CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rombakan Sistem Undang-Undang, Minum Arak Dan Tinggal Bersama Tanpa Nikah Dibenarkan Di UAE

13-11-2020 01:28 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6108| Komen: 35


Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah mengumumkan bahawa meminum alkohol dan tinggal bersama tanpa berkahwin dibenarkan dan tidak lagi salah disisi undang-undang negara itu yang sebelumnya terdapat kod undang-undang Islam yang ketat.


Pembaharuan itu bertujuan untuk meningkatkan kedudukan ekonomi dan sosial negara itu seterusnya menarik lebih ramai pelancong dan pelabur.' kata agensi berita WAM.

Keputusan pemerintah di sebalik perubahan tersebut digariskan secara meluas dalam akhbar berkaitan kerajaan The National, yang tidak menyebut sumbernya.

Emiriah Arab Bersatu telah mengumumkan bahawa minum alkohol dan tinggal bersama di luar perkahwinan dibenarkan dalam memperluas kebebasan peribadi untuk meningkatkan kedudukan ekonomi dan sosial negara itu dan 'menggabungkan prinsip-prinsip toleransi UAE'. Gambar: Sheikh Nahyan Bin Mubarak Al Nahyan bersama Boris Johnson


Terdahulu, pengambilan arak hanya dibenarkan kepada orang asing yang mempunyai lesen khas. Namun menerusi undang-undang baru ini rakyat UAE juga boleh membeli dan minum arak.

Undang-undang baru itu juga turut membenarkan minum secara persendirian atau di tempat awam, namun mestilah berumur 21 tahun ke atas.

Sheikh Nahyan Mubarak Al Nahyan, 69, (gambar kiri) dituduh oleh seorang wanita Britain - Caitlin McNamara (kanan), penganjur festival sastera Hay di Abu Dhabi - kerana menyerangnya secara seksual pada Hari Valentine

Jika dahulu, pasangan yang beIum berkahwin tinggal bersama dianggap satu jenayah, namun kini penduduk tempatan dan warga asing yang belum berkahwin boleh tinggal bersama.

Dalam pada itu, bunuh diri atau percubaan bunuh diri tidak akan dianggap sebagai satu jenayah di UAE. Malah, undang-undang penceraian dan warisan turut dirombak. - CARI



SUMBER: Daily Mail





Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote malaysiaku123 13-11-2020 01:30 AM
Wowww kegilaan apakah ini?
Bala weyy bala
Quote slavehunter 13-11-2020 01:35 AM
Jemput minum2 dan stay together....pilihan ditangan anda. Kalau pg club dia pun penuh mamat Uae mabuk.
Quote Rogue98 13-11-2020 01:36 AM
Memang ada jer selama ni. Cuma buat senyap2 jer. Aku pun few times dah nampak.
Quote dani-rox 13-11-2020 01:40 AM
bekas jiran akak dulu, ummah palestin selamba jah bersekedudukan dgn gf amoinya. mungkin dah satu kebiasaan bg dia org, kita ummah nusantara jah melopong mendengarnya
Quote rastaf 13-11-2020 02:56 AM
Malaysia pun silap2 boleh jadi macam ni kalau salah pilih pemerintah... sekarang banyak isle liberal. paling naik menyampah dan taik sekali apabila melayu sendiri dok menyalak tuntut hak lgbt, suka gaya hidup bebas dan dok kalut persoal syariah law .kira jadi suara macai kaum lain.

btw UAE ni zaman rasulullah dipanggil apa?
Quote rastaf 13-11-2020 03:01 AM
dani-rox replied at 13-11-2020 01:40 AM
bekas jiran akak dulu, ummah palestin selamba jah bersekedudukan dgn gf amoinya. mungkin dah satu ke ...



nama pun manusia tak ada yg maksum selain Rasulullah..

apa yg melopongnya ummah nusantara lg advance kot. tinggal ngan gf kat kondo2 apartment ramai je kot dah macam laki bini. atas motor pun boleh kongkek.tu belum dak sekolah lagi,..main dalam semak, tangga dll


ada hikmah gak covid 19 dah tak boleh tinggal sekali





Quote missus_meow 13-11-2020 03:26 AM
semakin "maju" ....
Quote JokesCop 13-11-2020 03:37 AM
rastaf replied at 13-11-2020 02:56 AM
Malaysia pun silap2 boleh jadi macam ni kalau salah pilih pemerintah... sekarang banyak isle liberal ...


Xdak UAE zaman nabi.

Kalau mekah dan madinah di panggil kawasan Hijjaz. Belah kanan sikit, arab Badwi, tempat lahir Khalid Al Walid.

Selatan pulak Yaman.
Utara Syams (Jordan, Palestine, Syria) atas lagi Byzantine)
Timur ada Parsi
Barat ada Mesir
Quote Esmiria 13-11-2020 03:44 AM
Alaa .mesia pun ada la.cuma Allah tak tarik lagi.kelakar tgok komen kt fb nk virus lenyp cpt..tpi kemungkaran byk kt mesia.acaner virus nk cpt2 lenyp cmtu
Quote Orix 13-11-2020 07:24 AM
Takbirrrrr jgan tak takbirrrr...... {:smile
Quote siputpepel 13-11-2020 07:30 AM
dah akhir zaman ke ni
Quote bakingsoda 13-11-2020 07:31 AM
meminta dicash sangat
Quote meteorspeed 13-11-2020 07:35 AM
rastaf replied at 13-11-2020 02:56 AM
Malaysia pun silap2 boleh jadi macam ni kalau salah pilih pemerintah... sekarang banyak isle liberal ...

Si negara uganda rakyat masih lagi ada yg miskin tp menteri naik gaji, bonus 50k. Isle memimpin kata nyer.. Tak dak air jawapan ambo pun mandi air sungai jah dulu. Vassss versi tokram
Quote MissYouSayang 13-11-2020 07:53 AM
Cabut je la serban & kopiah atas kepala tu pak2 arab sekalian...sama la mcm sebuah negara ni, ada satu parti ni nak buat RUU355, nak tutup kilang arak, tutup kedai judi bila jadi pemerintah...tp bila dah jadi kerajaan , bukan kilang arak & kedai judi di tutup tapi masjid, surau plak yg ditutupnya...hahaha
Quote Eliadaisy83 13-11-2020 08:18 AM
Ummah melayu dok gigih ikut style ereb pakai jubah purdah bagai.. hakikatnya itu cuma pakaian tradisional mereka, dlm rumah telanjang bolat bersekedudukan bagai..agama atas kertas sajo.
Quote jiwasemangat 13-11-2020 08:38 AM
UAE.. bukan nya negara rujukan .. tak perlu nak rasa panass..
Quote pxlbb 13-11-2020 08:38 AM
Baru tahu ke Arob emangnya begini {:give

Selindung di sebalik kemegahan kota suci dan pemakaian sajork

Putera puteri arab sakan berpesta mabuk...
Quote caprut 13-11-2020 08:40 AM
dani-rox replied at 13-11-2020 01:40 AM
bekas jiran akak dulu, ummah palestin selamba jah bersekedudukan dgn gf amoinya. mungkin dah satu ke ...

Tak mungkin ummah palestin cmtu. Smua ni agen yahudi. Haha, brsepah wey mat arab beromen dgn pondan. Tp ummah melayu pilih arab gak terbaik
Quote TuntungReturn 13-11-2020 08:50 AM
umat melayu ni telampau menyanjung arab. ..

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.062219 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top