CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dulu Kata Nubhan Kikis Duit Isteri, Sekarang Dah Berhenti Kerja Netizen Mengata Juga?

12-11-2020 02:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5992| Komen: 24

Penyanyi Nubhan menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan isterinya, Afifah Tawfek berhenti bekerja sebagai doktor gigi kerana kontrak ditamatkan.

Kata Nubhan isterinya mendapat tawaran kerja tetap di hospital kerajaan pada Jun lalu tetapi membuat keputusan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.

Foto: IG

“Amboi sedap mulut cakap wife saya tak diseraplah, propa lah, tamat kontrak lah dan macam-macam lagi.

“Sejak dia dpt tawaran bekerja tetap dan diserap ke kerajaan, saya serahkan 100% pada dia untuk memilih. Alhamdulillah keluarga adalah keutamaan dia.

“Saya tak paksa isteri untuk kerja dan tak paksa dia untuk berhenti kerana keluarga saya adalah tanggungjawab saya.


“Tak apalah, pendapat orang macam-macam, ada yang cakap masa depan isteri saya bakal musnah lah. Tapi tak fikir ke entah-entah masa depan dia makin gemilang lepas ni? Mana tahu kan? Sebab kita bukan tuhan,” katanya.



Nubhan meluahkan rasa tidak puas hatinya itu di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri yang sama dia memuat naik paparan skin surat tawaran isterinya diberi kerja tetap sebagai Pegawai Pergigian Gred UG41.



Bagaimana pun, Nubhan tidak mengendahkan kata-kata orang dan percaya kepada rezeki Tuhan.

“Dulu masa isteri saya bekerja, dikatanya aku mengikis duit bini. Sekarang dah tak kerja, meh duit kau aku nak kikis haha.

“Dia sebaik perancang, Dia juga menentukan rezeki kita masing-masing. Ramai yang tahu tapi mungkin kurang mengerti. Apa orang-orang ni kurang yakin dengan rezeki Allah? Mungkin juga hidup-hidup kalian rasa megah dan bahagia di mata manusia? So, go ahead dengan setiap pandangan dan andaian kalian.

“Doakanlah yang baik-baik. Kitakan sesama umatnya dimuka bumi ni. Ilmu tinggi adab tak ada pun tak kemana juga. Tapi macaam mana yang tiada ilmu dan tiada adab ya? Boleh sesiapa tolong jawabkan? Saya konpius ni,” tanya berseloroh.

Terdahulu, Afifah nekad dengan keputusan untuk meninggalkan kerjaya sebagai doktor gigi untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.

Nubhan dan isterinya, Dr Afifah Tawfek mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Aafiya Kamilia dan Ahmad Aaffan.-CARI

Sumber: Gempak
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 12-11-2020 02:55 PM
Ooooo mungkin sbab xnak pindah johor kot. Hehehe
Quote RumiMenari 12-11-2020 02:57 PM
Gigihnyaaaaaa terang pd org... ko gado sorang2 je kan benonye....
Quote LadyCarefree 12-11-2020 03:06 PM
Dia ni baca forum sini. Helloooooo noob!
Quote periapahit 12-11-2020 03:23 PM
kalau aku jadi nubhan, aku pn menda yg sama. tunjukkan bukti pd nurtizen yg suka bzbody hal org. Semoga rezekinya diperluas. Ioals pn ada kenalan yg belajar medic tp x buat HO pn. Ada gak yg dh jd doctor tetap tp berhenti sbb nk buat menda lain.
Quote bakingsoda 12-11-2020 03:25 PM
baca porum ehhh mmg patut laki pon kena pepandai carikan duit sara anak bini. aku doakan semoga panjang umur dan jodoh sampai ke akhir hayat
Quote pxlbb 12-11-2020 03:27 PM
tak cool la... aku tabik spring kat orang yang tak pedulikkk kan kata2 netizen mulut jahat macam iols ni bagi aku, orang yg mampu mengemudi bahtera tak sikit pun terusik dgn kata-kata orang ni sangat hebattt

sbb tu aku tabik spring kat tokti, zz, erra fazira - takde nak riuh explaining things.
Quote epal21 12-11-2020 03:27 PM
Sampai upload offer kerja isteri. Macam2. Takpelah,at least dia ni bertanggungjawab & sedar wife & family bawah his responsibility. Bukan macam mosus ss tu,bini yg ke hulu hilir cari duit lah,drive lah.
Quote shaiy 12-11-2020 03:35 PM
apa2 pun aku tak suka kapel sangkak ni.. bini fefeling laki retis kebaboom padahal sendoooo!
Quote Kurex 12-11-2020 03:38 PM
Bila nak hasilkan video?
Quote slyfynx 12-11-2020 03:41 PM
Eh, orang x igt pun dah ko sape.
ape ntah lagi nk kisah pasal wife ko
Quote Em7 12-11-2020 03:42 PM
rugi je belajar sampai mesir
Quote minah_selekeh 12-11-2020 03:59 PM
Yang dia koyak sangat ni kenapa?? Gigih explain..
Quote chacon 12-11-2020 04:45 PM

hi nubhan..kalau awak baca komen saya just nak bagitau suka lagu awak
Quote chacon 12-11-2020 04:46 PM
minah_selekeh replied at 12-11-2020 03:59 PM
Yang dia koyak sangat ni kenapa?? Gigih explain..



biarlah..dia pertahankan maruah dia dan isteri. baguslah baru gentle. so y border y border..


nubhan saya suka lagu2 awak tau
Quote makcun14 12-11-2020 05:57 PM
Gigih baca forum rupanya..
Quote buapakperut 12-11-2020 06:23 PM
gigih nak justify kat poremer{:freak
Quote kembangbunga 12-11-2020 07:27 PM
Apa yg kau nak buktikan setan? Stay kat home senyap2 boleh tak? Huhhhh
Quote haruslah 12-11-2020 09:55 PM
Hahahah kali ni i sokong dia
Dah netizen kata macam2 kan
Mesti sentap dpt tahu kebenaran
Quote sleepandream 13-11-2020 12:53 AM
bese la mulut orang...
tokti tu ha pun orang mengata keje keras sebab banyak mulut nak disuap katanya...
tak keje pulak cakap membiawakkan diri

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.052495 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top