CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tun M Cadang Potong 10 Peratus Gaji Individu Bergaji Tinggi Sektor Awam, Swasta

12-11-2020 01:08 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5047| Komen: 43


Gambar via Astro Awani


KUALA LUMPUR, 9 Nov -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencadangkan agar mereka yang berpendapatan tinggi dalam sektor awam atau swasta menyumbang 10 peratus daripada gaji mereka untuk membantu golongan miskin semasa pandemik COVID-19 ini.

Beliau berkata wang itu boleh digunakan untuk membekalkan makanan kepada penganggur dan mereka yang tidak berpendapatan. 

"Ini satu pengorbanan tetapi saya tidak rasa ini akan menjejaskan mereka jika ada satu tahap pemotongan yang munasabah, katakanlah RM20,000 sebulan.

"Pandemik ini paling menjejaskan golongan miskin. Mereka yang kehilangan pekerjaan dan peniaga kecil tidak mempunyai pendapatan langsung. Mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jika tidak memperoleh pendapatan, mereka tidak akan mempunyai wang untuk membeli makanan. Mereka akan kelaparan.

“Sebaliknya, mereka yang dibayar gaji yang tinggi terus memperoleh lebih daripada keperluan harian mereka. Sudah tentu, mereka yang diberi gaji tinggi, seperti kakitangan syarikat penerbangan dan eksekutif perniagaan mungkin juga kehilangan pekerjaan,” kata beliau dalam blognya di http://chedet.cc hari ini sebagai respons kepada Belanjawan 2021 yang dibentangkan Jumaat lepas.

Sementara itu, Dr Mahathir juga berharap ia akan diubah suai agar menjadi lebih realistik dan rakyat termasuk ahli politik dapat menyokongnya.

“Walaupun keadaan ekonomi memerlukan lebih banyak wang dibelanjakan oleh kerajaan, pandemik ini juga mempengaruhi pendapatan kerajaan.

"Belanjawan ini untuk 2021. Unjuran pemulihan ekonomi terlalu optimistik," katanya.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan Belanjawan 2021 pada Jumaat lepas dengan peruntukan RM322.5 bilion, tertinggi dalam sejarah negara dalam menghadapi pelbagai cabaran akibat pandemik COVID-19.


-- BERNAMA

3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aemon 12-11-2020 01:32 AM
betul sgt.byk sgt elaun pengarah
Quote printercomel 12-11-2020 01:35 AM
Dulu atok cakap orang miskin jangan dengki orang kaya. Oleh itu tak payah la potong gaji orang kaya.

Atok pun cakap dorg pemalas. Miskin harapkan subsidi kerajaan.

Zaman atok jadi pm 2 kali dan menteri keewangan ape je kenaikan gaji yang atok pernah bagi?
Quote Dwdrum 12-11-2020 01:36 AM
Naik kan cukai lagi 10% kan bagus... Ikut cara bidin
Quote sikatkutu 12-11-2020 02:33 AM
printercomel replied at 12-11-2020 01:35 AM
Dulu atok cakap orang miskin jangan dengki orang kaya. Oleh itu tak payah la potong gaji orang kaya. ...



tu la pasal. aku lagi suka kerajaan PN.betul2 tolong Melayu..tolong pekerjaan gomen dan orang2 susah.. ni tak habis2 dok canang selamatkan malaysia...lepas tu kenaikkan gaji tak ada..bonus lagi lah.nasib baiklah ph tak pegang sampai sekarang kalau tak....apa jadi tak tau la



Quote Belibis 12-11-2020 07:00 AM
Oo..patutla sehari dua lepas atuk potong pencen 10%..atuk takpa laaa harta menggunung macam sadik sigaraga.
Quote syaz_lina 12-11-2020 07:06 AM
Basi dh idea ni...public dh bagi time poll bajet 2021, mof tk sahut pun
Quote zarulnazmi 12-11-2020 08:57 AM
sepatutnya potong gaji menteri-menteri pasola tu. asyik rakyat marhaen je yang kena berkorban.
Quote Belibis 12-11-2020 09:26 AM
zarulnazmi replied at 12-11-2020 08:57 AM
sepatutnya potong gaji menteri-menteri pasola tu. asyik rakyat marhaen je yang kena berkorban.

Gaji+ elaun + duit tepi= tujuh keturunan tak abis makan.
Quote ninjago 12-11-2020 09:30 AM
have to agree with him on this.

tiba masa tuk berkorban tuk kelangsungan hidup rakyat bawahan.. apa la sgt 10% out of 100k sebulan gaji tu.

kelangsungan hidup tu maksudnya tuk beli makan isi perut hari ke hari ok. bkn tuk jimba bukan2.
Quote kluangman 12-11-2020 09:40 AM
Yang gaji tinggi memang dah tiap-tiap bulan potong 20-25% untuk LHDN.

Yang selalu mengelak cukai ialah peniaga sebab sistem SST ada banyak cara untuk lari daripada cukai secara sah.
Quote mawar_mustika 12-11-2020 09:43 AM
y not kita mula dgn yb2 menteri2 termasuk atuk anak beranak
Quote kerabuBiru 12-11-2020 09:48 AM
Menteri kanada dah potong 20% dari gaji sementara lobai kat kelantan naik gaji dan upgrade kete mercedis.... lobai2 bila nak cerdik
Quote kerabuBiru 12-11-2020 09:49 AM
Menteri kanada dah potong 20% dari gaji sementara lobai kat kelantan naik gaji dan upgrade kete mercedis.... lobai2 bila nak cerdik
Quote dizekni 12-11-2020 09:52 AM
Bab potong memotong

suruh ikat perut

jangan cemburu dengan orang kaya

bagi la kat dia
Quote royaldanish 12-11-2020 10:09 AM
mawar_mustika replied at 12-11-2020 01:43 AM
y not kita mula dgn yb2 menteri2 termasuk atuk anak beranak

ini iols sokong sangat...

budget makan utk sorang kalau travel dalam malaysia je pun dh beribu utk sehari
Quote tagas 12-11-2020 10:11 AM
Sembang la tok

bkn takat 10%


potong suma bg suma salur kat rakyat yg susah

trus patut nya

harta ko tak abis mkn ape ade hal
Quote tipah89 12-11-2020 10:30 AM
ape kata potong je elaun2 munturik2 pasola? xpon atok bagila 10% dari kekayaan atok.
Quote Modngengade 12-11-2020 10:35 AM
atok kerala, boleh tk atok suruh anak2 atok yg billionaire tu sumbang 10% drp harta mereka kpd yg memerlukan?
Quote husna_amal 12-11-2020 10:44 AM
Time2 macam ni yang jutawan macam dr.M dan anak beranak derma lah rm sejuta dua untuk tabung covid. Sekadar cadangan untuk dr.M pulak.

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.296390 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top