila RSN Rayer (PH-Jelutong) mempersoalkan tempoh 90 minit yang diberikan kepada Najib dan memulakan perbahasan bagi pihak penyokong kerajaan sedangkan Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) adalah Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) yang seharusnya memulakan perbahasan rang undang-undang itu untuk blok kerajaan.


Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun bagaimanapun menjelaskan Najib dipilih sebagai pembahas utama blok kerajaan, oleh itu beliau diberikan 90 minit sebagaimana tempoh berbahas bagi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.


Meneruskan perbahasan, Najib berkata, berdasarkan harapan rakyat, Belanjawan 2021 perlu dibuat penambahbaikan supaya penerimaan rakyat menjadi lebih mantap dan menyeluruh.


Najib berkata, langkah pengeluaran secara 'one-off' KWSP diperlukan untuk menaikkan kitaran wang dalam ekonomi pada masa perbelanjaan kerajaan adalah terhad, serta boleh digunakan rakyat sebagai penyelesaian tunggakan hutang, selain menjadi modal asas memulakan perniagaan kecil terutama bagi mereka yang kehilangan pekerjaan.


"Tanggungjawab kerajaan bukan untuk menafikan pencarum daripada mengakses wang milik mereka sendiri pada masa mereka paling terdesak. Fokus kerajaan pula ialah mencari jalan untuk memulih dan memastikan pencarum dengan baki simpanan yang rendah dapat menambah simpanan mereka dengan kadar paling cepat," katanya.


Najib berkata, perkara itu boleh dilakukan menerusi tiga cara, iaitu membantu KWSP meraih pendapatan yang lebih dengan memberi projek lumayan kepada KWSP; menaikkan semula kadar caruman bulanan majikan dan pencarum; serta mengubah struktur pembayaran dividen kepada struktur berperingkat.


Bekas Perdana Menteri itu berkata, cadangan lanjutan moratorium selama enam bulan lagi perlu dipanjangkan kepada semua peminjam, termasuk pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia dan Tekun selain Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) bagi penjawat awam.


Dalam pada itu, Najib mengingatkan kerajaan supaya tidak meneruskan perkara tidak disenangi rakyat termasuk peruntukan bagi agensi Jabatan Hal Ehwal khas (Jasa) yang boleh dibelanjakan untuk pembelian pelitup muka, cecair pencuci tangan kepada rakyat atau diberi kepada ibu bapa bagi menggantikan bekalan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk murid-murid yang dinafikan sarapan pagi kerana sekolah ditutup.


Selain itu, Najib turut mencadangkan kerajaan melaksanakan Rancangan Pandang ke Borneo sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi seluruh negara untuk jangka masa sederhana dan panjang.


Beliau berkata, Sabah dan Sarawak mempunyai sumber kekayaan semula jadi yang amat besar dan lokasi yang strategik kerana berada lebih dekat dengan negara-negara yang pesat membangun di Asia Timur berbanding Semenanjung Malaysia.


"Secara asasnya, negeri yang kurang membangun akan mengalami pertumbuhan dengan lebih pesat jika diberi perhatian dan pelaburan yang sewajarnya. Adalah tidak masuk akal jika kita menggalakkan syarikat-syarikat dari Malaysia untuk melabur di luar negara tanpa memberi peluang mereka melabur di Sabah dan Sarawak yang penuh dengan potensi," katanya.



Sumber : BeritaHarian



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shark 10-11-2020 05:05 PM
kalau betul baguslah..lanjut sampai jun 2021 dapat pulak 10k cash.. bukan bantu rakyat je tapi dapatlah bantu jana ekonomi negara balik
Quote msdummy.2018 10-11-2020 05:09 PM
dato seri...kwsp br jer annohnce 42% pencarum savingnya kurang dr5k...ni dato nk diaorg bg keluar one off???huhuhu...mimpilah
Quote gadget 10-11-2020 05:10 PM









Quote palmolive 10-11-2020 05:23 PM
ada certain bank bagi jek moratorium smpai jun 2021..supporting docs kena kukuh la
Quote aderaderker 10-11-2020 05:29 PM
Susah kut bang najib..

Ada yg tak cukup 10k tu lagu mana, keluarkan semua?
Tempah maut tu..

Tapi aku kalau dapat,  ok jah amik.
Tak payah lah pakai,  simpan untuk hari hujan..
Quote lesprincesse 10-11-2020 05:29 PM
Come on lah. I think pengeluaran kwsp harus diberi by exceptions, not blanket.

Contoh kalau orang tu mmg ada 50k je dalam kwsp pastu allow 10k keluar, apa yg tinggal buat mereka in the future.

Sad truth is a larger population of pencarum already do not have enough as it is. Now nak eat up in akaun 1 lagi.

Quote sh00 10-11-2020 06:10 PM
Tadi tengok live hujah2 DSN ni. I akui yg DSN ni mmg bijak dan bercakap penuh fakta walaupun i bukan penyokong DSN. Huhu. Beliau mmg bijak pandai. Paling kelakar bila MP Pembangkang sibuk bagi soalan2 kat DSN umpama DSN adalah PM hahaha. Tapi DSN cool je jawab.
Quote noor2 10-11-2020 06:54 PM
Aku setuju dgn najib bab ni....
Quote dizekni 10-11-2020 06:56 PM
aderaderker replied at 10-11-2020 05:29 PM
Susah kut bang najib..

Ada yg tak cukup 10k tu lagu mana, keluarkan semua?


Beliau pun dah jelaskan

tak semua yang akan keluar RM10k

dan sedikit pun tak menjejaskan mudah tunai KWSP
Quote periakuning 10-11-2020 07:26 PM
harap diluluskan lah ye..nak deepavali ni pastu chinese new year..takut rakyat jadi desperate dan buat sesuatu yg di luar jangkaan
Quote cleopatralady 10-11-2020 07:30 PM
ok jugak tu.. buat secara bersasar
Quote Maideen. 10-11-2020 07:36 PM
Dengar tu Yiddin Lembam? Kleptokrat yang dikenali donya setelah mencilok berbillion billion pon tahu! Lu tukang baca doa tak tahu ke?

Dengar jer cakap Mat Semburit tuh lagi....... Sesekali dengar lah cakap penyamun Kleptokrat dan isterinya yang femes itu.......
Quote Kurex 10-11-2020 07:48 PM
Kalau boleh keluarkan, nk keluarkan rm1k je utk beli mesin jahit tepi
Quote Catpaw 10-11-2020 08:31 PM
Kurex replied at 10-11-2020 07:48 PM
Kalau boleh keluarkan, nk keluarkan rm1k je utk beli mesin jahit tepi

Kurex pakai mesin ape
Quote dudaberhias 10-11-2020 08:33 PM
Kurex replied at 10-11-2020 07:48 PM
Kalau boleh keluarkan, nk keluarkan rm1k je utk beli mesin jahit tepi

mesin apa? singer kerrr
Quote Kurex 10-11-2020 08:33 PM
Catpaw replied at 10-11-2020 08:31 PM
Kurex pakai mesin ape

Skrg ni mesin jahit industry.. takde mesin jahit tepi. Kalau tempah luar jahit tepi kan, rm10 sepasang. Sebab tu nak beli sendiri. Boleh jahit baju banyak2
Quote stingerstylos 10-11-2020 08:34 PM
aderaderker replied at 10-11-2020 05:29 PM
Susah kut bang najib..

Ada yg tak cukup 10k tu lagu mana, keluarkan semua?

kalau dah ada dlm tangan...tak payah tunggu hari ujan....kejap aja 10k boleh sedut ditelan hawa kemahuan...

Kahkahkahkahkah
Quote Kurex 10-11-2020 08:34 PM
dudaberhias replied at 10-11-2020 08:33 PM
mesin apa? singer kerrr

Ye mahayam.. singer... Tu je yg iols mampu. Tapi bayar cash la
Quote vespa_oren 10-11-2020 08:36 PM
duit motorium dan bph pun org belanja

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.061098 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top