Penyanyi Haqiem Rusli dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 33 (ABPBH 33) yang berlangsung sebentar tadi di Axiata Arena, Bukit Jalil. Meraih undian tertinggi sebanyak 22,332,676 undi, dia berjaya menewaskan beberapa pencabar terdekatnya untuk merangkul trofi tersebut. Kemenangan tersebut melayakkan penyanyi berusia 22 tahun itu membawa pulang hadiah utama, kereta Nissan LEAF sumbangan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) beserta trofi.
ABPBH 33 dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Nabila Huda serta disiarkan secara langsung oleh TV3 dan dibawakan oleh syarikat elektronik multinasional China, Xiaomi sebagai penaja utama.
|
ADVERTISEMENT