CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sedihnya Tengok Lara Alana Teresak-esak Menangisi Pemergian ‘Sushi’

16-11-2020 12:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9852| Komen: 45

Kredit foto: IG Lara


Menerusi hantaran di media sosial, Lara Alana dilihat menangis teresak-esak selepas mengetahui ikan peliharaan diberi nama ‘Sushi’ tidak lagi bernyawa.

Menerusi kapsyen di Instagram milik Lara, ia merupakan pengalaman pertama anak pasangan pelakon Awal Ashaari dan Scha Alyahya itu kehilangan sesuatu yang disayanginya.

“Allah lebih sayangkan Sushi. Sekarang baru Lara tahu, yang kita tidak bersedia untuk situasi begini. 


Kredit foto: IG Lara

“Ini pengalaman pertama Lara hilang sesuatu yang sangat Lara sayang. Masa Mak cik Joy beritahu yang Sushi sudah tiada, Lara tidak faham lagi. 


“Lara ingat bila kita beri makan dia, dia akan hidup balik. Tetapi rupanya Sushi sudah pergi buat selamanya.

“Terima kasih Sushi kerana menggembirakan hidup kami selama lapan bulan terutama masa PKP hari itu. Sekejap sahaja kita dapat bersama,” memetik kapsyen dimuat naik di Instagram Lara.

Terdahulu, video berdurasi tiga minit dimuatkan menunjukkan Lara tidak mampu menahan kesedihan selepas ikan peliharaannya mati.



Bapanya, Awal kelihatan melakukan proses menanam bangkai ikan tersebut di satu kawasan.

Semenatar itu, rata-rata orang ramai tersentuh hati melihat keadaan Lara selain bersimpati dengan pemergian ‘Sushi’.


Sumber: ProjekMM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 16-11-2020 12:18 PM
Sebab ni pun nak dibukak benang ke palat??
Quote genUmi 16-11-2020 12:20 PM
apaker gosipnya?



aaaiiiiiyoooo
Quote dudaberhias 16-11-2020 12:20 PM
no wonder kontraktor tinggalkan rumah ala kadar... choiii!
Quote sukacactus 16-11-2020 12:21 PM
Even aku kesian tgk lara nangis, tp xkan la citer mcm ni masuk board gossip kot
Picisan sangat
Quote puteribaya 16-11-2020 12:22 PM
Kurex replied at 16-11-2020 12:18 PM
Sebab ni pun nak dibukak benang ke palat??

ok ler tu..sedih woooo
Quote lattehazelnut 16-11-2020 12:26 PM
Iols xde pet so cant relate..
Tp kesianlah tgk kira mcm first heartbreak gitew..
Quote Mamason 16-11-2020 12:27 PM
siannya.... tu je lah kan boleh komen...hehehehe
Quote KucingBiru 16-11-2020 12:29 PM
Bagus la ada cerita touching mcm ni kat bodgos. Nampak sikit sisi humanity even just come from kids. Sedih woo. Aku pun nak nangis tgk ni.

Waktu aku kecik dulu, kucing aku yang bela 6 tahun pun mak aku balut paper buang dalam tong sampah ja. Sobss. Zaman dulu takda keprihatinan sangat dgn binatang mcm sekarang.
Quote slyfynx 16-11-2020 12:41 PM
1. TT ni xde mende ke nk buat thread sampai ini pun jadi.
Korang ni berbayar ke?
2. Jadah parents amik video and upload anak tgh sedih. Attention seeker much?

-CARI
Quote Lengkong 16-11-2020 12:52 PM
cutenya cincin watermelon Lara


Quote nanasno 16-11-2020 02:13 PM
alahai kesian lara. tapi tak perlu thread ahhh,
Quote True-X 16-11-2020 02:14 PM
anak aku time memula dpt ikan.. sebelum dia g sekolah siap pesan kt aku
- ibu ,.. jangan goreng ikan ni taw

dah ikan tuh mati dia pesan... - ibu.. kita goreng je la ikan ni

Quote Rogue98 16-11-2020 02:20 PM
Ciannn Lara...
Dia x tau ke yg dia makan ikan and sushi tu semua ikan gak...ayam lembu...
Quote beatgirlX 16-11-2020 02:37 PM
First time kan the video Lara nangis?
Quote exclusive_vvip 16-11-2020 02:39 PM
True-X replied at 16-11-2020 02:14 PM
anak aku time memula dpt ikan.. sebelum dia g sekolah siap pesan kt aku
- ibu ,.. jangan goreng ika ...

lawak la anak u..tergelak I baca..
Quote husna_amal 16-11-2020 02:40 PM
Ini cerita hiburan trending ke
Quote newme11 16-11-2020 03:26 PM
sukacactus replied at 16-11-2020 12:21 PM
Even aku kesian tgk lara nangis, tp xkan la citer mcm ni masuk board gossip kot
Picisan sangat:doh3 ...

haha...tau xper....
Quote nazza2802 16-11-2020 03:54 PM
upacara pengkebumian xleh pakai cekci2..hehehehehe
Quote mesmerize 16-11-2020 03:58 PM
ala kesian Lara.. cara dia nangis tu macam painful inside betul nampak..

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.051417 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top