|
Zul Yahya sejak semalam mencetuskan kekecohan di media sosial selepas memuat naik video solat berjemaah tanpa mengamalkan penjarakan sosial. Pelakon berusia 47 tahun itu menerusi beberapa siri hantaran di Instagram mempersoalkan keyakinan muslimin terhadap kuasa Allah dan sunnah nabi S.A.W. "(Penggunaan) vaksin belum tentu menyelesaikan masalah, tapi solat mengikut cara nabi S.A.W. pasti ada kejayaan," tulisnya. Zul juga mencadangkan solat jemaah dilakukan mengikut norma lama. "Apa yang susah sangat? Apa yang takut sangat? Perkara dunia orang berhimpun tak apa pula. "Bab masjid ni asyik beri macam-macam alasan yang kadang-kadang tak masuk akal," ujarnya. Katanya lagi, yang tak bersedia boleh duduk diam-diam di rumah. - CARI
|
tikusmontok: Dia ni suka bajet bagus2
bondeh: Ini mesti kebal dgn konsep "kalau nak mati tuh, mati juga takyah takut dengan covid"Boleh tak artis2 yg dah berubah ke arah kebaikan tuh cerdik si ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.039084 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.