|
Seorang wanita didakwa di mahkamah atas pertuduhan melakukan penipuan dengan menyamar sebagai seorang pesakit kanser bagi meraih sumbangan orang ramai.
Nicole Elkabbass, 42, didakwa membuat 'cerita' dengan berpura-pura sebagai seorang pesakit kanser ovari dan mengutip sumbangan orang ramai menerusi laman GoFundMe. Dia turut menyertakan gambarnya sedang berbaring di atas katil hospital, kononnya sebagai 'bukti' memerlukan dana untuk melakukan rawatan. Hakikatnya, gambar tersebut sebenarnya diambil selepas dia menjalani pembedahan membuang pundi hempedu, mahkamah diberitahu.
Hasil penipuannya, Elkabbass berjaya memperoleh sumbangan bernilai £45,000 (RM246,116). Lebih mengejutkan, dia menggunakan wang berkenaan untuk percutian mewah, membeli tiket perlawanan bola sepak pasukan Tottenham Hotspur dan berjudi. Elkabbass, dari Broadstairs, Kent, menghadapi dua pertuduhan melakukan penipuan yang berkaitan dengan wang yang diterimanya antara Februari dan Ogos 2018. Sumber: mStar/Daily Star
|
. Yg menderma belom tentu merasa semua tu...so berpada2 la menderma..derma org sekeliling yg kompem2 susah baru org lain
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.269104 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.