CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kenali Pasangan Suami Isteri Di Sebalik Vaksin Pfizer-Biontech

12-11-2020 12:57 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5697| Komen: 45

Sahin, 55 dan Tureci, 53 menubuhkan syarikat BioNTech di Mainz, Jerman pada 2008. Foto - BioNTech



SAINTIS Ugur Sahin dan Ozlem Tureci menghabiskan hampir sepanjang hidup mereka dalam menyumbang kepada bidang penyakit berjangkit dan onkologi.
Kini, pasangan suami isteri itu dikenali seluruh dunia kerana hasil titik peluh mereka membangunkan vaksin COVID-19 yang pertama dengan keberkesanan tinggi.

Sahin, 55, dan Tureci, 53, menubuhkan syarikat BioNTech di Mainz, Jerman pada 2008.
Pada Isnin, BioNTech bersama syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat Pfizer umum ujian klinikal vaksin mereka menunjukkan kadar keberkesanan lebih 90 peratus dalam mencegah jangkitan COVID-19.
Bermula dengan asal-usul keluarga yang sederhana iaitu sebagai anak kepada seorang migran Turki di Jerman, Ketua Eksekutif BioNTech Sahin bersama isterinya Tureci kini antara 100 individu paling kaya di Jerman, menurut Reuters.
“Di sebalik kejayaannya, dia tidak pernah berubah daripada personalitinya yang rendah diri,” kata Matthias Kromayer, salah seorang ahli lembaga firma MIG AG yang menyokong BioNTech sejak awal penubuhannya.
Pasangan itu sebelum ini turut menubuhkan syarikat Ganymed Pharmaceuticals pada 2001 untuk membangunkan antibodi yang melawan kanser, kemudian dijual pada nilai AS$1.4 bilion pada 2016.
Sahin dilahirkan di Iskenderun, Turki dan kemudian berpindah ke Cologne, Jerman pada umur 4 tahun.
Beliau pertama kali berjumpa dengan isterinya, Tureci, ketika kedua-dua saintis itu memulakan karier akademik mereka.
Tureci, anak kepada seorang ahli fizik warga Turki, turut merupakan migran di Jerman.
Mereka berkongsi dedikasi dan minat dalam bidang mereka - malahan, Tureci menceritakan kepada media bahawa pasangan itu pulang ke makmal untuk meneruskan kerja penyelidikan selepas majlis perkahwinan mereka.
Memetik laporan CNN, Sahin pada Selasa meluahkan rasa positif dengan perkembangan vaksin itu yang diharap dapat membawa kebaikan kepada seluruh kemanusiaan.
“Saya berpandangan mesej baik untuk kemanusiaan sekarang ialah kami kini memahami bahawa jangkitan COVID-19 boleh dicegah oleh vaksin,” ujar beliau.
Vaksin itu dijangka mendapat kelulusan Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika (FDA) dalam masa terdekat.

Sumber : Astro Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 12-11-2020 01:21 AM
Mac couple saintis Marie & Pierre Curie.
Quote sikatkutu 12-11-2020 02:31 AM
ooo migran turki..ingat indon
Quote hanakikan 12-11-2020 02:35 AM
2019 company ni dapat dana dari Bill Gates foundation untuk cari ubat HIV

2020, issue 250 juta dollars convertible bonds untuk Temasik Holdings buat vaksin Covid19
Quote watatakut 12-11-2020 04:13 AM
cepatlah jumpa vaksin..kembalikan keadaan seperti normal. dah lama tak dating ngan awek2 wa
Quote karipap_sadin 12-11-2020 05:34 AM
Kamon..aku doa kan berjaya. Yg ni bunyi nya much better dr vaccine cina tu. Aku x yakin langsung
Quote mbhcsf 12-11-2020 06:15 AM
wow they really passionate about what they are doing, ini genuine scientist ni.
Quote little_sis 12-11-2020 06:16 AM
Aku harap kita dpt kawal kes positif walaupun tanpa adanya vaksin.. sbb rasa mcm lambat juga lg ni..
Quote AshKetchum 12-11-2020 07:29 AM
kerasnya muka acik tureci. buat pulak rambut pendek gitu
Quote kelapaparut 12-11-2020 07:31 AM
vaksin dr saintis islam, pasti ummah suchi bangge
Quote Austronesian 12-11-2020 07:54 AM
karipap_sadin replied at 12-11-2020 05:34 AM
Kamon..aku doa kan berjaya. Yg ni bunyi nya much better dr vaccine cina tu. Aku x yakin langsung

China pasal teknologi ke kerja ke semua nak cepat2. Langsung takde penghayatan dan pemahaman mendalam.
Quote Normabaru 12-11-2020 09:05 AM
Bakal billionaire to be?
Quote ninjago 12-11-2020 09:38 AM
mesti kalau dok borak berdua husband wife nie cakap pasal vaccine formulation je. very scientific punya conversation.

membayangkn kt umah dia ada makmal berasap2 tu
Quote chenta_dewi 12-11-2020 09:40 AM
ninjago replied at 12-11-2020 09:38 AM
mesti kalau dok borak berdua husband wife nie cakap pasal vaccine formulation je. very scientific pu ...

Habis ..atas katil ada penunu bunsen..

Atau permainan berhadas
Quote husna_amal 12-11-2020 09:55 AM
Semoga vaksin ni berkesan dan dapat merawat jangkitan covid19 ni.
Quote kopokleko 12-11-2020 09:57 AM
tak kisah lah 90% berkesan ke apa ke. Mana bendanya dan bila release datenya? sembang vaksin ni udah lame benor kate orang perak
Quote Orix 12-11-2020 10:00 AM
vaksin drpd org yg iols yakin utk dicucuk..... kalo drpd China nehi nehi...... tp pelik lah China aman2 jah covid skrg yach... negara lain semua ada 2nd 3rd 4th wave bagai...
Quote tipah89 12-11-2020 10:09 AM
Orix replied at 12-11-2020 10:00 AM
vaksin drpd org yg iols yakin utk dicucuk..... kalo drpd China nehi nehi...... tp pelik lah China am ...

ade je rix. tapi xbyk mcm kita lah. tapi still pelikkan sbb knowing ummah sana bab2 hygene ni memang kelautan antartika tapi kes dikira rendah utk negara sebesar itu.

Quote Peterpan17 12-11-2020 10:10 AM
Austronesian replied at 12-11-2020 07:54 AM
China pasal teknologi ke kerja ke semua nak cepat2. Langsung takde penghayatan dan pemahaman menda ...

China punya barang semua jenis nak cepat tp takde RND yg lbh details. Contoh van china Jing Long bagai tu, pakai 2 tahun semua barai. Sebab RND tak lengkap. Tgk van Toyota, pakai 15 thn steady lagi blh panjat jalan ke Ranau tu. Berapa kali bullet train China aksiden .Tp bullet train Jepun tak pernah aksiden. Itu bezanya bila RND dijalankan dgn secara mendalam dan details bukan main asal pakai siap. That is why apa barang made in China aku reject. Contoh van jing long dan bus hup long. Itu made in China. Klu barang yg asal dr negara lain tp kilang kat China tu kita blh tau ada quality controlnya mcm Iphone

Quote Orix 12-11-2020 10:16 AM
tipah89 replied at 12-11-2020 10:09 AM
ade je rix. tapi xbyk mcm kita lah. tapi still pelikkan sbb knowing ummah sana bab2 hygene ni mema ...

tu yg pelik tu knowing ummah sana lagi padat dan cuaca sana pun sejuk lg senang covid bergiat aktif

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.095025 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top