Rupa-rupanya motorsikal berkenaan milik seorang lelaki orang asli yang sedang dalam perjalanan untuk memohon bantuan Baitumal. Malangnya dia tersalah jalan dan motorsikalnya pula mengalami kerosakan. Kemudian secara tiba-tiba terbit percikan api dari bahagian enjin dan menyebabkan kebakaran. Namun, Kpl 130136 Mohd Redzuan bin Mohamed dari Balai Polis Senai yang sedang bertugas di sekatan jalanraya berhampiran membantu memadamkan kebakaran. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan syabas atas tindakan anggota polis itu. Netizen turut bersimpati dan mendoakan supaya urusan mereka sekeluarga untuk memohon bantuan dipermudahkan. Kalau kita fikir ujian yang kita alami ini sudah cukup susah, rupa-rupanya ada lagi insan di luar sana yang berhadapan dengan dugaan 1000 kali lebih susah daripada kita. -CARI |
chandrahusin replied at 17-11-2020 02:43 PM
kesian & sedih sgt kisah ni
sbb tu lah ptt nya org zakat yg cari asnaf
bukan asnaf cari ofis zakat
gekkou replied at 17-11-2020 03:43 PM
sedihnya baca
nk p minta bantuan mesti sebab dah susah sangat2
lepas tu motor terbakar..sebaknya
Normabaru replied at 17-11-2020 09:14 PM
Alahai
Mintak2 la selatan baca isu ni.. Bg satu kereta dia yg blambak2 tu.. Kesian motor uzur sgt ...
sambaldurian replied at 17-11-2020 09:46 PM
betul tu, dari belanja kt aeon aritu, org amek haagen dazs bagai, bg la satu motor kt rakyat kg na ...
ADVERTISEMENT