CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Awie Bakal Timang Anak Keenam, Tahniah!

12-11-2020 04:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14608| Komen: 99

Penyanyi dan pelakon popular Datuk Awie mengesahkan bakal menimang cahaya mata keenam pada tahun hadapan.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman,52, ketika dihubungi Gempak berkata, kandungan isterinya Sharifah Ladyana Syed Samsuddin,33, kini sudah memasuki usia tujuh bulan.


Foto: IG

“Alhamdulillah, setakat ini semuanya berada dalam keadaan baik. Ibu dan baby juga sihat-sihat sahaja.

“Tak ada apa yang ingin saya katakan, hanya memohon doa agar semuanya dipermudahkan,” katanya.

Tambah Awie lagi, mengikut jangkaan doktor anak sulung mereka itu akan dilahirkan pada tahun hadapan.

“Semoga segalanya dirahmati dan dilindungi Allah SWT,” ujarnya.



Berita gembira tersebut turut dikongsi isteri vokalis Wings tersebut di laman sosial Instagram (IG)nya pada malam Rabu.

Menerusi video tersebut Awie menemani isterinya untuk membuat pemeriksaan rutin ibu hamil di sebuah hospital swasta di Ampang.

“Saya di sini bersama isteri untuk check kandungan tujuh bulan. Sudah lima anak saya dilahirkan di sini dengan satu doktor yang sama,” katanya merujuk kepada Pakar Obstetrik dan Pakar Sakit Puan Hospital Ampang Puteri, Dr. Fauziah Hj Mohd Hasan.



Awie dan Sharifah Ladyana mendirikan rumah tangga pada 7 Oktober 2016 di Songkhla, Thailand.

Terdahulu Awie pernah berkahwin dengan penyanyi dan pelakon Arni Nazira pada tahun 1998 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Puteri Aleeya Antasha, 19, dan Puteri Aleefa Antasha, 17.



Selepas perkahwinan mereka gagal, Awie bernikah dengan Rozana Misbun adik kepada aktres Haliza Misbun pada 2006.

Awie dan Rozana memiliki tiga orang anak hasil daripada perkahwinan mereka, iaitu Putra Ahmad Merrah,11, Putra Ahmad Rezzki, 10; dan Puteri Qasseh Antasha, 8. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote exclusive_vvip 12-11-2020 05:03 PM
wahhhh, waktu awie tgh mendunia dgn lagu Sejati, ladyana ni baru umo 2-3 tahun..mesti time tu parents dia x terpikir langsung yg diorg akan bermenantukan si awie..hihi
Quote UnaHusna86 12-11-2020 05:03 PM
Anak sulung dia dengan arni tu cantik. Manis je mukanya macam maknya
Quote imanjannah 12-11-2020 05:09 PM
alhamdulillah..tahniah awie dan wife
Quote chacon 12-11-2020 05:37 PM
idola...lagu2 semua berhantu
Quote Levespa 12-11-2020 06:37 PM
exclusive_vvip: wahhhh, waktu awie tgh mendunia dgn lagu Sejati, ladyana ni baru umo 2-3 tahun..mesti time tu parents dia x terpikir langsung yg diorg akan bermenantu ...



hahaha ye la kan
Quote imanda 12-11-2020 06:59 PM
dah besor yer ahmad merrah tu.. i paling ingat nama dia sb mcm nama nana nerra na nerra.. hihi
Quote edayildiz 12-11-2020 07:02 PM
helok semua ank awie
Quote dudaberhias 12-11-2020 07:05 PM
ni isteri yang mana ye, isteri yang kena debik haritu jugak ke?
Quote chandrahusin 12-11-2020 07:21 PM
Awie tak nak kalah dgn Tok Jamal nmpaknya
Tahniah lah
Quote joy_ah 12-11-2020 07:23 PM
berapa kali dia kawen kat telen? yg sorang ni je ke?
Quote Suchi 12-11-2020 08:14 PM
Dah tua2 beruban ada anak kecik pulok takpela sama2 la ngn tok mal pakat berjaga malam belaka. Mujur bini muda2 lagi..
Quote ikanmasin 12-11-2020 08:36 PM
dudaberhias replied at 12-11-2020 07:05 PM
ni isteri yang mana ye, isteri yang kena debik haritu jugak ke?

bukan lah tu yg no 2 yg kecoh bagai tu adik haliza misbun ..ada 3 anak dgn awie..
Quote LadyCarefree 12-11-2020 08:48 PM
exclusive_vvip replied at 12-11-2020 04:03 PM
wahhhh, waktu awie tgh mendunia dgn lagu Sejati, ladyana ni baru umo 2-3 tahun..mesti time tu parent ...

Wowwwwwwww
Quote moonela 12-11-2020 09:30 PM
exclusive_vvip replied at 12-11-2020 05:03 PM
wahhhh, waktu awie tgh mendunia dgn lagu Sejati, ladyana ni baru umo 2-3 tahun..mesti time tu parent ...

Dia masa muda complete package... Lagu sejati tu my peberet song.. Dapat juga tengok dia perform live.. Joe goreng guitar

[youtube]gNzAJk5_9GU[/youtube]
Quote Joysparta 12-11-2020 10:12 PM
Tua2 lelaki...'kilang' dorang xpernah tutup..
Quote cikkittydiva 13-11-2020 01:07 AM
moonela replied at 12-11-2020 09:30 PM
Dia masa muda complete package... Lagu sejati tu my peberet song.. Dapat juga tengok dia perform l ...

Hensem waktu yinnih.. suara power.. muka jambu..
Quote cikkittydiva 13-11-2020 01:10 AM
imanda replied at 12-11-2020 06:59 PM
dah besor yer ahmad merrah tu.. i paling ingat nama dia sb mcm nama nana nerra na nerra.. hihi

Huhu.. akan ku abadikan segala memori ku lewati waktu itu.. na na nerra..
Quote rayray28 13-11-2020 01:11 AM
awihh ni mmg putih gebu ye..tu anak2 pn cerah..dpt plak bini cerah
Quote cikkittydiva 13-11-2020 01:12 AM
Edited by cikkittydiva at 13-11-2020 01:21 AM

Huu..congrats tok wie... Pkp baby..

Namun dijauh sudut hatiku..teringin nak tengok dia tawen dgn tatak ratu ekceli..
Tinggal kenangan ajela.. huuu

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.112074 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top