CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zainol Macwilson Rasa Diperlekehkan Tak Dapat Berlakon Drama Yusri KRU

16-11-2020 03:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 18572| Komen: 96

"Saya diminta buat rakaman lakonan berdasarkan skrip ringkas yang dihantar dan ia dibuat di rumah dengan bantuan isteri. 

"Dengan menggunakan telefon bimbit, saya cuba sehabis baik sebab memang berkeinginan bekerja dengan Yusry Abdul Halim. Saya berasa hampa sebab pihak terbabit menolak saya, tapi bukannya pengarah," kata pelakon Zainol Macwilson yang meluahkan kekecewaannya apabila namanya ditolak daripada sebuah projek drama bersiri.



Kredit foto: IG Zainol

Zainol, 62, atau nama sebenarnya Zainol Johari Macwilson berkata, dia gembira apabila ditawarkan berlakon di bawah arahan Yusry Abdul Halim untuk drama bersiri 10 episod yang akan disiarkan menerusi sebuah saluran penstriman tempatan.

"Ikut perancangan awal, saya hanya terbabit untuk lapan episod. Bagi saya itu sudah memadai kerana memang nak sangat bekerja di bawah arahan Yusry. Penggambaran dijadual bermula pada 7  November hingga 28 Disember. 


"Selepas itu saya dihubungi oleh wakil produksi yang minta saya buat uji bakat pula. Katanya, klien yang nak untuk saluran itu. Terkejut dibuatnya kerana saya bukan baru dalam lakonan. Kenapa perlu jalani uji bakat? Tapi saya ikut juga kehendak mereka dan akhirnya nama ditolak," katanya yang kini berada di Perlis. 


Zainol (kanan) ketika bertemu Yusry di satu lokasi penggambaran drama
Kredit foto: Harian Metro

Zainol yang juga bapa kepada pelakon Zahirah Macwilson berkata, bukan mahu berlagak, namun menyifatkan ia sesuatu yang pelik.

"Bukan saya tak pernah menjalani uji bakat dulu. Tapi ini untuk produksi antarabangsa (Hollywood) pada tahun 1980-an. 

"Jujur saya memang teringin nak kerja dengan Yusry kerana yakin dengan hasil karyanya. Rasanya dia yang cadangkan nama saya pada klien tapi mereka pula terlalu memilih. Kiranya seperti saya seolah-olah dipersendakan oleh pihak terbabit. Namun saya tak salahkan Yusry," katanya. 



Zainol yang sepatutnya melakonkan watak bapa kepada seorang pelakon wanita popular menganggap dirinya seperti diperlekehkan dan tidak layak untuk membintangi drama terbabit. 

"Apabila nama saya sudah dicadangkan oleh seorang pengarah berkaliber, secara tak langsung rasanya peranan itu kepunyaan saya. 

"Tambah lagi dalam situasi Covid-19 semua artis mengharapkan tawaran yang bukannya sentiasa ada. Kebetulan saya pula masih di Malaysia. Perniagaan pelancongan di Perth, Australia pun sudah terhenti disebabkan Covid-19. Jadi saya memang mengharapkan sangat apa-apa tawaran berlakon," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ritacomels 16-11-2020 03:19 PM
Tp pakcik berlakon kayu tau tak
Quote Nana_Man 16-11-2020 03:20 PM
Bukan rezeki uncle...
Quote pxlbb 16-11-2020 03:25 PM
take it positif la pakcik, pakcik bukan baru lagi dlm lakonan tapi mungkin watak tu yang tak kena kot.
Quote lattehazelnut 16-11-2020 03:28 PM
Follower insta hang 500k x?
Kalau x jalani la uji bakat..
Quote newme11 16-11-2020 03:28 PM
xder rezeki… tgu rezeki cucu first ya...
Quote URUHA 16-11-2020 03:33 PM
Anggap xde rezeki je la. Ada hikmah la tu x dapat berlakon utk series ni.
Quote bambimo 16-11-2020 03:34 PM
Stress kan uncle ye la anak kecik2 lg..
Semoga dipermudahkan urusan dan murah rezeki
Quote mamajawie 16-11-2020 03:36 PM
pakcik berlakon very the kayu kayan..
Quote maxim 16-11-2020 03:39 PM
Baru hang tau perasaan kena reject
Quote diiyanazakaria 16-11-2020 03:39 PM
When someone refer u, doesnt mean the job is yours. Kalo yg biayai project tu xnak, means xmenepati kriteria diorg nak la..
Quote LadyCarefree 16-11-2020 03:39 PM
Pelakon terkenal Holiwud pon kdg kena pi casting, script reading juga. Pengarah sebenarnya bukan ada power nk decide siapa berlakon. Lainlah dia juga producer serta financer. Yg ni dua ada power nk pilih pelakon. Tp kalau drama tv, last2 tv juga yg kena approve.
Quote slyfynx 16-11-2020 03:49 PM
Eh, songeh aih.
Orang buat proposal master kene reject pun dah selalu,
Ape la sgt kene reject jadi pelakon untuk satu cerita.
Haish, byk nau request retis2 nih
Quote Incanto 16-11-2020 03:54 PM
bambimo replied at 16-11-2020 03:34 PM
Stress kan uncle ye la anak kecik2 lg..
Semoga dipermudahkan urusan dan murah rezeki

berapa orang anak dia dgn bini baru?

takpe lah uncle , takde rezeki kat dapat job ni
Quote Suchi 16-11-2020 03:58 PM
bambimo replied at 16-11-2020 03:34 PM
Stress kan uncle ye la anak kecik2 lg..
Semoga dipermudahkan urusan dan murah rezeki

Dia ada anak kecik ke? Adeh dah lama gak tertanya2 dia ni wat job apa je ye menyara diri. Sebab dah balik malaysia kan nak harap berlakon je terlalu ramai pelakon kat malaysia ni.
Quote eyansss 16-11-2020 04:09 PM
pakcik ni selalu perasan dia good good sesangat...
Quote anakjiran 16-11-2020 04:09 PM
abang zarah mcwilson ke ni
Quote bambimo 16-11-2020 04:15 PM
Incanto replied at 16-11-2020 03:54 PM
berapa orang anak dia dgn bini baru?

takpe lah uncle , takde rezeki kat dapat job ni

Xsure masa bergambar pengantin sebelah family dia tu nmpak ada budak kecil.. Bukan baby la
Quote husna_amal 16-11-2020 04:16 PM
Dah berlakon lama pun belum tentu cukup berbakat.
Quote unguaurora 16-11-2020 04:34 PM
Eh btl la pakcik ni berlakon kayu kayan.. iols lama x tgk drama melayu. Thn lps ke bila, tertengok heols berlakon jd bapa yg guna wheelchair masa tu.. mak aihhh kayunya lakonan..

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.040669 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top