CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Adam Pilih Kaktus Untuk Terus Bertahan Dalam Industri

11-11-2020 10:48 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3955| Komen: 10

New Southern Records Sdn Bhd (NSR) sering memperkenalkan bakat baharu dengan genre muzik yang berbeza buat pendengar muzik di Malaysia. Kali ini, NSR membawakan Adam Kaktus yang baru sahaja meluncurkan single 'Rama-Rama'.


Pasti ramai ingin mengetahui mengapa dia memilih 'Kaktus' sebagai nama pentasnya. Menurut Adam, Kaktus sifatnya berduri di luar, tetapi isi dalamnya adalah lembut. 


Kredit foto: FB

"Bukan itu sahaja, saya mendapat ilham untuk meletakkan nama Kaktus setelah mendengar lagu Jacques Dutronc - Les Cactus yang dinyanyikan semula Last Shadow Puppets (Alex Turner side project). 

"Kaktus juga boleh bertahan di padang pasir dengan jangka masa yang lama walaupun tiada air.

"Saya berharap saya mampu menjadi Kaktus, mampu bertahan dalam industri satu jangka masa yang panjang," katanya yang mula meminati bidang muzik pada usia 14 tahun dengan memasuki beberapa pertandingan nyanyian.


Menurut Pengurus A&R, Raja Muhammad Nazreen Raja Azahar, pemilihan Adam Kaktus untuk menjalin kolaborasi adalah kerana karakter vokalnya dan diri Adam itu sendiri yang sangat unik. 

"NSR juga ingin keluar dari zon selesa genre muzik dibawah naungan NSR. Muzik yang Adam bawa ini lebih ke arah muzik baru dan bagi NSR, Adam merupakan seorang streaming artist. 

"Adam mempunyai pengikut dan peminatnya tersendiri dan bagi zaman perniagaan muzik era digital sekarang ini, Adam merupakan artis yang sangat releven untuk dipasarkan," katanya.

Rama-Rama boleh didengari disemua platform penstriman lagu dan YouTube NSR.




Sumber: Gempak


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 11-11-2020 11:42 AM
Dah google, keluar ni dik....
Macam ni la, awak buat video cikcap, lepas tu awak leak sendiri. Sedikit sebanyak nama anda akan dikenali...
IMG_20201111_114006.jpg
Quote apedehal 11-11-2020 11:50 AM
Sapani...ya ampun...helok la tu cadangan kurex, mungkin lepas ni hakak kenal dekk
Quote mieymiey 11-11-2020 02:59 PM
Astaga dekkkk, tak mampu iols nak komen.
Quote lattehazelnut 11-11-2020 03:03 PM
Ok la.. tp suara type2 pelangi la..
Quote lattehazelnut 11-11-2020 03:07 PM
Eh not bad la..
https://www.instagram.com/p/CAdAEH8A7kl/?hl=en
Quote husna_amal 11-11-2020 03:19 PM
Nama tak commercial langsung.
Quote fara_5836 11-11-2020 04:46 PM
iya2 tadi sblm bukak tred ni ingatkn si adam af tu jual kaktus ke apa ke
Quote Tunan 11-11-2020 04:57 PM
Kurex replied at 11-11-2020 11:42 AM
Dah google, keluar ni dik....
Macam ni la, awak buat video cikcap, lepas tu awak leak sendiri. Sedi ...

Bentuk kektus pun dah sesuatu
Quote Tunan 11-11-2020 05:05 PM
Geli iols tgk kaktus ni.

[Ig]https://www.instagram.com/p/CHNoz48rc4Y/[/ig]
Quote kroit92 12-11-2020 12:08 AM
ingatkan nama tajuk lagu kaktus.. kalau nama pentas kaktus.. aduhhh

dia takde manager ke..

ke manager dia yang suggest kaktus ni? kalau iye, double aduhhhh

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.041555 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top