Tanpa angin tanpa ribut, tiba-tiba pelakon terkenal Syafie Naswip menerima ugutan melalui Mesej Terus (Direct Message) di Instagram miliknya. "Motif? Kenal kau pun tidak. Makin hari manusia semakin menakutkan," tulisnya sebagai kapsyen. Tidak beberapa lama kemudian, pengguna Instagram palsu tersebut sekali lagi menghantar Direct Message dan kali ini menghina ibu kepada Syafie. "Kau nih dok pos kat IG pula. Muka kau dengan mak macam sial lah," tulis akaun palsu tersebut. Memikirkan bahawa mesej tersebut sudah mengaitkan ibunya dan menjadi lebih peribadi, Syafie mengambil keputusan untuk mengambil tindakan secara betul. "Yang pertama tu saya tak ambil serius sangat. Saya anggap ada segelintir manusia ni yang memang tak ada kerja, tapi bila dah buat hinaan terhadap ibu saya, itu sudah melampau. Saya tak akan biarkan sesiapa mengganggu keluarga saya. "Undang-undang Allah ada, tapi kita ikut jugalah undang-undang negara. Sebab itu saya buat keputusan untuk membuat laporan polis," kata Syafie kepada Gempak sebaik selesai membuat laporan polis di Balai Polis Nilai. Menurut Syafie, pengguna Instagram palsu tersebut telah menggunakan gambar-gambar dan video-video daripada Instafamous yang menggunakan nama tokwann_. "Instafamous tersebut ada menghubungi adik saya dan memberitahu bahawa gambar-gambarnya digunakan oleh akaun palsu tersebut. Dia bersumpah bahawa bukan dia yang menghantar mesej tersebut kepada saya. "Pada masa yang sama dia juga telah membuat laporan polis mengenai hal tersebut setelah melihatnya di Instagram saya," kata Syafie lagi kepada Gempak.
|
Kurex replied at 11-11-2020 11:37 AM
Hati2... Kawan iols kena santau sampai mati & iols pernah kena ugut dgn pondan kerja pakguard dekat ...
Kurex: Hati2... Kawan iols kena santau sampai mati & iols pernah kena ugut dgn pondan kerja pakguard dekat kolej....
anggeriklatifah replied at 11-11-2020 11:53 AM
kenapa uols kena ugut dgn pondan?
takkan la uols diam2 tak cari pasal mulut jaga tiba2 org nak ug ...
Kurex replied at 11-11-2020 12:33 PM
Kisahnya iols balik lambat ke asrama. Tunggu ktm dari kl ke seremban, dgn delay lg...
Dia tahan ...
Kurex replied at 11-11-2020 11:37 AM
Hati2... Kawan iols kena santau sampai mati & iols pernah kena ugut dgn pondan kerja pakguard dekat ...
Kak-Leen replied at 11-11-2020 01:10 PM
Apa pak guard ugur kurex tu? Nak tau juga..
Apapun, memang kita kena berhati2 sangat skrg ni.. M ...
Kurex replied at 11-11-2020 12:33 PM
Kisahnya iols balik lambat ke asrama. Tunggu ktm dari kl ke seremban, dgn delay lg...
Dia tahan ...
chenta_dewi replied at 11-11-2020 10:33 PM
Kurex ni betol2 pondan ka..ingat hajamda ka..anak dara sunti ka
anggeriklatifah replied at 11-11-2020 11:53 AM
kenapa uols kena ugut dgn pondan?
takkan la uols diam2 tak cari pasal mulut jaga tiba2 org nak ug ...
Kurex replied at 12-11-2020 07:38 AM
Tak... Bukan... Pakguard tu yg palat kata mcm tu
chenta_dewi replied at 12-11-2020 09:35 AM
Jadi kau ni yg mana
Laki
ADVERTISEMENT