CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

“Saya Nikah Pun Abah Tak Nangis Macam Ni” - Yang Ada Kucing Je Faham Perasaan Ni

17-11-2020 01:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6685| Komen: 33

Setiap kucing pasti mempunyai tempat istimewa di hati tuannya sehingga ada yang berduka apabila sesuatu yang buruk menimpa haiwan tersebut.

Begitulah yang dialami bapa kepada lima anak yang teresak-esak menangis sambil memangku kucing kesayangannya yang sudah tidak bernyawa.


Kredit foto: Twitter

Video momen sebak berdurasi dua minit 20 saat itu dikongsi Tasha yang juga anak kepada lelaki tersebut menerusi satu posting di Twitternya sehingga menyentuh hati netizen.

Menurut Tasha, bapanya Muhammad Zaid Zakaria, 55, amat rapat dengan kucing betina bernama Milo yang dijaga sejak enam tahun lalu.


Malah anak kedua daripada lima beradik itu turut mendedahkan kucing tersebut ibarat ahli keluarga mereka sendiri.


Kredit foto: Twitter

"Abah selalu gelarkan kucing tu 'anak abah'. Kiranya dia adik bongsu kami. Milo sangat manja dengan abah.

"Ni first time saya tengok abah menangis macam tu. Masa saya nikah hari tu pun dia tak nangis sampai macam ni sekali," katanya kepada mStar.


Kredit foto: Twitter

Menurut Tasha, kucing kesayangan bapanya itu mati akibat dilanggar kereta pada Sabtu lalu.

"Milo kena langgar kereta. Tapi kami pelik selama ni bila start je enjin kereta dia akan lari. Dia memang takut bunyi kereta.

"Tapi mungkin hari tu dah ajal dia. Saya rasa terkilan jugalah kenapa dia tak lari macam yang dia selalu buat," katanya yang menetap di Bangi.

Mengimbau kembali insiden menimpa Milo, Tasha pada awalnya menyangka kucing tersebut hanya cedera sebelum terkejut apabila mengetahui keadaannya sebenar.

"Masa mula-mula ummi hantar video tu saya memang rasa tak sedap hati tapi saya belum tengok video tu sampai habis.

"Saya suruh ummi bawa pergi klinik. Tak lama lepas tu ummi beritahu Milo dah tak ada.

"Terus saya tengok balik video tu sampai habis. Masa tu memang saya menangis macam mana abah dan ummi menangis dalam video tu," katanya.



Meskipun Milo sudah tiada, bapanya masih terkesan dengan pemergian kucing kesayangannya itu.

"Ummi baru lepas hantar video abah tengah menangis. Dia tengah belek-belek phone dia.

"Tiap kali abah tengok bekas makanan Milo dia akan menangis. Mungkin dia teringat. Dia sedih sangat rasa macam hilang anak sendiri.

"Saya ada suruh ummi bawa abah pergi jalan-jalan tapi bawa kereta pun dia nangis. Sayang betul dia kat Milo," katanya.



Sementara itu, Tasha turut mendedahkan bapanya pernah murung apabila kucing yang pernah dipelihara mereka selama setahun mati sebelum ini.

"Pernah dulu kucing saya mati. Kami bela dalam setahun tapi abah murung seminggu. Sampai kawan dia kat office beritahu dia tak bercakap.

"Itu baru bela setahun bayangkan Milo enam tahun. Saya tak tahulah berapa lama abah akan bersedih. Mungkin dia perlukan sikit masa untuk lupakan," katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut
4

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • yeos

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rogayahtop 17-11-2020 01:22 PM
sedihnya. kasih kucing ni org tak tau kalau tak permah rasa. akak turut bersimpati.
Quote Kurex 17-11-2020 01:37 PM
Lagi better dari video anak awalina & suami dia, shah tu
Quote MsKathryn 17-11-2020 01:40 PM
Sy pn menangis time tu primary school... kucing mati kena langgar oleh my uncle
Pagi bangun terus pegi kubur mimi letak bunga..
Quote pinklepie 17-11-2020 01:50 PM
Hanya orang bela kucing jer faham perasaan bila kehilangan kucing yg dibela. Walau senakal mana pun kucing tu, kencing berak atas katil buatkan tuan kena mendobi pukul 3 pagi, pecahkan dan rosakkan barang, dah pagi buta tak balik rumah lagi.. buatkan orang risau tapi bila mereka mati rasa sedih tu lama baru boleh hilang. Bukan sebab tak redha mereka mati, tp kenangan bersama tu yg tak boleh dilupakan.
Quote lattehazelnut 17-11-2020 01:50 PM
Korg gelakkan lara ngangis mat thread sebelah
Quote sarah82 17-11-2020 02:00 PM
i feel u pakcik....
Quote She-Ra 17-11-2020 02:03 PM
dia punya sedih makan tahun okay
teringat membawa ke akhir hayat
tgk kucing jalanan sakit pun dh sedih kemain.. ini kan pulak kucing sendiri
Quote MoonRise 17-11-2020 02:07 PM
kucing sis mati dulu, sis nangis dalam bilik air.
Quote zehra2 17-11-2020 02:14 PM
dulu nangis gak.. tp bila diserang virus parvo 2x.. dah tak nangis dah.. dok fikir mcm mana nak selamatkan yg lain supaya tak terjangkit.
satu.. satu tumbang dlm 1 malam je 4,5 ekor mati.. sampai sudah 31 ekor lenyap.. tanam dlm kubur pun jamak 2..3 ekor sekali.
Quote lavendernovella 17-11-2020 02:32 PM
Untung pakcik ni Allah bagi sifat pengasih dan penyayang.
Quote mamajawie 17-11-2020 02:48 PM
tetiba lak air mataku bergenang tengok pakcik ni..aku pun bila kucing aku mati aku kemurungan sampai sminggu xnak buat apa2..siap amik leave sbab xbleh fokus keje asyik nangis je pkir sal kucing..hmmm
Quote husna_amal 17-11-2020 03:32 PM
Kucing peliharaan mati boleh buat orang nagis meraung. Mungkin salah satu sebab kucing ni lah paling rapat dengan manusia.
Quote Kurex 17-11-2020 05:46 PM
sarah82 replied at 17-11-2020 02:00 PM
i feel u pakcik....

Tapi kan sarah, ada forumer tu kan, dia berharap kucing dia mati
Quote sarah82 17-11-2020 05:48 PM
Kurex replied at 17-11-2020 05:46 PM
Tapi kan sarah, ada forumer tu kan, dia berharap kucing dia mati

pulak dah...aku lepas oyen hilang tak ada hati nak bela dah...tapi skrg ada kucing tri color homeless yg aku dok bagi makan mcm nak jadi dok rumah dgn aku....ingat nak bela dia...tapi kena beli sangkar dulu
Quote salmon-suki 17-11-2020 07:08 PM
Ai bela anak ayam,mati lemas pn nangis..bela kucing jalanan,dia mati pn ai nangis..smpai satu tahap mmg ai xnak lgsg bela apa2..tp tetap ada y dtg jgk..

ni ada sekor lg miaw y ai jaga dari kecik,dia xbalik rumah pn ai risau..perangai dia pn mcm perangai ai,suka merajuk n suka membebel..walaupun xfaham apa y dia bebel,ai layankn je..belajar drpd tuan kot..kekeke~
Quote irish_ieka 17-11-2020 07:33 PM
memang sedih  aku yg nangis tgk video pakcik ni. dulu kucing aku sakit setiap kali lunch hour aku lari blk nak feed die makan pakai syringe. pastu lari ke opis balik hari2 penat gila... yg paling sedih dia nak mati tu dia tunggu aku balik kerja aku tgk sendiri sakaratul maut kucing dpn muke. meraung la aku sorg2
Quote dani-rox 17-11-2020 07:36 PM

Quote dua_chzy 17-11-2020 10:12 PM
Nikah dan kematian, benda yang membawa emosi sama ka? Boleh tahan benak anak lelaki ini ya.
Quote Miss_Gam 17-11-2020 11:38 PM
Rindu yg xkan hilang

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.061969 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top