Penyanyi rap wanita, Loca B mendedahkan usia kandungannya sudah memasuki enam bulan. Ketika dihubungi Gempak, Loca melahirkan rasa syukur kerana tidak mengalami sebarang alahan sejak awal kehamilan.
"Alhamdulillah semua okay setakat ini. Usia kandungan saya pun sudah memasuki enam bulan. "Saya pun tak ada alahan. Loya biasa la awal-awal tu.
Mindset saya set dari awal nak kerja keras selagi mampu jadi memang cuba jaga kesihatan sebaik mungkin," katanya. Tambah isteri kepada anggota kumpulan K-Clique, Tuju menyatakan dia sudah mula cepat berasa penat apabila kandungannya hampir memasuki trimester ketiga. "Sekarang perjalanan karier saya dah mula perlahan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). "Nak masuk trimester ketiga ni dah mula rasa penat. Kalau hari yang kena kerja, saya mesti bersenam dulu sebelum pergi supaya rasa segar," katanya lagi. Sebelum ini, Tuju membuat pengakuan sudah berkahwin dengan Loca di Instagram Stories miliknya. Coretan itu juga dilengkapkan dengan foto Loca yang kini sedang hamil. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|