CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Asal Mustang Je, Ratu Kena" - Safiey Ilias, Alha Alfa Serabut Dituduh Seludup Dadah

14-11-2020 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8894| Komen: 39

Kredit foto: IG Alha & Safiey


Gara-gara penahanan seorang usahawan kosmetik yang disyaki terbabit sindiket penyeludupan dadah methamphetamine, beberapa individu turut terkesan.

Antara terpalit ialah usahawan kosmetik yang juga jurusolek popular, Datuk Alha Alfa.

Menerusi satu posting di Instagramnya, Alha menafikan dakwaan berkenaan.

“Allahuakhbar agak-agaklah, huru hara saya dibuatnya. Jangan la senang-senang nak fitnah macam ni. Kesianlah mak ayah saya, adik beradik saya. Jangan lah nak call atau WhatsApp saya sampai macam ni sekali.

“Bukan saya, saya sedang seronok-seronok balik kerja dan ada kat rumah. Tolong jangan telefon dan sebagainya. Rimas saya,” katanya.



Selain Alha, antara yang menafikan dakwaan tersebut adalah Safiey Ilias.

“Bukan kereta Mustang ratu lah yang kene sita sebab jual dadah tu. 

“Korang ni lah, asyik mustang kene sita je ratu kena. Hari tu ratu dituduh scammer sebab kete mustang ratu kena sita. Padahal bukan kete ratu, ni kes lain pulak. Apa salah syinta,” katanya.



Selasa lalu, polis telah menahan lima rakan sejenayah termasuk seorang usahawan kosmetik selepas disyaki terbabit dengan sindiket penyeludupan dadah methamphetamine rentas negara dalam dua serbuan di sekitar Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan, Serdang, Selangor.

Dalam serbuan pertama, polis menangkap dua beradik lelaki warga tempatan berumur 25 tahun dan 31 tahun yang menaiki sebuah kereta Ford Mustang di tepi jalan di lokasi terbabit.

Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu, polis berjaya merampas 120 bungkusan teh cina mengandungi bahan disyaki dadah methamphetamine dengan anggaran berat 126.85 kilogram dan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM5 juta.

Semua tangkapan ditahan reman selama tujuh hari mulai 11 November hingga 17 November depan.


Sumber: Gempak
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 14-11-2020 11:23 AM
Geli la pnggil diri sendiri ratu.ewww

Quote luluaurora 14-11-2020 11:38 AM
kesiannn
setahu den laa
safi nie xde pulak adik lelaki keja gomen
based on komen di fb yg kna tangkap skali adik lelaki kerja askar

beranii nooo dadah sampei 5 juta
Quote paanley 14-11-2020 11:38 AM
Jendulnya dahi....
Quote annadonna 14-11-2020 11:40 AM
Keymak pondan ni
Quote Suchi 14-11-2020 11:44 AM
luluaurora replied at 14-11-2020 11:38 AM
kesiannn
setahu den laa
safi nie xde pulak adik lelaki keja gomen

Dia sorang je anak lelaki yg ayah dia ada tu pun dah tak berapa nak lelaki huhu. Adik badik dia semua pompuan tak silap. Kakak2  dia ada yg keje cikgu bagai.
Quote Belibis 14-11-2020 11:47 AM
paanley: Jendulnya dahi....

Salah injek ke? Dah nk jadi flower horn.
Quote KBW2 14-11-2020 11:49 AM
Bentuk muka safiey ilias dengan zahida nian rapik sama
Quote luluaurora 14-11-2020 11:51 AM
Suchi replied at 14-11-2020 11:44 AM
Dia sorang je anak lelaki yg ayah dia ada tu pun dah tak berapa nak lelaki huhu. Adik badik dia se ...

oooo
dia ada kakak ramai kn
satu family sayang dia lagi
kakak dia dlus elalu tegur kn

harap back to normal balik la safi ni
Quote tuberoses 14-11-2020 11:53 AM
nasib ko le  kena tempias ...

mustang ni da jadi mcm starter kit lak utk founder2 produk timbang kilo baru nk kaya...dpt duit  je beli  mustang. tak mustang,  alphard...tak alphard, mustang...gitu laa
Quote Suchi 14-11-2020 11:54 AM
luluaurora replied at 14-11-2020 11:51 AM
oooo
dia ada kakak ramai kn
satu family sayang dia lagi

Kakak2 dia semua hidup cam orang normal je, dia ni pun ikutkan bukan bodoh pun cemerlang je masa sekolah tapi ntahlah kalah dengan naluri yg satu tu.
Elok2 belajar kat U benti plak, tau la minat bisnes tapi boleh je abiskan dulu belajar bagai.


Quote helicornia 14-11-2020 11:55 AM
luluaurora: kesiannnsetahu den laasafi nie xde pulak adik lelaki keja gomenbased on komen di fb yg kna tangkap skali adik lelaki kerja askarberanii nooo dadah sam ...

forumer dh dpt detect dah sapa kena tangkap tu.pi tengok kt bod CI
Quote luluaurora 14-11-2020 11:58 AM
helicornia replied at 14-11-2020 11:55 AM
forumer dh dpt detect dah sapa kena tangkap tu.pi tengok kt bod CI

ok..dgn pantasssss
Quote Tinot7 14-11-2020 12:06 PM
Rupa sapiey ni makin lama, makin horror.
Quote sok_suci 14-11-2020 12:11 PM
Muka pondan sapi ni dah mcm setompok najis gajah yg basah2
Quote Kurex 14-11-2020 12:53 PM
Ratu.... Puihhhhh
Quote Mary_jane 14-11-2020 01:00 PM
Berangan nya kau sis. Ratu bagai.
Quote siputpepel 14-11-2020 01:28 PM
ratu pulekkkk
Quote ninnamina 14-11-2020 01:42 PM
Adoi macam mana dia boleh terfikir nak gelatkan diri dia ratu...
Quote BicaraHatiku 14-11-2020 01:57 PM
kenapa sapi makin lonjong dah jendol?

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.053157 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top