CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jadikan Anak Sendiri Sebagai Umpan Tangkap Perogol

15-11-2020 02:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10041| Komen: 23

Pegawai polis di Sindh, Kashmore, mengambil tindakan berani dengan menjadikan anak sendiri sebagai umpan  untuk memerangkap seorang lelaki yang sebelum itu merogol kanak-kanak berusia lima tahun dan menahan ibunya.


Asisten Sub Inspektor (ASI) Muhammad Bux Buriro, mengambil tindakan berani itu selepas ibu mangsa membuat laporan kepadanya mengenai kejadian.

Gulf News melaporkan, dalam kejadian Khamis lalu, Bux mempertaruhkan anak perempuannya untuk menangkap perogol Alisha.


Gambar hiasan

Perogol berkenaan membebaskan ibu Alisha dengan syarat dia membawa gadis lain untuk menjadi pemuas nafsu. Bagaimanapun, wanita itu membuat laporan polis dan Muhammad menjadikan anaknya sendiri sebagai umpan, semata-mata untuk menangkap penjenayah itu.


Ketika anaknya dibawa ke sebuah hotel untuk diserahkan kepada suspek, polis bertindak menyerbu lokasi berkenaan dan menahan lelaki itu serta menyelamatkan seorang lagi gadis bawah umur.

Lelaki itu dituduh memperkosa mangsa selama dua hari selepas memperdaya mereka dengan tawaran kerja di daerah itu.

Superintendan Kanan Polis Kashmore Amjad Ali Shaikh mengesahkan penangkapan suspek dan memaklumkan kedua-dua wanita dan anaknya kini dirawat manakala sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dihantar untuk pemeriksaan forensik.

Semalam, pihak berkuasa Sindh dan netizen memuji keberanian Bux dan anak perempuannya dalam tangkapan suspek rogol itu.

"Tanpa keberanian dan keberanian Bux, tidak mungkin kita dapat menangkap perogol ini," kata jurucakap pihak berkuasa Sindh, Murtaza Wahab.

Mereka mengesyorkan agar Bux diberikan penghargaan tertinggi polis selain membiaya pendidikan anak perempuannya serta wang tunai sebanyak Rs1 juta (kira-kira RM26,000).


Sumber: Harian Metro
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Megikari 15-11-2020 02:16 PM
Syabas inspektor shahab {:good
Quote sarah82 15-11-2020 02:18 PM
hebat tn inspektor dan anak dia...betul2 berkorban demi menyelamatkan nyawa gadis lain
Quote shop_girl 15-11-2020 02:44 PM
Betul2 inspektor sahab!! Bagus kalau jadikan filem kes ni..very inspiring.
Quote angelofish 15-11-2020 03:00 PM
anak dia rela ke kena paksa?kalau kena rogol betul betul macam mana.
Quote Catpaw 15-11-2020 03:34 PM
Anaknya besar mana
Quote Potpouri 15-11-2020 03:45 PM
Tersilap langkah, anak jadi mangsa..

Quote dani-rox 15-11-2020 04:05 PM
mcm kisah benar kat US, tp pompuan nih catfish jd budak bwh umur utk umpan dan tangkap pedo. dia senang nak menyamar sbb badan kecik molek gitu.
Quote shernazz 15-11-2020 04:08 PM
dani-rox replied at 15-11-2020 04:05 PM
mcm kisah benar kat US, tp pompuan nih catfish jd budak bwh umur utk umpan dan tangkap pedo. dia sen ...

Haah..iols ada tengok..
Ada lagi satu yang lelaki tu berlakon jadi pelanggan pedo..
Aduhai..siap jual baby tu...offer kat lelakintu..
Jilaka btoi..
Rupa rupanya pompuan tu mmg dah lama dah bual bisnes jual budak utk seks
Quote dani-rox 15-11-2020 04:13 PM
shernazz replied at 15-11-2020 04:08 PM
Haah..iols ada tengok..
Ada lagi satu yang lelaki tu berlakon jadi pelanggan pedo..
Aduhai..siap ...

kat pilipin kan? si emak offer toddlers dan baby nya umur dlm 8 bulan dgn 'pelanggan' dlm bilik hotel.

see... ni la jenis parents setan yg suka beranak, pastu tak mampu nak bg makan. ujung2 jual anak.
Quote shernazz 15-11-2020 05:14 PM
dani-rox replied at 15-11-2020 04:13 PM
kat pilipin kan? si emak offer toddlers dan baby nya umur dlm 8 bulan dgn 'pelanggan' dlm bilik ho ...

Haah tu..siap deal atas katil beb
Gila lah depa neh...
Cam jilaka mak mak gini...
Nak nanges iols tengok
Camana.lah kalau btol btol pedo deal dgn depa tu..adoi laa
Quote dani-rox 15-11-2020 05:39 PM
shernazz replied at 15-11-2020 05:14 PM
Haah tu..siap deal atas katil beb
Gila lah depa neh...
Cam jilaka mak mak gini...

kan? ai harap parents celaka nih termasuk pedo mati dgn dahsyat dan penuh azab.
dlm channel CI bertahun dulu, mcm nak luruh jantung ai tengok dokumentari psl child trafficking di Cambodia. kesian sgt budak2 tuh, sis. undercover reporter curik2 ambik bideo, mcm mana sindiket nih soh bebudak kecik berbaris depan pelanggan pedo, utk dia org buat pilihan. dahlah dgn rupa tak bermaya, comot, pakaian compang camping, diangkut stret dari kpg2 ulu lepas dijual makpak dia org. entah diberi makan ke tidak. sedih sangat. kekadang kalau ai tingat, mcm mana la nasib dia org sekarang ya.

Quote nazzse 15-11-2020 07:01 PM
dani-rox replied at 15-11-2020 08:13 AM
kat pilipin kan? si emak offer toddlers dan baby nya umur dlm 8 bulan dgn 'pelanggan' dlm bilik ho ...

Tengok kat mana? Tajuk?
Quote dua_chzy 15-11-2020 07:18 PM
dani-rox replied at 15-11-2020 05:39 PM
kan? ai harap parents celaka nih termasuk pedo mati dgn dahsyat dan penuh azab.
dlm channel CI b ...

Itulah realiti. Even budak2 yang jadi mangsa pedobabi elit pun cukup malnourished. Babi betul segala presiden, politicians, orang penting dunia, golongan profesional high income atas dari T20 yang sanggup rogol, liwat dan seksa budak kecil umur 6 tahun kurus kerempeng tapi depan public berlagak saint. Shit! The world ia just too evil!
Quote dua_chzy 15-11-2020 07:19 PM
dani-rox replied at 15-11-2020 04:05 PM
mcm kisah benar kat US, tp pompuan nih catfish jd budak bwh umur utk umpan dan tangkap pedo. dia sen ...


Macam2 cara pebguatkuasa yang betul2 fight golongan pedobabi ni untuk cuba selamatkan mangsa. Termasuk create fake child guna CGI semata2 untuk trap dan tangkap meka melalui socmed. Tapi industri ni masih prevail beratus tahun. Sedih.
Quote Kipaskiok 15-11-2020 08:14 PM
Inspektor wahab{:good{:good
Quote dani-rox 16-11-2020 12:53 AM

minit ke 5:23


[youtube]0yz038to-_o[/youtube]
Quote dani-rox 16-11-2020 01:02 AM
dua_chzy replied at 15-11-2020 07:19 PM
Macam2 cara pebguatkuasa yang betul2 fight golongan pedobabi ni untuk cuba selamatkan mangsa. Te ...

cyber vigilante pun makin ramai utk memerangi pedofilia nih.

sad but true... sampai kiamat, pedo tetap bercambah. masalahnya ibu bapa setan yg sanggup menjual anak dan masyarakat termasuk yg di tanah air tercinta nih anggap bernapsu dgn budak kecik sbg normal. dlm socmed terang2an, tak malu komen gambar budak mcm komen gambar makanan. the world is full of sick ppl.
Quote nazzse 16-11-2020 06:23 AM
dani-rox replied at 15-11-2020 04:53 PM
minit ke 5:23

Thank you dani
Quote shernazz 16-11-2020 08:42 AM
dani-rox replied at 15-11-2020 05:39 PM
kan? ai harap parents celaka nih termasuk pedo mati dgn dahsyat dan penuh azab.
dlm channel CI b ...

Tu lah..
Ada kan bekas mangsa pelacur bawah umur buat ngo kan..utk selamatkan pelacur bawah umur mcm ni.tapi.susah bila dekat sempadan.siam.sebab sindiket ni banyak networking.
Yang terselamat dia ajarkan menjahit ke..apa apa kerja yang boleh buat lah..
Kesian tengok.mangsa..ada yang.kena cucuk.mata sampai buta..
Huwaaa

Sedih iols taip ni

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.058347 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top