CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MB Selangor Yakin Ada Pihak Sengaja Cemar Air Untuk Burukkan Imej Kerajaan Negeri

12-11-2020 05:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3368| Komen: 35

Kerajaan Negeri Selangor menyifatkan insiden pencemaran air sehingga menyebabkan gangguan bekalan air kepada penduduk di Lembah Klang sengaja dilakukan pihak tertentu bagi memburuk-burukkan imej pentadbiran negeri itu.


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya tidak akan berputus asa melakukan penguatkuasaan secara berterusan bagi menentang golongan itu yang telah banyak menyebabkan kesusahan kepada rakyat.


Kredit foto: IG Amirudin

“Seperti kes pencemaran terbaharu pada Selasa lepas, premis yang disyaki menjadi lokasi pembuangan sisa bahan kimia difahamkan baru sahaja disewa dua minggu lepas dan saya yakin, ini merupakan tindakan sengaja oleh sesetengah pihak untuk menjejaskan imej kerajaan negeri.

“Saya memohon semua pihak berkuasa termasuk polis untuk bekerjasama kerana kuasa kerajaan negeri adalah terhad,” katanya ketika diminta mengulas tindakan pentadbiran itu terhadap kilang yang didapati mencemar sumber air di Selangor.


Amirudin juga berkata pihaknya telah mengheret beberapa pemilik kilang yang berlesen ke mahkamah kerana mengakibatkan pencemaran kepada sumber air.

“Seperti contoh baru-baru ini, sebuah kilang di Kundang, Rawang milik seorang pengerusi persatuan telah didakwa kerana melakukan pencemaran. Jika ia dilakukan oleh kilang haram, kita akan arahkan ia ditutup seperti yang dilakukan ke atas sebuah kilang di Sungai Gong,” katanya.

Selangor dan Lembah Klang mengalami beberapa siri gangguan bekalan air sepanjang tahun ini ekoran pencemaran sungai dengan yang terbaru pada Selasa lepas sehingga menimbulkan pelbagai reaksi rakyat yang rata-rata meluahkan perasaan marah di media sosial.


Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 12-11-2020 07:04 PM
letak jawatan bagi port dickson jd MB sbb dia banyak idea
Quote noor2 12-11-2020 07:07 PM
Padahal korang makan rasuah dari kilang terbabit.....
Quote domestobot 12-11-2020 07:17 PM
banyak la dia punya pihak. kasi roboh habis la semua kilang2 haram tepi sungai tu. bagitau dia ada gerai pisang goreng takde lesen dalam kilang tu, cepat je bawa jentolak nanti.
Quote AshKetchum 12-11-2020 07:20 PM
eh hanat. ko sendiri yang tak nak amik tindakan tegas kat babi2 celaka ni kan? duk sibokkan jah dengan dron 2 juta takde pekdah tu lepas tu balik2 dok cium bau air jah apoo? ko sendiri yang burukkan imej la hanat
Quote angelofish 12-11-2020 07:20 PM
tak kan tokey kilang cina ,tokey ladang itik angsa cina tergamak nak memburukkan kerajaan DAP cina?
Quote ang_bess 12-11-2020 07:24 PM
Ko rap jelah mir..cakap pun merapu
Quote baghal_bortuqal 12-11-2020 07:56 PM
the fuck la.
Quote exclusive_vvip 12-11-2020 07:56 PM
kerajaan negeri selangor dengan “proud” nyer berpisah tiada..
Quote lattehazelnut 12-11-2020 08:24 PM
Sibuk jaga tepi kain org lain
Celah kangkang sendiri bau ikan masin
Sendiri xreti jaga nak salah kan orang lain
Quote ~boolean 12-11-2020 08:26 PM
So???? Kau ingat rakyat kisah??
Kalau takut nak bergasak, jangan jadi menteri!

Gaji 5 angka tapi lembik mengalahkan pondan..
sajat yang pondan pun berani memaki orang..engkau dengan pemilik kilang punyalah pengecut..
Quote c===8 12-11-2020 08:30 PM
Yg 4 org kena reman semalam tu sengaja cemarkan sungai utk burukkan gomen selangor ke?apa yg dorg dpt?dok dlm lokap ada la.kalau kaki sabotaj sure pro punya,x kan kena tangkap
Quote fealefea 12-11-2020 08:57 PM
~boolean replied at 12-11-2020 08:26 PM
So???? Kau ingat rakyat kisah??
Kalau takut nak bergasak, jangan jadi menteri!


Gong gong gong
Quote R2D2 12-11-2020 09:17 PM
kilang yg cemar tu semua kilang bangsa Cina
so?
Quote Carcosa 12-11-2020 10:22 PM
Perasannnnn lah kooooo
Fefeling org sabotaj. Yg benarnya kau dgn anak2 buah kau, butaaaaaa. Or dibutakan.
Kilang2 buang sisa2, kau buta mata. Acah2 marah. Lepas tu owner tu butakan mata kau dgn wang utk kau cekik, kau diam. Hanjing
Quote ctaz 12-11-2020 10:42 PM
sabotaj jugak yg dijajakan....

kilang2 yg dkt tepi sungai tu.....purak tak nampak ke....HANAT....

ni la....
rumah haram nampak...
kilang haram....eh silap...kilang makruh....purak2 tak nampak....
Quote Belibis 12-11-2020 10:45 PM
Kalau artis suam2 kuku pulak, baru demam sikit dah acah2 orang sihir,dengki,santau.rupanya kerajaan pun ada org dengki ehh?
Quote R2D2 12-11-2020 11:24 PM
ala malu-malu kucing pulak set cina cina ni  

ni kes pencemaran bulan lepas

Quote R2D2 12-11-2020 11:27 PM
ni kalendar Tahunan Selangor

ada pulak gi banding dgn negeri lain  

MB tak perasan ke SEMUA kes pencemaran dari kilang Cina

bukan kilang haram

kilang tak berlesen ja


Quote dizekni 12-11-2020 11:38 PM
Bila tak kompeten, mula la syak wasangka

aduyai mir

senang nyanyi rap je la mir

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.080407 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top