CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Sakit Tiroid Tak Mampu Rawat Tiga Anak Hidap Leukemia, Tulang Lembut

11-11-2020 03:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8606| Komen: 107

Gua Musang: Seorang ibu yang menghidap penyakit tiroid (kelenjar) kronik tidak mampu lagi menghantar tiga anak yang turut menghidap penyakit kritikal ke hospital akibat masalah kewangan.


Laily Che Musa, 42, dari Kampung Batu Papan dekat sini, menerima takdir Tuhan hidup dalam serba kekurangan serta miskin selain perlu menanggung perbelanjaan rawatan perubatan tiga anaknya setiap bulan.

Katanya, dia diuji Tuhan untuk menjaga dua anak lelakinya yang menghidap leukemia dan seorang lagi menghidap penyakit tulang rapuh.

Ketiga-tiganya perlukan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Foto: Harian Metro

"Ada kalanya, saya gagal menahan air mata mengenangkan tiga anak terlantar malah saya juga sering letih dan sakit akibat tiroid," katanya ditemui di rumahnya hari ini.


Menurut Laily, anaknya, Adam Arif, 15, dan Mohd Nor Firdaus, 17, menghidap leukemia sejak kecil serta perlukan rawatan berkala.

"Mohd Amin Ruallah Mohd Amin yang berusia 10 tahun pula menghidap penyakit tulang lembut dan kerap menangis minta tolong.

"Saya jadi lebih sayu kerana seluruh tubuh Mohd Amin timbul bintik-bintik merah dan dia serong mengadu pedih," katanya.

Menurut Laily, Mohd Amin Ruallah juga hanya terlantar di rumah akibat masalah itu.

Katanya, Mohd Amin Ruallah disahkan menghidap penyakit terbabit oleh doktor ketika berusia lima tahun apabila tiba-tiba tidak boleh berjalan.

"Saya mempunyai sembilan anak berumur dua hingga 25 tahun.

"Suami, Mohd Amin Ali, berusia 47 tahun, bekerja sebagai buruh di sebuah kedai membeli getah sekerap dengan pendapatan RM800 sebulan," katanya.

Menurut Laily, jika kehabisan wang, mereka akan menangguhkan rawatannya serta anak selain meminjam daripada jiran.

"Memang susah namun kami tetap tabah hadapi semua ujian ini.

"Saya perlu kuatkan diri demi anak-anak," katanya.

Pihak yang ingin membantu boleh menghubungi Laily di talian 017-9039264. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meow_tompok 11-11-2020 03:57 PM
kita bayar direct zakat dgn org2 mcm ni bole ke
Quote Orix 11-11-2020 03:57 PM
kesiannya
Quote Orix 11-11-2020 04:00 PM
ok  baru perasan.... SEMBILAN ANAK
Quote Kurex 11-11-2020 04:00 PM
Iols sebak kalau libatkan kanak2...
Quote mrsLucky 11-11-2020 04:04 PM
Kasihannya dah lah ramai anak. Harap2 orang yang kaya boleh bagi bantuan. Semoga ibu ini boleh dapat rawatan untuk beliau dan ketiga tiga anaknya.
Quote husna_amal 11-11-2020 04:10 PM
Kesiannya. Besar ujian yang dia terima.
Quote minahmanja 11-11-2020 04:14 PM
harap2 ank yg dh besar2 tu dpt la tlg mak ayah ...
Quote Cassieopeia 11-11-2020 05:41 PM
kesiannya...moga ramaila bantu dia.
Quote Belibis 11-11-2020 05:42 PM
Kurex: Iols sebak kalau libatkan kanak2...

U anak berapa org rex?
Saja bz bodi
Quote liyamariska 11-11-2020 05:51 PM
Semoga dipermudahkn segala urusan Pn Laily dn keluarganya...
Quote eyansss 11-11-2020 06:13 PM
"Saya mempunyai sembilan anak berumur dua hingga 25 tahun.


"Suami, Mohd Amin Ali, berusia 47 tahun, bekerja sebagai buruh di sebuah kedai membeli getah sekerap dengan pendapatan RM800 sebulan," katanya.

takleh ke memana badan ajar orang belah2 sana tentang family planning?  gaji kecik tapi gigih beranak ramai...  dan anak2 ada tiga orang yang sakit sejak kecik dan sakit tu perlukan belanja yang besar pulak tu...  patutnya dah boleh buat calculation dah kat situ...


untuk keluarga ni, semoga jumpa jalan keluar...


Quote Nana_Man 11-11-2020 06:42 PM
eyansss replied at 11-11-2020 06:13 PM
takleh ke memana badan ajar orang belah2 sana tentang family planning?  gaji kecik tapi gigih bera ...

Yup... kadang anak tgh demam pun takde mood nk mesra2 ngan laki.. ni skali 3 anak yg sakit, asal lah dorang taknk planning. Bukan nye perlu pakai suntikan atau condom pun. Family planning bukan susah sgt.
Quote LadyCarefree 11-11-2020 06:44 PM
meow_tompok: kita bayar direct zakat dgn org2 mcm ni bole ke


Sangat boleh. Famili iols pon zakat direct melainkan zakat fitrah.
Quote eyansss 11-11-2020 07:51 PM
Nana_Man replied at 11-11-2020 06:42 PM
Yup... kadang anak tgh demam pun takde mood nk mesra2 ngan laki.. ni skali 3 anak yg sakit, asal l ...

tu la, banyak je cara untuk buat family planning...  kita kena consider keadaan kita sebelum menambah anak...  in this case, anak tiga orang sakit kritikal...  dia sendiri sakit...  gaji suami hanya rm800...  patutnya dari situ dia dah tau they are not in good condition to have more kids, sampai sembilan pulak tu...
Quote Nana_Man 11-11-2020 07:59 PM
eyansss replied at 11-11-2020 07:51 PM
tu la, banyak je cara untuk buat family planning...  kita kena consider keadaan kita sebelum menam ...

And the youngest is 2 yrs old.. why mcm gitu??? Kalau nk ckp lebih, nanti ada yg kecam ckp kita tak ingt tuhan. Lupa anak rezeki tuhan....
Quote lavendernovella 11-11-2020 08:03 PM
meow_tompok: kita bayar direct zakat dgn org2 mcm ni bole ke


Lebih bagus. Ramai jer buat mcm ni. Lega bila apa yg disumbang terus sampai di tgn penerimanya. Tgk borang zakat nak isi, nangis jap...
Quote lavendernovella 11-11-2020 08:05 PM
LadyCarefree replied at 11-11-2020 06:44 PM
Sangat boleh. Famili iols pon zakat direct melainkan zakat fitrah.

Zakat fitrah mmg tak leh kasi direct ker?
Quote Tiram 11-11-2020 08:19 PM
Tkde penyakit pon , if, dgn rm800 sebulan belum tentu dpt bagi proper education & nutrition kat anak2 seramai 9 org
Quote darkness 11-11-2020 08:22 PM
Ni la yg patut dibantu..kesian la jg tp please, family planning

Lihat semua komen(107)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.060330 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top